Hari ini berlaku fenomena alam paling besar juga iaitu fenomena gerhana matahari. Anggaran berlaku peristiwa ini ialah pada 9 Mac 2016 antara jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Reaksi Rasulullah saw apabila berlaku gerhana matahari
Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?
عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu Musa radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.
فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ
Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku’nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat.
ثُمَّ قَالَ ” إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.
وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ
Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya.
فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ”
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]
Sunnah Ketika Gerhana Matahari
Apabila berlaku gerhana matahari, adalah ada beberapa perkara sunnah boleh kita laksanakan.
Solat sunat gerhana matahari
- Ia dua rakaat
- Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
- Melakukan ruku’ yang panjang
- Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
- Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
- Melakukan sujud yang panjang
- Duduk antara dua sujud
- Sujud dengan sujud yang panjang
- Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
- Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
- Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.
Sunnah lain ketika gerhana:
- Sedekah
- Berdoa
- Takbir (Allahuakbar)
- Mengingati kebesaran dan takut azab Allah
Dalil-dalil berkaitan:
Solat gerhana-
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ،
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.
فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ،
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku’ dan memanjang ruku’nya.
ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku’ dan memanjangkan ruku’nya tetapi lebih pendek daripada ruku’ yang pertama.
ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى،
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.
ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ،
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.
فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا ا
Jemput saksikan kejadian gerhana yang dirakamkan menerusi penerbangan Lufthansa LH 435 baru-baru ini
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Allhamdulilah baru je selesai sebentar tadi
onlajer recently posted…Bila masanya anda patut Start Bisnes Air
Alhamdulillah
subahanallah… http://bittdoubleis.blogspot.my/2016/03/malaysia-sun-eclipse-2016.html
kan.. subhanallah
Munculnya gerhana matahari adalah suatu tanda akan dekatnya hari kiamat. perbanyak istighfar.
Khair recently posted…Ikuti Salah Satu Tips Ini Agar Hari-harimu Terhindar Dari Sifat Malas
betul tu tuan, subhanallah
subhanallah.. 🙂
Subhanallah
subhanallah mcam takut je bila tengok gerhana tadi memang hari kiamat dah dekat cuma kita je yg selalu alpa
itulah peringatan daripada Allah
subhanallah.. tadi pun dapat tengok kejap je, yang bentuk sabit je.
ohpt3 recently posted…Koleksi Soalan PT3 Pertengahan Tahun Semua Subjek
oo untungnya dapat lihat, saya silau2 gitu tengok jadi taklah lama
Subhanallah
subhanallah
tak sempat tengok kerana cuaca tidak mengizinkan..hari mahu hujan
mrhanafi recently posted…Cuti Hari Ketiga Untuk Blogwalking
oo sana cuaca lain. takpe, mungkin lain kali insyaAllah
Alhamdulillah akak pun dapat tengok….subhanallah .Menakjubkan ciptaan Allah
subhanallah..
jangan lupa untuk solat gerhana
Wooclip @Download free Movie recently posted…Knock Knock (2015)
jangan lupa salat gerhananya ya
Wooclip @Watch movie online recently posted…Martian (2015)
aku ketiduran jadi tidak lihat gerhana kemarin 🙁
Melody.S recently posted…Martian (2015)
terlepaslah kiranya ni ya
Subhanallah, apa yang lakukan berbeza dari sepatutnya
betul kan
Semasa gerhana berlaku didalam perjalanan ke tempat kerja.
akubiomed recently posted…LEAP interval timer untuk High Intensity Interval Training HIIT
kebanyakan orang camtu sebab ia berlaku di awal pagi semasa orang sedang ke tempat kerja
Tq Raihanah berkongsi ilmu….
Tak ambik gambo pun, tengok gambo gerhana kat wa kengkawan jer hihi
Okje recently posted…Lasagna Roti Simple
sama-sama puan
Segala Puji Bagi Allah atas Segala KekuasaanNya
Subhanallah..
allahu akbar