Hidup dan Mati sangat hampir
Dalam seminggu dua yang lalu ramai juga saya dengar khabar kematian. Ada seorang kawan saya. Sama-sama bekerja untuk beberapa tahun (tapi bukan satu syarikat), kira bekerjasama dalam projek yang sama.
Suami beliau sejak Disember 2016 lalu terlantar sahaja. Baru berumur awal 40an. Seorang yang berlebihan berat badan, menghidap kencing manis dan sudah melarat mengganggu buah pinggang.
Kawan saya sampai perlu berhenti kerja untuk menjaga suami. Tapi mujur juga beliau memang sebelumnya ada buat bisnes freelance, seorang trainer. Jadi bolehlah teruskan sahaja bisnes freelance, bakat beliau sangat besar.
Saya sempat bertemu kawan saya ini bulan Januari lalu. Dan waktu arwah sedanng tenat, sempat juga melawat di hospital. Selepas seminggu, arwah meninggal dunia, duduk di hospital lebih 2 minggu.
Kematian Mendatangkan Keinsafan
Memang insaf bila lihat. Kaki arwah membengkak, dari Disember lalu memang kaki beliau tidak dapat diselamatkan. Kira OKU. Sebab tulang retak akibat kencing manis dan berat badan berlebihan. Kencing manis dan obesiti membunuh.
Saya memang tidak sempat hendak tolong, cuma kawan saya itu sebelum ini sudah saya nasihatkan beberapa perkara berhubung gaya hidup dan suplemen. Cuma mungkinlah kan, suami ini bukan senang kita hendak nasihat, melainkan kesedaran itu daripadanya sendiri.
Cuba renung balik, kenapa zaman sekarang ini ramai sangat orang muda yang ada sakit degeneratif? Degeneratif ni maksudnya penyakit-penyakit yang biasanya (atau zaman dahulu) hanya menyerang orang tua.
Sekarang ramai je yang ada sakit jantung, kanser dan diabetes sedangkan baru je 20an. Maksudnya usia sahaja muda tapi sel badan dah tua.
Umur 22 tahun, sel dah tua seperti umur 70 tahun, kena diabetes. Itu bidalannya.
Bagaimana Badan Berfungsi
Sebenarnya badan kita hasilkan radikal bebas dan reactive metabolite hasil daripada aktiviti sel, metabolisme dan lain-lain. Tetapi badan kita sendiri ada mekanisma antioksidan sendiri untuk buang benda-benda tu.
Contohla, sampah, kalau kita buang merata-rata, buang dalam sungai, lama-lama jadi apa? Lama-lama jadi rosaklah persekitaran kita, dengan kita-kita sendiri layu terus.
Zaman sekarang ini banyak sangat pencemaran (air, udara, sungai, makanan), makanan pun ikut dan atau merapu, life pun so-so (asyik fikr kerja, stress, tak bersenam, dll). Semua ini menjadikan penghasilan radikal bebas dan reactive metabolite tu semakin menjadi-jadi.
Tapi masalahnya alat perlindungan tidak cukup. Maka terjadilah oxidative stress. Bila berlaku keadaan camni radikal bebas itu akan mula mencuri elektron daripada sel-sel sihat.
Bila elektron dah kena curi, ia umpama orang tebuk badan kita dan ambil darah atau organ dalaman kita. Lama-lama kita akan mati. Begitulah terjadi kepada sel-sel kita.
Proses ini menyebabkan sel kita cepat mati daripada sepatutnya.
Sepatutnya sel kita mati secara semulajadi. Bila dia mati semulajadi, ia takkan memberikan apa-apa kesan buruk kepada sel-sel lain, malahan memberikan ruang kepada sel baru untuk tumbuh.
Akibat daripada pembunuhan oleh radikal bebas, umpama kucing tidak ditanam dengan baik. Lama-lama jadi berulat, busuk.
Akibat daripada inilah terjadinya macam-macam penyakit kronik yang menjadi pembunuh no 1 sekarang. Perkara ini berlaku senyap-senyap tanpa kita sedar.
Dalam kata lain:
radikal bebas / reactive metabolite (dari badan dan luaran) > oxidative stress > curi elektron dari sel sihat > sel mati > tak diurus dengan baik > penyakit kronik
Jadi, memandangkan kita sudah tahu masalah ini dan kita tidak dapat lari daripada masalah alam sekitar, menjadi tanggungjawab kita untuk berikan perlindungan lebih kepada sel-sel badan kita.
Jaga Diri, Jaga Kesihatan
Bagi saya, sebagai suami atau isteri, kena pupuk kesedaran untuk jaga kesihatan. Sekarang ini banyak tekanan dalam hidup kita:
- Makanan tidak sempurna, kurang nutrisi
- Persekitaran – masalah pencemaran air, udara, tanah, makanan
- Kurang bersenam
- Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, kurang tidur, stress
Semua ini tidak sama dengan zaman tok nenek moyang kita. Zaman tok nenek kita persekitaran masih bersih, makanan pun memang berkualiti dan cukup nutrisi, disamping mereka bekerja keras hingga tidak memerlukan senaman. Tapi kita bagaimana? Masih hendak samakan dengan tok nenek moyang kita?
