Cegah Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak

By | 27 April 2017
Cegah diabetes di kalangan kanak-kanak

Cegah Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak

Dalam artikel yang lepas, kita tahu bahawa diabetes merupakan penyakit yang bukan sahaja boleh dihidapi oleh orang dewasa, malah boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia, termasuklah kanak-kanak.

Wabak global ini merupakan satu daripada penyakit kronik yang lazim di kalangan kanak-kanak.

Jika kanak-kanak yang menghidap diabetes tidak mengawal penyakit ini dengan betul dari awal, maka risiko untuk mereka menghidap penyakit kronik lain yang berkaitan dengannya adalah lebih tinggi.

Cegah Diabetes di Kalangan Kanak-kanak

Menurut statistik, diabetes dikalangan kanak-kanak adalah amat membimbangkan. Diabetes jenis kedua, yang selama ini lebih sinonim dengan orang dewasa, semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kajian menunjukkan hampir 15 peratus kes diabetes atau kencing manis type 1 berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

Angka daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan bahawa setiap tahun di seluruh dunia, kira-kira 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidapi penyakit diabetes ini. Dianggarkan juga seramai 200 kanak-kanak akan menghidap diabetes type 1 setiap hari!

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat kerana sebagai ibu bapa, anda masih boleh melakukan sesuatu untuk mencegah anak anda daripada menjadi mangsa “ibu kepada segala penyakit” ini.

Saksikan kisah perjuangan kanak-kanak dengan diabetes bersama ibu bapa mereka dalam video ini:

Tanda dan Gejala Diabetes Pada Kanak-kanak

Gejala diabetes dikalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 2:

1. Apabila paras gula dalam darah tinggi

  • Kerap kencing sepanjang hari (hingga berbelas kali).
  • Cepat penat dan tidak bertenaga (kerana gula terbuang dalam air kencing).
  • Sentiasa dahaga dan tidak hilang, walaupun banyak minum.
  • Berat badan susut, walaupun makan banyak.

2. Apabila paras gula dalam darah terlalu rendah

  • Rasa lapar.
  • Menggeletar.
  • Berpeluh banyak.
  • Pucat.
  • Sukar menumpukan perhatian.
  • Boleh pitam.

Kanak-kanak yang sihat dan tidak mengalami masalah diabetes type 1 masih boleh mendapat diabetes type 2 apabila dewasa, terutama jika terlalu gemuk dan tidak mengawal pemakanan. Kebiasaannya seawal umur 25 tahun mereka ini akan didapati menghidap diabetes type 2.

Kajian oleh saintis mendapati kanak-kanak obes berisiko 4x ganda menghidap diabetes type 2

Kajian oleh saintis mendapati kanak-kanak obes berisiko 4x ganda menghidap diabetes type 2

Biasanya pesakit diabetes mempunyai tanda hitam seperti daki pada tengkuk. Jika ada tanda ini (gemuk dan tompok hitam), ambil langkah penjagaan seperti mengawal makan dan bersenam bagi mengelak atau melengahkan serangan diabetes.

Umur 25 tahun pada saya masih juga terlalu awal untuk menghidapi penyakit diabetes ini. Ini kerana pada umur 25 tahun inilah segalanya baru bermula:

  • Baru tamat belajar
  • Mula mendapat pekerjaan
  • Mula/sudah mendirikan rumahtangga
  • Memiliki anak-anak kecil

Sangat menyedihkan sekiranya pada umur sebegini mereka terpaksa berjuang menentang penyakit yang boleh dicegah.

Cegah Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak

Kajian mendapati bahawa penurunan berat badan yang sederhana dan senaman boleh mencegah atau melambatkan diabetes type 2 apabila kanak-kanak ini dewasa kelak. Jadi cara terbaik adalah dengan menguruskan badan. Tips berikut adalah daripada diabetes.org.

Kegemukan atau obesiti meningkatkan risiko diabetes di kalangan kanak-kanak

Kegemukan atau obesiti meningkatkan risiko diabetes di kalangan kanak-kanak

1. Kuruskan Dengan Makan Secara Sihat

Apabila bercakap soal makanan sihat, kita mesti faham bagaimana kalori memberikan impak kepada pertambahan berat badan kita. Berikut adalah beberapa tips pemakanan sihat yang boleh dicuba:

  • Minum air – hadkan minuman manis, minuman manis menambah nilai kalori.
  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Membuat snek sihat yang mudah – contohnya anggur, lobak dan lain-lain.
  • Hadkan makanan segera
  • Belajar menggunakan pinggan sihat dimana mengandungi separuh sayur dan buah, protein suku, karbohidrat suku.
  • Ambil protein tumbuhan yang selamat untuk membantu kenyang lebih lama, memberikan tenaga dan mengurangkan keinginan untuk makan.

2. Kuruskan Berat Dengan Aktiviti

  • Hadkan duduk di hadapan skrin masa tidak lebih daripada 2 jam sehari – Ini termasuk TV, komputer, telefon dan permainan video
  • Usahakan untuk bergerak – Kanak-kanak dan remaja perlu mendapatkan 60 minit sehari senaman dalam seminggu
  • Tetapkan Matlamat – cabar anak anda, berikan ganjaran sekiranya mereka dapat mencapai matlamat mereka.

