Mesti anda sudah tahu emas ada jenis-jenisnya, yang paling popular anda mungkin pernah dengar tentang emas 916, emas 999 atau emas 750. Tapi tahukah anda emas ada pelbagai jenis, dan mungkin anda juga belum ketahui kandungan setiap jenis emas tersebut.
Jenis Emas dan Kandungannya
1. Emas 999
- Mempunyai kandungan 99.9% Emas
- Tidak dicampur dengan bahan-bahan lain (Emas tulen)
- Dikenali juga sebagai Emas 10 atau Emas 24 Karat (24K)
- Kebanyakan berbentuk jongkong emas
2. Emas 950
- Mempunyai kandungan 95.0% Emas.
- Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
- Dikenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)
- Juga sangat popular sebagai Emas Kelantan
3. Emas 916
- Mempunyai kandungan 91.6% Emas.
- Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
- Dikenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
- Amat terkenal dan popular di kalangan peminat Emas di seluruh Malaysia.
4. Emas 835
- Mempunyai kandungan 83.5% Emas.
- Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
- Dikenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
- Amat terkenal dan popular di kalangan peminat Emas di Kelantan.
5. Emas 750
- Mempunyai kandungan 75% Emas.
- Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
- Dikenali juga sebagai Paun @ Emas 18 Karat (18K)
- Kurang popular di kalangan pembeli Emas kerana mutunya
Yang Mana Pilihan Anda?
Dalam menyimpan emas, anda boleh pelbagaikan simpanan anda. Contohnya sebahagian anda simpan dalam bentuk jongkong emas (emas 999), dinar emas, syiling emas atau barang kemas. Antara banyak-banyak emas yang dijadikan barang kemas, saya pernah pakai emas 750.
Biasanya di Malaysia mereka tidak guna emas 750, emas 750 ibu saya belikan di Mekah masa itu sekitar tahun 2000. Cuma sebentuk gelang biasa sahaja, tapi saya sudah gadaikan beberapa tahun lalu untuk dibuat gelang yang lain.
Adakah suasa sejenis emas?
Bagi orang lelaki, suasa mungkin tidak boleh juga digunakan. Sebab ia masih mempunyai kandungan emas. Dalam suasa mengandungi 37.5% emas. Justeru suasa juga disebut sebagai emas 375.
Ingin dapatkan emas anda?
Anda juga boleh dapatkan emas anda daripada saya. Samada jongkong emas, dinar, syiling emas ataupun barang kemas insyaAllah boleh saya dapatkan untuk anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Baru tahu jenis2 emas, thanks sharing ^-^
Dunia Zumal recently posted…AWESOME BLOGGER FEBRUARI 2016
Betul tu. Saya pun baru tahu juga.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Wanita Buat Bisnes Di Rumah Demi Anak
sama2
Saya pasti memilih emas yg mempunyai ketulenan 99 peratus..
Pasti ia berbaloi untuk dijadikan pelaburan dewasa ini.
mrhanafi recently posted…Peluang Di Wafymobile Jana Pendapatan
Betul tu. Cari yang kearah tulis 100% lagi tinggi nilainya.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Rahsia Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita
takde 100% kan
insyaAllah berbaloi tuan.
emass 99 tu bukan jongkong… x boleh pakai… pompuan ni bukan je nk simpn tp nk pkai
seri nian recently posted…RF3 World Firmax3 Malaysia
haa bagi yang nak pakai belilah 916
Hm.. emas pun bagus juga sebagai pelaburan masa depan..
Yea tu. Ramai yang buat pelaburan emas sebagai simpanan masa depan.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Panduan Jobdirumah 2016
sebahagian letak sebagai emas, sebahagian letak saham. ini kalau simpanan kita dah ada 6x ganda daripada gaji
memang bagus tuan, jom simpan
Dinar emas dari segi design, ianya antara yang cantik 😀
sabree hussin recently posted…Bagaimana sistem AutoDownline mampu memudahkan kerja-kerja pemasaran Tone Excel anda?
Yea. Memang cantik. Antara sebab ianya menjadi tarikan.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
emas memang punyai daya tarikan tersendiri
memang cantik2. alangkah baik kalau jadikan matawang kan
tentulah elok pilih emas 999 yg tinggi kandungan emas walau lbh mahal.
elok juga kak paridah, tapi kalau nak bergaya, amik 916 je.
Saya ada simpanan emas 999, 916 dan 750 ja…baru tahu ada banyak lagi jenis emas ni.
Noriza Rahman recently posted…Seronoknya Diraikan Oleh Blogger Deq Noor
750 saya dah jual, skrg ada 999 dan 916 je.
Banyak rupanya emas ni. Ingat ada satu jenis aje.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Wanita Buat Bisnes Di Rumah Demi Anak
banyak jenis lagi sebenarnya
cik tom suka emas 999…setakat ni koleksi barang kemas je..planning nak tambah gold bar or syiling emas
cik tom recently posted…Ayurpure Slim | Kuruskan Badan Serta Cantik, Selamat dan Efektif
mesti ada perancangan cik tom
wahh..
main emas dah pulak ye sekarang.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 547-584
syok juga tau
kirain emas itu semuanya sama saja.. ternyata berbeda ya :p
wooclipmovie recently posted…Martian (2015)
berbeza peratus emas di dalamnya sahaja
Yay. hehe info ni lengakp, baru ku tahu jenis jenis dia.. Senang nk tau lepas ni g kedai usha emas apa yg dorg jual senang sikit nak tanya..
Mejuez recently posted…Syarat Dan Rukun Umrah Serta 61 Agensi Umrah Berdaftar Dengan Kementerian Arab Saudi
ha betul tu, bila berkecimpung dalam hal emas, ilmu ini pun masih baru pada saya