Tentu tidak sama lagi. Cuba tenung wajah anak-anak, ada berapa anak-anak sekarang? Umur berapa mereka? Bagaimana mereka hendak hidup tanpa kita? Pernah fikir? Memang ajal maut itu dari Allah belaka, tapi kita wajar berikhtiar, betul?
Bagi saya, sudah lama saya cuba kempenkan kesedaran ini. Ayuh kita sama-sama.
- Ambil makanan berkhasiat, kurangkan gula, pelbagaikan makanan dan lebihkan sayur dan buah
- Cuba untuk bersenam 3x seminggu, kalau umur dah lanjut, cubalah perlahan-perlahan untuk 10 minit sahaja
- Jauhi merokok, amalkan tidur awal, kurangkan stress
- Ambil suplemen. Berdasarkan kajian, pengambilan suplemen memang wajib dan membantu meningkatkan kesihatan
- Solat, mengaji jangan tinggal. Doalah semoga Allah bantu lindungi kita.
Saya terfikir bagaimanalah anak-anak kawan saya itu sekarang, sudah jadi anak yatim. Sedihnya. Saya harap Allah permudahkan hidup mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Sama le Nah…..baru baru ni pun kawan x ofis pun meninggal. Eksiden. Lukanya tak parah mana tp masa operate ada komplikasi….huhu
Takut nendengarnya.
Okje recently posted…Korean Fried Chicken
innalillah
Stress, kena pandai kawalnya ,kalau tidak semakin menjadi nanti
Wan Zawawi recently posted…10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
stress penyebab macam2 penyakit
HIDUP dan MATI sesuatu yang terpaksa semua orang hadapi. Takut juga bila kenangkan mati ni.. moga kita semua dapat menghadapNya dalam keadaan yang tenang ameen
ikhtiar untuk sihat sis hawa
mati tak kira umur tua ke muda…
zik recently posted…Live streaming maharajala lawak Mega minggu ke4 ,
betul tu zik
Mati itu pasti.
Tapi kita perlulah berusaha menjaga tubuh badan yang dipinjamkan kan kak.
Mayy Jie recently posted…Make-up Harian Mayy / Mayy’s Daily Make-Up
betul tu MJ
kadang2 kita lupa… bila bila masa je boleh mati
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Filem La La Land
betul tapi still kita kena ikhtiar
Hmmm. faktor pemakanan ni penting sangat kan.
Sekarang ni banyak sangat makanan tah apa-apa kandungannya.
kita pula pakai bahan je makan semua.
Seorang Syed recently posted…WHAT MAKES ME CONFIDENT?
betul, kena selectve
gaya hidup yang kurang sihat serta kesedaran tentang penjagaan kesihatan itu boleh menjadi penyebab…
saya faham bahawa ajal dan maut adalah takdir tetapi perlu ingat juga kemusnahan berpunca dari manusia itu sendiri..
mrhanafi recently posted…Promosi Takaful Di SK Dato Traoh Samarahan
betul sangat tu, kemusnahan juga berpunca diri sendiri
Al fatihah utk arwah suami kawan akak..
btuk kata akak..kesedaran utkbersenam ni dtg dr kita sendiri..
Jie Susanos recently posted…Review Ebook Rahsia Taobao
betul tuan
Al fatihah utk arwah suami kawan akak..
Kena sentiasa bersedia dan alert ni.. Bila-bila pun ajal akan datang menjemput. Tapi itu la, kena kena jaga kesihatan dan badan kita dengan sebaiknya walaunpun ianya pinjaman yang sementara.
Kerana ia satu anugerah yang sangat berharga..
dedauncomel.coom recently posted…Senaman Terbaik Dan Sesuai Dilakukan Di Rumah
betul tu, kita kena ikhtiar juga untuk sihat
mati itu pasti
cuma tak tahu bila waktunya sahaja
siti hazreen recently posted…Makanan Tambahan Untuk Sakit Lutut
kita kena ikhtiar juga untuk sihat
peringatan utk diri wak sendiri.,
betul tu
Mmg menginsafkan.. peringatan buat diri sendiri juga. Ikhtiar kita utk sentiasa jaga kesihatan sbg satu ibadah juga kan… mati itu pasti, moga dibanyakkan amalan baik buat kita semua dgn sepenuh keberkatannya… aamiin.
Khir Khalid recently posted…Muadzam Shah Memacu Transformasi Hab Tenusu Utama Di Malaysia
amiin mudah2an tuan
Semua Allah dah aturkan, kita yang kna bersedia, kesihatan tu penting. kita perlu jaga..
betul tu kena ikhtiar
Pentingnya pengambilan suplemen yang ramai individu ambil remeh.
Ira recently posted…Cara Buat Bisnes Walau Anak Suka Melekap
betul tu ira