Call nowWhatsapp

Psoriasis adalah penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang menyerang sel kulit yang sihat secara cepat. Kebiasaan kulit kita akan membuat sel baru setiap 3 bulan, tetapi bagi penyakit psoriasis, ia berlaku terlalu pantas sehingga ia jadi berlapis-lapis.

Penyakit ini mudah dikenali seperti mempunyai kuping putih, perak atau merah bersisik tebal di beberapa bahagian badan seperti kaki, lutut, siku, tangan dan kulit kepala. Penyakit ini tidak berjangkit, tetapi merupakan penyakit keturunan. Biasanya penyakit ini menyerang pada orang dewasa, walaupun ada juga beberapa kes pada anak-anak dan remaja.

Munculnya Psoriasis juga berbeza-beza, bergantung bentuk dan luas sebarannya. Ada beberapa jenis psoriasis yang anda perlu tahu.

Jenis-jenis penyakit kulit psoriasis

Jenis psoriasis

Jenis psoriasis

1. Psoriasis pustular

Psoriasis jenis ini ditandai dengan kulit merah dan bersisik pada telapak tangan atau kaki dengan pustules kecil (penonjolan pada kulit seperti jerawat).

Psoriasis jenis ini merupakan salah satu jenis yang paling menyakitkan dan ditandai dengan lepuhan kekuningan penuh dengan nanah. Ada dua jenis Psoriasis pustular.

  • Lokalisata – ditandai dengan munculnya pustules kecil di telapak tangan maupun kaki
  • Generalisata – ditandai dengan munculnya kuping merah berisi nanah dan munculnya juga hampir di seluruh tubuh.

2. Psoriasis Gutata

Psoriasis jenis ini biasanya terjadi pada masa kanak-kanak. Munculnya ditandai dengan bintik-bintik merah kecil pada setiap anggota badan. Penyebab kepada jenis ini adalah jangkitan pada saluran pernafasan, radang tekak, tonsil, stress, luka pada kulit, dan penggunaan ubat anti-malaria dan beta-blocker.

Scary juga kan, maknanya pastikan tahap sistem imun anak-anak kuat supaya tidak melarat menjadi psoriasis.

3. Psoriasis Inverse

Psoriasis jenis ini ditandai dengan munculnya kuping merah yang rata-rata ditemui di lipatan kulit seperti ketiak, pangkal paha, daerah payudara, alat kelamin, dan punggung. Walaupun tidak mengakibatkan sisik, tetapi jenis ini menyebabkan keradangan merah pada kulit.

4. Psoriasis Eritroderma

Psoriasis jenis ini merupakan jenis psoriasis yang boleh dibilang paling berat. Pada jenis ini, muncul kemerahan yang tidak normal pada kulit yang menyebar luas ke seluruh tubuh. Seseorang yang menderita psoriasis Eritroderma biasanya akan menggigil kesejukan kerana banyak kehilangan kalori yang dilepaskan melalui luka. Penyebab kepada psoriasis jenis ini adalah kerana jangkitan dan ubat-ubatan tertentu. Seseorang yang terkena penyakit Psoriasis jenis ini memerlukan rawatan perubatan segera kerana boleh menyebabkan penyakit parah jika tidak segera ditangani.

Komplikasi Akibat Psoriasis

Tahukah anda apabila mendapat psoriasis anda turut berisiko mendapat komplikasi lain? Penyakit psoriasis umpama penyakit sistemik yang lain, contohnya penyakit kencing manis / diabetes. Penyakit sistemik maksudnya pesakit psoriasis lebih berisiko mendapat penyakit lain.

Komplikasi akibat psoriasis

Komplikasi akibat psoriasis

Di bawah ini adalah senarai komplikasi yang berkaitan dengan psoriasis.

1. Arthritis Psoriatic

Psoriatic arthritis adalah berkaitan dengan sakit sendi.

