Call nowWhatsapp

Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Mahu cantik tetapi jangan gadaikan kesihatan dan nyawa sendiri. Berapa banyak produk di pasaran yang sebenarnya mengancam nyawa anda jika dibeli secara semberono.

Inilah projek terbaru yang saya sebutkan awal bulan ini. Saya dan team saya D’Haizsa Wellness membawakan kepada anda perkhidmatan facial di rumah atau facial bergerak yang kini merupakan trend terlaris.

D'Haizsa Wellness menawarkan perkhidmatan facial yang selamat, menyihatkan dan menenangkan

D’Haizsa Wellness menawarkan perkhidmatan facial yang selamat, menyihatkan dan menenangkan

Kalau orang lain ada menawarkan spa pakej, kami hanya fokus kepada facial sahaja buat masa ini.

Di mana?

Buat masa ini kami beroperasi di daerah Gombak, sekitar rumah saya sahaja.

Facial di rumah

Seeloknya datang ke rumah saya sebab lebih teratur dan kami juga menawarkan khidmat percuma seperti berikut:

  • Hot towel
  • Teh berkhasiat

Di samping suasana yang lebih menenangkan.

Facial bergerak

Tidak boleh ke rumah saya untuk facial? Ya, saya boleh ke tempat anda. Namun ini tertakluk kepada perbincangan lanjut ya.

Apakah rutin facial yang dijalankan

Tertakluk kepada pakej yang anda pilih, rutin facial yang kami jalankan adalah:

  • Make up removal
  • Cleansing
  • Scrub
  • Stim wajah
  • Blackhead / whitehead removal
  • Masker
  • Face massage
  • Toner
  • Whitening

Harga pun bergantung kepada pakej yang anda pilih, tapi ianya serendah RM39 sahaja.

Waktu Operasi

Buat masa ini kami beroperasi pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan juga cuti umum dengan TEMUJANJI sahaja ya.

Produk Yang Digunakan?

Apa yang saya boleh sebut adalah, produk yang kami gunakan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Bukan produk OEM ok.

Jadi tunggu apa lagi, jom hubungi kami sekarang!

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)