Call nowWhatsapp

Kenapa tak boleh beli Shaklee Dari Laman Web E-Commerce?

Aiskrim ResV

Ada kes baru-baru ni yang menyebabkan saya share video ini dengan anda.

Banyak kali dah kami bagitau, nak beli Shaklee, belilah daripada pengedarnya, seperti saya.

Laman web e-commerce walaupun turut menjual Shaklee, tetapi pembelian disitu adalah tidak beretika. Ini kerana Shaklee mendaftar di Malaysia melalui Akta Jualan Langsung, jadi memang melalui jualan langsung, pembelian adalah secara one-to-one.

Jemput tonton video berikut:

Kenapa Tak Boleh Beli Shaklee Dari Laman Web E-Commerce?

Kami di Shaklee memang tak bagi korang beli sebarang produk Shaklee di e-commerce sebab ia sebenarnya akan betul betul buat korang menyesal.

Sebab apa?

  • Tak ada consultation dan followup
  • Penjual tak bertanggungjawab dan mereka ni sebenarnya pengedar yang dah di terminate oleh Shaklee. Kiranya bukan lagi pengedar Shaklee.
  • Penjual ni jual harga murah sebab barang dah lama. Stok lama dah expired atau hampir hampir expired. Jadi jual murah agar takla rugi terus. Actually sape rugi? Sah sah la pembeli kan?
  • Pengedar ni beli stok Shaklee banyak banyak, kemudian tak mampu jual. Kredibiliti penjual ini boleh dipersoalkan. Sikap amanah, jujur dan bertanggungjawab.
  • Korang tak dapat hubungi penjual tu directly, tak boleh ambil tindakan ke atasnya. Korang jadi mangsa dengan produknya. Entah entah fake produk tu. Haa nanya duk makan kan. Lebih baik order dari pengedar Shaklee yang sah secara individu. Bukan di e-commerce.
  • Apa apa terjadi pada korang yang makan Shaklee di e-commerce bukan dalam tanggungjawab syarikat Shaklee dan saintis Shaklee. Korang tanggung sendiri semua tu. Penjual tu nak bertanggungjawab? Lazada atau Shopee nak bertanggungjawab? Memang tak la kan.
  • Tak ada cara makan yang tepat dan betul bersesuaian dengan diri korang. Jadi kesan akan dapat lambat. Any healing crisis korang tak dapat nasihat dari pakar nutrisi Shaklee. Buat rugi aje. Macam beli ubat seludup haa. Bukan kat klinik betul.
  • Kalau barang yang sampai dah rosak atau pecah atau expired, duit korang melayang gitu aje. Shaklee takkan bertanggungjawab. Kami distributor yang keje dengan elok ni lagi la tak akan bertanggungjawab sebab korang tak beli dari kami pun. Dan korang bukan customer kami. Korang customer lazada atau shopee.

    Macam kes saya tu kan. Dah la barang mahal, paling premium tu. Alhamdulillah boleh dapat ganti yang baru. Sebab beli direct daripada Shaklee (saya pengedar).
  • Jika korang beli di e-commerce, korang directly support orang yang langgar rules. Orang yang jual harga yang memang semua pengedar Shaklee tak boleh bagi. Korang support untuk aniaya pengedar Shaklee seluruh Malaysia yang sentiasa berdoa. Seram kan.
  • Konsep Shaklee adalah one to one service and consultation. Sebab setiap orang dos vitamin yang diperlukan tak sama untuk memastikan orang tu dapat kesan sebaik mungkin dari pengambilan vitamin Shaklee.

    Sebab tu Shaklee tak bagi letak di kedai kedai, farmasi, apatahlagi e-commerce. Jika kalian jumpa dijual openly di rak rak, bukan personally, itu bermakna penjual itu telah langgar rules yang Shaklee dah tetapkan. Bila nak order Shaklee, order personally dari pengedar Shaklee yang sah. Dan wajib dapatkan konsultasi berpanjangan darinya ye secara followup.

Bottom Line

Jadi personally, bila terkena sendiri kes Vivix pecah ni, baru saya fikir itulah gunanya beli daripada sumber dia sendiri. Selama ni dah berbuih-buih mulut kami ajak beli daripada pengedar sendiri.

Tapi ramailah yang short cut kan, nak save duit katakan. Tapi actually kalau anda beli dengan kami pengedar Shaklee, daftarlah sebagai ahli. InsyaAllah dapat pun harga ahli. Senang sangat.

Bab potong harga, sebenarnya dalam Islam tak membenarkan pun. Betullah anda kata anda akad dengan penjual begitu harganya, tetapi anda juga sedang menganiaya ramai lagi pengedar lain. Itu tak berkat.

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.

Dalam satu sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin antaranya bisnes kontemporari ialah:

  • Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.

    Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
  • Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

Jelas sangat kan, sebaiknya janganlah sokong penjualan Shaklee di web e-commerce. Itu terang-terangan dilarang. Bila anda beli disana, sama juga tiada keredhaan dan macamana nak pulih daripada kesihatan kita.

Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

13 thoughts on “Kenapa tak boleh beli Shaklee Dari Laman Web E-Commerce?

  1. Mahamahu says:

    Yes betul juga tu kalau product kesihatan dan juga penjagaan ni kena dapat nasihat dan pandangan pakar tentang apa yang kita ambil kalau beli kat e-commerce tu nanti tak ada orang nak kita rujuk hurmm good point..

  2. Sunah Sakura says:

    aduhh selama ni tak pernah terfikir pasal ni, betul jugak kan….kalau jual kat e-commerce takde consultation yang berterusan..bahaya jugak..thanks tau share pasal ni..

  3. Qiss says:

    Setuju. Memang Qiss tak beli kalau kat web ecommerce. Selalu memang beli dengan distributors takpun beli sendiri. Hehe. Kena amalkan makan supplement yang bersesuaian untuk badan kan.

  4. Lia Hasty says:

    Insyaallah lepas ni beli produk shaklee dari agen terus kan. memang ada juga nampak ada juga di online platform. Saya pun pengguna produk Shaklee juga sebelum ni.

Leave a Reply to Sis Lin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge