Call nowWhatsapp

Kepentingan Anti penuaan untuk kesihatan regeneratif

Ramai orang beranggapan suplemen anti penuaan tidak penting. Kata mereka buat apa awet muda, kita bukan mahu muda semata-mata. Sebenarnya kebanyakan mereka yang berkata begini masih kurang maklumat berkaitan penuaan.

Apakah penuaan

Penuaan adalah satu istilah ringkas untuk satu set proses yang menyumbang kepada kemerosotan kesihatan dan akhirnya mati dengan peredaran masa.

Pengertian penuaan bukanlah untuk awet muda semata-mata

Pengertian penuaan bukanlah untuk awet muda semata-mata

Dalam erti kata lain apa-apa proses, yang menyumbang kepada penurunan yang berkaitan dengan usia dalam prestasi, produktiviti dan kesihatan adalah satu komponen daripada proses penuaan yang memerlukan perhatian.

Anda boleh memikirkan penuaan sebagai satu kumpulan proses bertanggungjawab manifestasi seperti meningkatkan risiko kelemahan, hilang upaya, morbiditi (penyakit-penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia khususnya) dan seterusnya meningkatkan kadar kematian.

Daripada istilah di atas jelas penuaan bukanlah semata-mata berkaitan kecantikan atau awet muda.

Punca utama penuaan adalah “tekanan oksidatif.” Tekanan oksidatif adalah kerosakan kepada DNA, protein, dan lipid (lemak) yang disebabkan oleh oksida. Ia yang adalah bahan yang sangat reaktif yang mengandungi oksigen. Oksidan ini terhasil apabila kita bernafas, dan juga disebabkan oleh keradangan, jangkitan, penggunaan alkohol dan rokok.

Imej menunjukkan bagaimana epal mengalami tekanan oksidatif menyebabkannya mendapat penyakit dan penuaan yang cepat

Imej menunjukkan bagaimana epal mengalami tekanan oksidatif menyebabkannya mendapat penyakit dan penuaan yang cepat

 

Kepentingan anti penuaan dan regeneratif

Penuaan bukan semata-mata penyakit orang tua. Ia merupakan proses umum yang semua orang alami. Apa yang membezakan adalah kesan penuaan ke atas individu. Banyak penyakit berkaitan penuaan atau regeneratif contohnya diabetes, kanser, penyakit jantung, penyakit saraf dan penyakit kulit seperti kulit berkedut, jerawat, kulit kusam dan lain-lain.

Regenerasi pada peringkat selular adalah proses rutin yang bertujuan untuk menggantikan sel-sel yang sudah lama ataupun rosak kerana faktor-faktor seperti usia, penyakit, trauma kimia atau mekanikal, aktiviti yang berlebihan dan sebagainya.

Dianggarkan 17 juta sel lahir setiap hari bagi menggantikan sel-sel yang sudah lama / mata iaitu sama nilainya dengan 30gm protein setiap hari.

Aktiviti regenerasi berlaku setiap 4-5 tahun, ini bermakna seluruh tubuh kita sebenarnya sudah berganti dengan sel-sel baru. Dalam erti kata lebih mudah, diri kita dulu, sekarang dan akan datang tidak terdiri daripada komponen fizikal yang sama.

Sebarang penyakit cepat pulih apabila proses regenerasi berjalan dengan baik dan sempurna. Regenerasi yang berlaku dengan optimum, efektif, efisien dan pada kadar yang yang tetap adalah prasyarat tubuh yang sihat dan terpelihara dengan baik.

Jadi sebab itu orang selalu ambil produk berkaitan anti penuaan. Ini disebabkan oleh kemahuan untuk melambatkan proses penuaan, bukanlah untuk cantik semata-mata, bahkan untuk kesihatan yang lebih utama.

Bagaimana Vivix membantu anti penuaan dan regenerasi

Vivix berupaya melambatkan penuaan dan membantu proses regenerasi dengan 4 mekanisme utama sepertimana video di bawah.

Melindungi dan memperbaiki DNA

DNA adalah singkatan kepada asid deoksiribonukleik. DNA adalah pembawa maklumat genetik, ciri-ciri atau sifat-sifat seseorang atau sesuatu yang asas dan tersendiri, terutamanya apabila dianggap sebagai tidak berubah-ubah.

Lindungi dan perbaiki dna dengan vivix

Lindungi dan perbaiki dna dengan vivix

Setiap hari, setiap sel dalam badan anda dihujani sehingga satu juta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini boleh merosakkan pangkalan data genetik sel, mewujudkan “typo” yang boleh menjejaskan fungsi sel dan umur yang panjang. Apabila sel-sel salinan ini rosak, mereka menduplikasi sel yang rosak sehingga dari masa ke masa sel-sel merosot dan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Bahan-bahan Vivix membantu melindungi dan membaiki DNA selular.

Vivix Membantu Mengawal Genetik

Genetik adalah warisan, umpamanya yang biasa kita dengar apa yang daripada ibu bapa kita kadangkala boleh diwariskan kepada kita. Contohnya diabetes, penyakit SLE, kanser dan sebagainya adalah antara penyakit warisan secara genetik.

Setiap sel dalam badan mengandungi pengawal selia genetik yang menyumbang kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia. Bahan-bahan Vivix menunjukkan hasil yang positif memberi kesan kepada genetik pengawal selia (menghidupkan gen umur panjang dalam setiap
sel) yang seterusnya membantu untuk menolak selular penuaan.

Dalam kata lain Vivix memperbetulkan kembali struktur genetik yang menyebabkan diabetes dan penyakit-penyakit lain serta mempertingkatkan fungsi DNA kepada lebih baik.

Vivix memberikan tenaga kepada sel

Dalam badan kita ada bahan yang disebut sebagai mitokandria, iaitu sejenis bahan yang membantu menghasilkan tenaga untuk memastikan sel berkembang dengan baik dan sihat. Fungsi mitokandria boleh menurun disebabkan oleh serangan-serangan, justeru ia boleh membantutkan perkembangan dan pembahagian sel yang sihat.

Seumpama begini, jika kecekapan mitokondria berkurangan, fungsi sel akan merosot. Bahan-bahan dalam Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria (pengecasan semula dan salinan mitokondria). Ini memberi lonjakan tenaga kepada sel.

Melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE

Protein AGE adalah zat yang dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat.  Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Secara ringkasnya protein AGE ni menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

Vivix dapat melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE dalam tubuh.

Ramuan Istimewa Vivix Bantu Anti Penuaan dan regeneratif

Ramuan istimewa Vivix adalah:

Saya berharap dengan penerangan ini anda lebih jelas berkenaan anti penuaan dan penyakit yang disebabkan oleh penuaan. Pengambilan suplemen kaya dengan antioksidan dan resveratrol seperti dalam Vivix membantu melambatkan penuaan dan menjadikan seseorang lebih sihat.

Kepentingan anti penuaan untuk mengelakkan penyakit akibat degenerasi

Kepentingan anti penuaan untuk mengelakkan penyakit akibat degenerasi

Sekarang kita sudah tahu Kepentingan Anti penuaan untuk kesihatan regeneratif, ingin tangani penuaan di peringkat selular? Dapatkan Vivix.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)