Suplemen Shaklee Untuk Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak

Suplemen sangat penting kepada pesakit diabetes di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan:

  1. Diabetes merupakan penyakit yang membuang nutrisi. Paras gula yang tinggi bertindak seperti diuretik dan menyebabkan nutrisi keluar melalui air kencing. Oleh itu, pesakit diabetes terutama di kalangan kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin dan mineral larut air.
  2. Suplemen meningkatkan penyerapan nutrisi dan ini menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan atau menggunakan insulin. Ini penting untuk menjaga tahap gula kanak-kanak yang sihat.

Semua pesakit diabetes sangat perlukan suplemen termasuk di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati pengambilan multivitamin setiap hari dapat mengurangkan jumlah cuti sakit yang diambil oleh pesakit diabetes type 2.

Risiko kegemukan bagi kanak-kanak

Risiko kegemukan bagi kanak-kanak

Suplemen Sesuai Untuk Masalah Diabetes Kanak-kanak

Keperluan nutrisi berikut sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah diabetes, namun sesetengahnya berbeza mengikut umur kanak-kanak. Selain multivitamin, pastikan anda mendapat nutrien berikut:

1. Vitamin B

Vitamin B6 dan B12 membantu menyokong kesihatan saraf, ini terutama penting untuk menangani masalah neuropati diabetes. Selain itu Biotin juga penting untuk metabolisme dan pertumbuhan dimana biotin terlibat dalam pembuatan dan penggunaan protein, lemak dan karbohidrat.

2. Vitamin C

Vitamin C merendahkan paras sorbitol iaitu sejenis gula yang boleh terkumpul dan merosakkan sel-sel di mata, buah pinggang dan saraf.

3. Vitamin D

Vitamin D menghidupkan gen yang meningkatkan pengeluaran peptida antimikrobial dipanggil cathelicidins, yang memusnahkan virus, bakteria dan kuman lain. Adalah penting untuk mendapat khasiat optimum vitamin ini kerana pesakit diabetes terdedah kepada jangkitan disebabkan luka atau ulser diabetes.

4. Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang mempunyai fungsi antioksidan badan. Ia meningkatkan kawalan glukosa dan melindungi saluran darah dan saraf daripada kerosakan radikal bebas, yang dipercepatkan dengan diabetes.

Kajian telah menunjukkan bahawa dos yang tinggi dengan vitamin E membantu menterbalikkan kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes dan melindungi daripada katarak diabetes dan aterosklerosis.

Apabila mengambil vitamin E, pastikan hanya ambil suplemen semulajadi. Vitamin E semulajadi disenaraikan sebagai d-alpha-tokoferol atau d-alpha-tocopheryl. Manakala vitamin E sintetik disenaraikan sebagai dl-alpha-tokoferol atau tocopheryl dl-alpha (perhatikan “l”).

5. Magnesium

Magnesium adalah mineral yang penting untuk pengeluaran tenaga dan sintesis protein, replikasi sel dan pengeluaran DNA. Magnesium juga telah menunjukkan dapat mengurangkan rintangan insulin, membantu untuk mengekalkan tahap gula darah.

 

6. Kromium

Kromium merupakan mineral yang meningkatkan tindakan insulin dan membantu menggerakkan glukosa dan lain-lain nutrien ke dalam sel. Kromium tidak menyebabkan badan untuk membuat lebih banyak insulin ia hanya membantu insulin bekerja dengan lebih baik.

Terdapat kajian klinikal yang mendapati suplemen kromium yang diberikan kepada pesakit diabetes mampu meningkatkan metabolisme glukosa.

7. Resveratrol

Kajian klinikal sangat banyak terhadap fungsi resveratrol terutama untuk sokongan penyakit diabetes / kencing manis iaitu dari segi:

  1. Resveratrol memperbaiki penghasilan insulin
  2. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin
  3. Resveratrol Meningkatkan Fungsi Sel Beta Pankreas
  4. Resveratrol Mengurangkan Penghasilan Gula Oleh Hati (hepar)
Vivix membantu memperbaiki tahap diabetes atau kencing manis

Vivix membantu memperbaiki tahap diabetes atau kencing manis

Kesimpulan

Kesan diabetes sangat buruk, ia merupakan ibu segala penyakit. Memang comel kalau anak kita gebu, montel, tetapi fikirkanlah risiko yang anak perlu hadapi dengan masalah obesiti terutama jika mendapat penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak mahupun usia muda seawal 20 tahun. Kedua-duanya tetap sama memberikan kesan buruk.

Cara cegah diabetes di kalangan kanak-kanak sangat mudah iaitu hanya dengan:

  1. Menguruskan badan dengan menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti
  2. Pengambilan suplemen untuk menyokong nutrisi sihat

Saya ada customer yang mempunyai anak dengan masalah diabetes, sering keluar masuk wad disebabkan gula tidak terkawal dan sekarang pun saya masih berusaha membantu kanak-kanak itu. Doakan kanak-kanak ini dapat menguruskan badan dan sekaligus dapat bebas daripada diabetes.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

18 thoughts on “Cegah Diabetes Di Kalangan Kanak-kanak

  1. anies

    kdg2 kesian jg bila tgk kanak2 yg montel… tp tu laa kan harap2 mereka ni x ada diabetes…kesian kecik2 lg dah kena penyakit mcm ni

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      orang suka yang montel sebab katanya comel. tapi kita risau jika kena penyakit

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena jaga pemakanan mereka dan bagi mereka aktif

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena jaga pemakanan dan ambil suplemen yang selamat

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sangat penting, skrg semakin ramai kanak-kanak terjebak macam2 penyakit

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      zaman sekarang macam2 penyakit dah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge