Kebaikan Kolagen Untuk Kesihatan Tulang Elak Osteoporosis

By | 12 May 2017
Kebaikan Kolagen Untuk Kesihatan Tulang Elak Osteoporosis

Kebaikan Kolagen Untuk Kesihatan Tulang Elak Osteoporosis

Posting saya sebelum ini ada saya nyatakan bagaimana kebaikan kolagen untuk tulang demi mencegah osteoporosis.

Menurut Persatuan Osteoporosis Malaysia, kira-kira 400 ribu wanita Malaysia menderita dengan penyakit Osteoporosis. Menjelang tahun 2020, bilangan orang tua di negara kita melebihi 55 tahun akan meningkat ke 4.6 juta. Dijangkakan masalah osteoporosis akan meningkat jika pencegahan tidak dibuat.

Justeru, kesedaran awal adalah penting untuk mencegah osteoporosis.

Proses Kejadian Tulang

Tulang mengalami proses pembentukan semula setiap 4 bulan, iaitu satu proses yang menyingkirkan sel tulang lama dan mencipta sel tulang baru. Proses ini berlaku sepanjang masa dalam setiap bahagian yang berlainan pada tulang.

Sel-sel yang melarutkan tulang dikenali sebagai osteoklas, ia bertindak menghancurkan tulang lama. Sel pembina pula adalah osteoblas membentuk matriks protein daripada kolagen.

Osteoblas ini umpama labah-labah yang menenun jaringan utas demi utas sehingga suatu matriks yang terjalin rapi terbentuk.

Selepas itu, proses pemineralan dan pengkalsitan kolagen berlaku. Kalsium dan fosfat akan mengisi ruang di sekeliling kolagen dan dengan itu terbentuklah tulang baru. 3 bulan lagi, kitaran ini akan bermula lagi.

Dari segi klinikal, osteoporosis berlaku apabila proses osteoklas melebihi penimbunan pembinaan oleh osteoblas.

Jemput tonton video di bawah:

Kebaikan Kolagen Untuk Kesihatan Tulang Cegah Osteoporosis

Kita faham kolagen adalah binaan paling awal untuk membuat tulang betul kan. Jadi bagaimana pengambilan suplemen kolagen dapat membantu mencegah osteoporosis?

Ada beberapa kajian ke atas kolagen menunjukkan pengambilan harian kolagen untuk tempoh 4 hingga 24 minggu boleh meningkatkan ketumpatan jisim tulang.

Kajian lain pula telah menunjukkan bahawa apabila kolagen peptida metabolit terdapat di dalam matriks ini, osteoblas, iaitu sel-sel yang bertanggungjawab untuk pembentukan tulang, telah dirangsang.

Hasil daripada kebanyakan kajian ini menunjukkan kolagen mampu

  1. Menyokong kesihatan tulang melalui peningkatan tulang dan ketumpatan mineral
  2. Meningkatkan saiz tulang
  3. Tulang kurang rapuh
  4. Rangsangan aktiviti osteoblast iaitu merangsang pertumbuhan tulang

Kenapa Shaklee Collagen Powder Menjadi Pilihan Kita?

Berbanding kolagen lain di pasaran, kenapa Shaklee Collagen Powder sangat baik dan istimewa?

  • Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen. Ia merupakan kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda. Satu sachet untuk satu hidangan bagi memudahkan anda menyediakannya pada bila-bila dan dimana-mana jua.
7 ramuan Shaklee Collagen Powder

7 ramuan Shaklee Collagen Powder

Gabungan 7 bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dalaman dan luaran iaitu:

1. Ekstrak biji benih Camelia Japonika

  • Mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
  • Mengandungi isoflavon sebagai bahan antioksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas.

2. Ekstrak Pfaffia

  • Menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
  • Berperanan dalam menghidratkan tisu
  • Membuatkan kulit lembut, lembap dan licin.

3. Kolagen Ikan

  • Sumber premium kolagen
  • Kadar penyerapan lebih tinggi
  • Sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan dan daratan

4. Ekstrak kerang-kerangan

  • Penting dalam sintesis bendalir sinovio bagi melicinkan pergerakan sendi
  • Melembapkan mata
  • Melegakan ketidakselesaan mata

5. Lactobacillus Acidophilus

  • Membantu mengimbangi mikroflora usus
  • Memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

6. Vitamin C

  • Menggalakkan pengeluaran kolagen
  • Bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

7. Vitamin B

  • Membantu proses metabolisme lemak, protein dan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen.

Nutrisi dan Kesihatan Tulang

Selain kolagen, pelbagai lagi nutrisi untuk tulang sangat penting kerana ia merupakan tisu hidup dan struktur bernyawa. Makan makanan yang betul untuk kesihatan tulang sangat penting untuk mencegah osteoporosis. Matlamat utama ialah untuk mendapatkan nutrisi yang menggalakkan pembinaan tulang dan mencegah osteoporosis.

Cadangan Pengambilan Nutrisi Untuk Tulang:

  • Makan diet yang mengandungi sedikit daging merah.
  • Daging ayam yang dibuat kulit adalah baik.
  • Lebihkan karbohidrat kompleks
  • Kurangkan pengambilan pengawet dan pewarna
  • Minum air kosong minima 12 gelas sehari.
  • Produk kacang soya seperti tauhu, tempe, dan lain-lain adalah amat baik.
  • Makanan laut seperti ikan, tiram, kepah, sardin, kupang.
  • Hadkan pengambilan lemak terutama lemak tepu dan lemak trans.
  • Makan banyak sayuran yang kaya dengan kegiatan estrogen dan nutrisi yang membina tulang.

Sayuran yang baik untuk membina tulang:

  • Bijirin seperti biji bunga matahari, labu, bijan, alfalfa, jagung, oat, gandum
  • Kekacang seperti badam, kacang tanah, walnut, gajus dan hazel.
  • Buah seperti epal, pisang, mangga, betik, avocado, pear dan tomato
  • Sayuran seperti sayur berdaun hijau, brokoli, bayam, saderi, lada, cendawan dan lain-lain.
Nutrisi untuk tulang

Nutrisi untuk tulang

Antara makanan yang harus dielakkan adalah:

  • Organ dalaman seperti hati, ginjal
  • Daging disalai
  • Minuman ringan seperti coca cola
  • Makanan berkolesterol tinggi
  • Makanan diproses, makanan yang disejuk beku
  • Makanan bergoreng
  • Elakkan garam tersembunyi. Garam merampas kalsium daripada badan anda.

Suplemen Membantu Untuk Membina Tulang

Ramai orang cuma sekadar makan untuk sedap, bukan untuk nutrisi. Tambahan pula ramai yang tidak sedar langsung tentang kandungan nutrisi dalam diet mereka. Pengambilan suplemen yang baik dapat membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian kita.

Nutrisi yang diperlukan untuk membina tulang:

1. Kalsium

Badan kita memperolehi kalsium dengan 3 cara:

  1. Badan menyerap kalsium secara langsung daripada makanan yang kita makan
  2. Sekiraya terdapat kekurangan kalsium dalam darah, badan akan mengambil kalsium daripada tulang, lama kelamaan tulang akan menjadi rapuh.
  3. Ini memperlahankan jumlah kalsium yang meninggalkan badan melalui air kencing dengan mengembalikannya semula ke dalam aliran darah.

Kalsium sangat penting untuk kesihatan tulang. Matlamat utama pengambilan kalsium adalah memastikan kehilangan kalsium tidak melebihi pengambilannya dalam diet kita. Imbangan ini perlu kekal untuk mencegah badan daripada menggunakan rizab kalsium dalam tulang kita.

Ada kajian yang dilaporkan dalam New England Journal Medicine dimana ia mendapati 43% pencegahan keretakan tulang dapat dikawal melalui suplemen.

Selain suplemen kalsium, jika digabungkan dengan senaman, hasilnya adalah sangat luar biasa. Dalam satu kajian telah dibuat dan mendapati mereka yang menjalani senaman bersama-sama pengambilan kalsium mengalami peningkatan dalam kepadatan tulang sebanyak 5% berbanding kumpulan tanpa senaman kehilangan kepadatan tulang sebanyak 2%.

Banyak lagi kajian mendapati senaman dan suplemen kalsium dapat membantu mengekalkan jisim tulang puncak, malahan menterbalikkan proses kehilangan tulang walaupun selepas jisim puncak anda mula menurun.

2. Vitamin D

Vitamin D memberikan kesan positif kepada imbangan kalsium kerana ia membantu penyerapan kalsium dalam saluran usus. Vitamin D sangat penting untuk membantu pembinaan tulang.

3. Kolagen dan Vitamin C

Kolagen ialah salah satu tisu penting dalam badan yang mengikat segala-galanya. Apabila paras vitamin C rendah, ia menghasilkan tisu penyambung yang longgar. Ramai yang terlalu menekankan tentang kalsium sehingga mengabaikan nutrisi lain dalam pembentukan tulang.

Seperti tulisan saya di atas, dalam pembentukan tulang, osteoblas merangkaikan matriks kolagen seperti labah-labah melilit jaringan sarangnya. Jaringan ini diperbuat daripada protein yang dikenali sebagai kolagen.

Kita tahu protein diperbuat daripada asid amino. Sebahagian besar kolagen pula terdiri daripada 2 asid amino iaitu prolina dan lisina. Sebenarnya reaksi penting dalam pembentukan kolagen ialah tindakan menyatukan kedua-dua asid amino ini. Reaksi ini bergantung sepenuhnya kepada bekalan vitamin C yang mencukupi.

Tanpa vitamin c, tiada kolagen, tiada kolagen bermakna tiada matriks untuk pembinaan tulang.

Penyerapan Shaklee Collagen Powder sebanyak 1000dalton memudah dan memaksimakan kadar penyerapan

Penyerapan Shaklee Collagen Powder sebanyak 1000dalton memudah dan memaksimakan kadar penyerapan

4. Protein

Ada 2 asid amino penting dalam kolagen, namun ada lagi 15 asid amino yang juga penting untuk tulang. Ada 9 jenis asid amino perlu (essential).

Protein soya satu-satunya sumber kimia tumbuhan yang dikenali sebagai genistein. Ia juga mengandungi daidzein. Kedua-duanya mempunyai aktiviti estrogen yang lemah.

Para saintis percaya bahaya isoflavon ini dalam soya akan melambatkan kehilangan tulang.

5. Vitamin K

Jarang juga kita dengar tentang vitamin K, betul tak? Vitamin K diperlukan untuk pembentukan tulang yang optiomum melalui protein disebut sebagai osteokalsium.

6. Mineral

Ada beberapa mineral yang bagus untuk tujuan kesihatan tulang, antaranya:

  • Magnesium – untuk mencegah pembentukan tulang yang abnormal, membantu mengekalkan keseimbangan kalsium dan magnesium yang normal untuk mencegah osteoporosis, mengawal pengeluaran kalsitonin dan hormon paratiroid yang bagus untuk pemodelan semula tulang.
  • Zink – meningkatkan tindakan vitamin D dan diperlukan untuk sintesis protein pada tisu tulang dan pembentukan osteoklas (pembina) dan osteoblas (peroboh). Zink penting untuk penumbuhan sel baru.
  • Mangan – diperlukan untuk mengeraskan tulang, pembentukan rawan dan sel kolagen yang penting.
  • Kuprum – menyekat penghancuran tulang, membantu mengekalkan tulang yang sihat, rawan, rambut dan kulit serta keanjalan.
  • Boron – membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium

Penutup

Sebenarnya sangat penting amalkan suplemen yang tepat. Pengambilan jus-jus, minyak tertentu perlulah disertai dengan ilmu khusus mengapa ia penting sebagai nutrisi tambahan anda. Sebab badan kita perlukan pelbagai khasiat vitamin dan mineral untuk pelbagai fungsi terutama dalam hal ini berkaitan tulang dan pencegahan osteoporosis.

Amalkan suplemen seperti berikut untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis:

  1. Ostematrix – mengandungi khasiat kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, mangan, kuprum, boron
  2. Shaklee Collagen Powder – mengandungi kolagen dan vitamin C
  3. ESP atau Cinch – untuk khasiat protein dan asid amino
Set Osteoporosis Shaklee membantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis

Set Osteoporosis Shaklee membantu mencegah dan menterbalikkan risiko osteoporosis

TERKINI. Jemput baca kisah saya untuk perangi osteoporosis hingga menjadi tulang kembali menjadi normal.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix
#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

10 thoughts on “Kebaikan Kolagen Untuk Kesihatan Tulang Elak Osteoporosis

  1. Mimi Azirah

    Bila umur dah meningkat memang kolagen tuh penting kan

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      rupanya bukan untuk kulit sahaja kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, saya pun ingat gitu juga

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge