Cara Vivix Bantu Rawat Kebas Akibat Diabetes

By | 22 November 2016
Kebas Kaki Tangan Akibat Diabetes

Baru-baru ini ada customer bertanya kepada saya GLA Complex untuk masalah kebas ibunya. Kebas kaki dan tangan berlaku kepada pesakit diabetes adalah disebabkan oleh kesan sampingan ubat yang diambil. Elok kita fahamkan mengapa boleh terjadi dan bagaimana Vivix dan set Shaklee boleh membantu masalah kebas ini.

Apakah Kebas

Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.

Penyebab Kebas Kaki dan Tangan

Bukan semua kebas kaki dan tangan berpunca daripada diabetes. Ada beberapa punca, antaranya adalah:

1. Masalah urat saraf

Contohnya masalah urat saraf yang disebabkan oleh

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

2. Gangguan pada salur darah

Tempoh hari pun saya ada dengar video dalam satu ceramah daripada seorang doktor. Beliau pun ada sebutkan satu punca kebas adalah salur darah semakin sempit.

Bila salur darah sempit, oksigen tidak dapat mengalir dengan sempurna. Sebab itu biasanya orang tua akan sapu minyak panas. Sifat minyak panas boleh menyebabkan salur darah mengembang. Itu sebab akan rasa lega. Tapi sekejap sahaja. Nanti jadi balik.

Gangguan pada salur darah adalah disebabkan:

  • Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
  • Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
  • Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
  • Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.
Jenis-jenis diabetes neuropati

Jenis-jenis diabetes neuropati

3. Lain-lain

Contohnya:

Tanda-tanda kerosakan saraf atau kebas

  • Rasa sesemut bermula di jari kaki atau jari tangan.
  • Rasa kebas iaitu tidak dapat merasakan sejuk, panas atau sakit pada kaki dan tangannya.
  • Rasa seperti dicucuk-cucuk jarum
  • Rasa lemah otot pada lengan dan mengalami kesukaran untuk bergerak tangannya atau lemah pada betis/peha dan mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya
  • Rasa tidak dapat mengimbangi badan apabila bangun dari berdiri
  • Rasa amat sensitif pada sentuhan yang lembut
  • Luka pada kaki dan tangan yang lambat sembuh

Selain itu, bila ada gejala kebas ini menandakan tahap gula dalam darah anda mungkin telah mencapai 15 atau lebih. Pesakit diabetes perlu kerap membuat pemeriksaan tahap gula mereka, untuk memantau tahap diabetes.

Apabila mencapai lebih 15, risiko mendapat komplikasi lain disebabkan diabetes semakin meningkat. Antara komplikasi lain adalah:

Dan macam-macam lagi. Jadi saya memang syorkan, sebaiknya jangan tunggu simptom lebih teruk sebaiknya dapatkan pandangan dan pemeriksaan doktor. Selain itu amalkan suplemen (full set) Shaklee yang dapat membantu anda dalam hal menangani bacaan gula dalam darah.

Perbezaan salur darah normal dengan pesakit diabetes

Perbezaan salur darah normal dengan pesakit diabetes

Suplemen Shaklee Untuk Masalah Kebas Akibat Diabetes

Ada beberapa suplemen yang saya syorkan untuk masalah kebas ini. Antaranya:

1. Ostematrix

Kekurangan kalsium adalah antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium pada nisbah seimbang di mana magnesium penting untuk penyerapan kalsium.

Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc, vitamin D dan mangan. Mangan diketahui dapat menurunkan kandungan gula dalam darah. Dalam satu kajian, magnesium membantu meningkatkan fungsi sinaps dan isyarat neuron.

Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

2. BComplex

Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 melindungi pelindung saraf dan membersihkan badan anda daripada homocysteine iaitu sejenis sebatian berbahaya yang dikaitkan dengan strok dan penyakit kardiovaskular. Vitamin B1 pula memang terbukti membantu memperbaiki sistem saraf.

BComplex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

3. Vitalea

Vitalea pula ada sejenis multivitamin. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explotab”.

Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. VitaLea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin  di dalam Public Interest pada tahun 2000.

4. Vivix

Vivix dengan kandungan resveratrol dan polifenol membantu masalah berkaitan kebas dan saraf dari segi:

  • Mengandungi resveratrol yang membantu mengurangkan keradangan saraf dan kesakitan secara keseluruhan
  • Memperbaiki sel yang terdapat pada saraf.
  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada sel saraf
  • Menyekat pertimbunan AGE protein. AGE menyebabkan kemerosotan pelindung sel (myelin) dan memperlahan inpuls saraf.
  • Menghalang pembentukan protein AGE. AGE juga menyebabkan sambungan silang protein kolagen di sekitar sendi menjadi kurang fleksibel dan tisu tulang menjadi rapuh

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

21 thoughts on “Cara Vivix Bantu Rawat Kebas Akibat Diabetes

    1. Raihanah Ahmad Post author

      ramai orang gitu, kalau jadi serius kalau benda belarutan

      Reply
  1. BUNDA

    Bunda pernah dengar kebaikkan vivix ni…tapi mahal sangat…bunda rasa tak mampu.

    Terima kasih sudi ke Teratak Bunda.
    BUNDA recently posted…WW / SabarMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mahal ni subjektif sebenarnya bunda. thanks juga singgah sini

      Reply
  2. Jari Manis

    JM ada kwn sakit kaki kebas berpanjangan skrg tgh comsume ostematrix mgkin ambik masa sbb dia baru consume satu botol

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      sekali pecinta shaklee, insyaAllah forever guna shaklee tu

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      ya betul, puan, kena ceklah kalau selalu sangat tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge