Call nowWhatsapp

Ada beberapa jenis orang yang saya akan galakkan buat detox, contohnya

  1. Mereka yang baru nak ambil suplemen
  2. Orang yang dah ambil suplemen tapi mendakwa tak berkesan
  3. Mereka yang ingin menjalani program weight management
  4. Mereka yang mempunyai jerawat yang banyak atau selalu berjerawat

Detox adalah proses membersihkan organ dalaman dan sistem tubuh bagi membantu penyerapan vitamin ke dalam organ dengan lebih optimum. Contohnya jika usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak dapat diserap dengan sempurna. Jadi memang rugi je beli suplemen tapi tidak dapat diserap dengan baik.

Detox ni akan keluarkan toksin dalam badan.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

Makanan Semulajadi Untuk Detox

Kesan Pembentukan dan pengumpulan toksin dalam badan:

  1. Kerap sakit kepala
  2. PMS
  3. Sakit sendi
  4. Keletihan
  5. Kulit Melepuh
  6. Pencernaan bermasalah iaitu sembelit
  7. Nafas berbau
  8. Jangkitan yang berulang-ulang
  9. Kekurangan daya imun tubuh

Sekarang ni memang jadi trend orang buat disfuse water, kalau saya takleh juga buat hari-hari sebab agak costly jugak. Bayangkan bahan disfuse water: oren, epal, strawberry dll. 7 biji oren RM8.99, epal pun harga camtu dan strawberry pula RM10 rasanya. Dan bila buat disfuse water bukan guna sebiji je, kurang-kurang 3 biji setiap jenis buah. Strawberry pula letak dalam 5-6 biji. Jadi apa yang anda beli tu mungkin dapat tahan dalam 3-4 hari untuk anda buat disfuse water.

Ada kawan saya buat hari-hari, sehinggalah saya sebut beliau fakta diatas. Dia memang terasa perit keluar duit tu, tapi buat tak reti sehinggalah saya sebutkan. huhuh

Produk Shaklee Untuk Detox

Shaklee ada menawarkan produk untuk detox, membantu membersihkan badan daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi.

Detox Hati

Kenapa perlu detox hati? Ini adalah sebab hati merupakan organ terbesar dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifiksi badan secara semulajadi.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

DTX Complex

Produk Shaklee iaitu DTX Complex menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. DTX Complex mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex mengandungi ekstrak semulajadi bahan dibawah:

  1. Milk thistle seed
  2. schizandra chinensis seed (tanaman berasal dari China yang telah digunakan lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detox dalam hati).
  3. cendawan reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  4. dandelion
  5. kunyit
  6. artichoke (membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Detox Usus dan Herblax

Tahukah anda, badan yang sihat mengandungi trilion2 mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ini tinggal di dalam usus dan disebut sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.

Tugas baktria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.

Punca utama ketidakseimbangan bakteria

  1. Penggunaan antibiotik
  2. Umur
  3. Pemakanan Tidak Sihat
  4. Pengambilan Serat yang rendah
  5. Kontraseptif oral
  6. Ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  7. Tekanan
  8. Pengambilan gula yang tinggi
Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

Herb-Lax

Secara semulajadi, Herblax merangsang pengecutan usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dalam memendekkan masa transit dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus dan menormalkan fungsi usus.

Saya ada kawan ofis saya yang sembelit sehingga 5 hari sekali baru membuang. Beliau amalkan pengambilan Herblax secara konsisten selama 2 bulan, dan kini tidak perlu lagi bergantung kepada Herblax. Usus beliau kini berjalan lancar dan membolehkan beliau membuang setiap hari secara semulajadi.

Pencuci Darah dan Garlic Complex

Orang zaman dulu, contohnya orang Babilion pada 3000 SM dulu menggunakan manfaat bawang putih untuk pelbagai tujuan termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen anti biotik dan anti mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa keupayaan bawang putih digunakan untuk mencuci darah dan meneutralkan hasil toksin logam berat dalam badan kita terutama merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih sangat baik dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Tapi awas, tak semua suplemen bawang putih sama. Ini disebabkan kaedah pemprosesan yang berbeza seperti serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dll mengurangkan atau menghapuskan kandungan alicin. Alicin merupakan komponen utama bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih. Jadi kalau alicin kurang, kuranglah khasiat suplemen bawang putih yang anda ambil.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

Garlic Complex

Garlic Complex pula diproses secara semulajadi di bawah suhu rendah bagi mengekalkan semua alicin. Ia juga dirumus untuk kawalan bau. Bawang putihkan boleh menyebabkan nafas berbau, tapi bila anda ambil Garlic Complex, tabletnya tidak pecah sehingga sampai ke dalam usus kecil. Selain itu, ia juga mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Jadi tidaklah berbau kalau anda ambil Garlic Complex.

Pencuci Keseluruhan Badan

Untuk mencuci keseluruhan badan, elok ambil Alfalfa Complex. Alfalfa bukan saja berperanan untuk tambah susu, tapi juga dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya daripada tubuh. Ia juga membantu melindungi daripada radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

Alfalfa Complex

Selain sebagai pembersih dan penyahtoksik, Alfalfa Complex juga mempunyai fungsi lain. Contohnya membantu pencernaan, anti radang, anti arthritis, dan anti bakteria. Ia juga membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (slip disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolestrol. Alfalfa Complex adalah yang terbaik, ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik justeru menjadikan Alfalfa Complex berkualiti tinggi.

Saya Nak Detox Sekarang Juga!

Sebaik-baiknya detox elok dijalankan selalu, sebab badan kita sentiasa terdedah kepada radikal bebas yang merosakkan tubuh kita dan macam-macam jenis toksin.

Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan Vitamin

Set Detox Shaklee

Jaminan kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET DETOX!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919

SID: 864679

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)