2. Emosional / Masalah Sosial

Malu dari keadaan kulit yang buruk boleh mengakibatkan pelbagai emosi / masalah sosial, termasuk rendah diri, kemurungan, kebimbangan, dan menjadi tidak selesa secara sosial.

3. Masalah Metabolik

Mereka yang menderita psoriasis juga cenderung menderita pelbagai penyakit lain, termasuk obesiti, diabetes jenis 2, gangguan mata tertentu, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit Parkinson, penyakit buah pinggang dan lain-lain.

Cara Mencegah dan Membantu Rawatan Psoriasis

Kajian mungkin tidak menunjukkan hubungan langsung antara suplemen dan penyakit psoriasis. Namun ramai pesakit psoriasis dan artritis psoriatik mendapati pengambilan vitamin dan makanan tambahan dalam diet mereka membantu kulit mereka lebih baik dan boleh mengurangkan sakit sendi.

Menurut FDA, terdapat beberapa suplemen yang dapat membantu mencegah dan membantu rawatan psoriasis. Disebabkan masalah psoriasis disebabkan oleh lemahnya sistem imun, fokus untuk mencegah dan membantu rawatan psoriasis haruslah mengutamakan meningkatkan sistem imun pesakit psoriasis.

Set psoriasis yang ditawarkan oleh Shaklee lengkap dan insyaAllah berkesan

Set psoriasis yang ditawarkan oleh Shaklee lengkap dan insyaAllah berkesan

Antara suplemen yang sesuai diambil oleh pesakit psoriasis adalah:

1. Asid lemak omega 3

Asid lemak Omega-3 telah dapat membantu mengurangkan keradangan, dimana psoriasis adalah penyakit keradangan. Asid lemak Omega-3 juga mempunyai kesan positif ke atas sistem imun badan.

Terdapat tiga jenis omega-3 asid lemak:

  • Asid alfa-linolenik
  • Asid eicosapentaenoic (EPA)
  • Asid docosahexaenoic (DHA)

Asid alfa-linolenik terdapat dalam beberapa minyak sayur-sayuran, kacang, biji benih, dan makanan soya. EPA dan DHA terdapat dalam ikan berlemak dan minyak algae. Minyak ikan juga boleh didapati dalam bentuk kapsul sebagai tambahan. Sesetengah individu yang menghidapi psoriasis menunjukkan kekurangan omega-3 asid lemak dan ketinggian omega-6 asid lemak, yang cenderung untuk meningkatkan keradangan.

Keistimewaan Omega Guard Shaklee

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2. Vitamin D

Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin cahaya matahari. Vitamin D adalah bahan aktif utama dalam dua ubat-ubatan preskripsi – Vectical dan Dovonex – yang digunakan untuk kulit. Vitamin D boleh mengubah cara sel-sel membesar. Psoriasis meningkatkan pertumbuhan sel-sel kulit. Vitamin D boleh melambatkan pertumbuhan sel kulit.

Satu laporan dalam Science Translational Medicine (Mei 2011), mendapati bahawa vitamin D membantu mengatasi tindak balas badan untuk keradangan yang berkaitan psoriasis.

Keistimewaan Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien ini penting bagi memastikan penyerapan 99% ke dalam  badan kita dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Ostematrix mengandungi:

  • 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Ostematrix merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan.

3. Glucosamine dan Chondroitin

Glucosamine dan kondroitin dibuat secara semula jadi di dalam dan sekitar sel-sel tulang rawan di dalam badan. Glucosamine dipercayai untuk membantu dalam pembentukan tulang rawan dan pembaikan dan mungkin menghalang keradangan. Chondroitin dianggap menggalakkan rawan keanjalan dan menghalang kerosakan rawan.

Semakin kita berusia, pengambilan suplemen mengandungi glucosamin dapat membantu melambatkan perkembangan dan mengurangkan kesakitan osteoartritis (penyakit degeneratif dicirikan oleh tulang rawan kemerosotan sendi).

Glucosamine mengandungi bahan-bahan yang diekstrak daripada tisu haiwan termasuk udang, kerang udang dan ikan yu rawan. Orang yang alah kepada kerang harus mengelak Glucosamine. Juga, kanak-kanak dan wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak boleh mengambil makanan tambahan ini.

Glucosamine telah ditunjukkan untuk meningkatkan tahap gula dalam darah pada sesetengah orang dengan diabetes. Jika anda mempunyai kencing manis, berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil makanan tambahan Glucosamine.

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

Collagen powder mengandungi ekstrak kerang-kerangan yang penting untuk kesihatan sendi. Glucosamine ekstrak kekerang adalah sangat penting dalam sintesis cecair sinovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan.

4. Vitamin B

Vitamin B diperlukan untuk kulit yang sihat.

  • Vitamin B1 (thiamine) – penting untuk peredaran yang betul dan kulit yang sihat.
  • Vitamin B6 (pyridoxine) – kekurangan telah dikaitkan dengan gangguan kulit.
  • Vitamin B5 (asid Pantothenic) – membantu dalam fungsi adrenal yang betul.
  • Vitamin B12 – adalah penting dalam pembentukan sel dan panjang umur sel.

Keistimewaan BComplex Shaklee

Bcomplex Shaklee adalah lengkap dengan 8 vitamin B. Selain itu, Bcomplex juga dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Ini contohnya sangat penting untuk asid Folik, sejenis vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Bcomplex telah dihasilkan dengan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Kekurangan asid folik dikatakan mempunyai kaitan dengan penyakit psoriasis.

5. Resveratrol dan Vivix

Vivix merupakan minuman botanikal yang sangat tinggi antioksidan. Ia membantu memulihkan beberapa penyakit kritikal pada peringkat sel. Vivix mengandungi resveratrol, malahan ia terbukti 13x lebih bertenaga berbanding resveratrol biasa.

Kandungan polifenol yang didapati dalam resveratrol adalah 50kali lebih bertenaga berbanding vitamin C dan vitamin E. Antioksidan ini adalah anti radang yang sungguh berkesan pada kulit, mengurangkan kesan pada kulit bagi yang bermaslah seperti ekzema, psoriasis, sopak dan jerawat kronik.

Polifenol mampu mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit bagi mengelakkan merebak dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah alahan pula.

6. Vitamin Lain

Antara vitamin lain yang boleh diambil oleh pesakit psoriasis adalah:

  • Vitamin A – penting untuk kulit yang sihat dan kuku. Carotomax merupakan vitamin A yang terbaik anda boleh dapatkan.
  • Vitamin C dengan Bioflavenoids – penting dalam meningkatkan sistem imun anda, membentuk kolagen dan tisu kulit.
  • Vitamin E – merupakan antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Zink – penting dalam metabolisme protein, dan protein yang diperlukan untuk penyembuhan.

7. Detox

Selain suplemen diatas, detox juga dapat membantu membantu dan merawat gejala psoriasis. Bagaimana keadaan kulit seperti psoriasis dihubungkan dengan hati? Fungsi hati adalah untuk menapis dan menyahtoksik darah kita. Walau bagaimanapun, jika hati kita menjadi rosak dan tidak dapat melakukan kerja dengan betul, toksin mula berkumpul di dalam darah kita.

Bahan toksin ini boleh memburukkan lagi sistem imun dan memulakan tindak balas keradangan seluruh badan. Salah satu daripada tindak balas keradangan adalah psoriasis. Pembersihan dan regenerasi hati boleh mengurangkan dan menghapuskan gejala psoriasis.

Detox dapat membantu meningkatkan fungsi hati dan sekaligus membantu merawat psoriasis

Detox dapat membantu meningkatkan fungsi hati dan sekaligus membantu merawat psoriasis

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)