Cara Tingkatkan Kesihatan Minda / Otak

By | 15 November 2016
Cara Tingkatkan Kesihatan Minda / Otak

Minda mengawal segala perkara yang anda lakukan. Contohnya pemikiran, perasaan, tingkah laku, keputusan, kelakuan, interaksi, pencernaan, penilaian dan pekerti.

Otak menggunakan 20% oksigen dan darah dalam badan. Sel dalam otak disebut sebagai neuron. Otak adalah organ yang menghantar mesej atau signal kepada badan. Jadi neuron ini perlukan banyak tenaga, maka mereka perlukan oksigen.

Perkara Yang Mencederakan Otak

  • Kecederaan otak – kerana kemalangan, lemas dll
  • Kurang Tidur
  • Ubat-ubatan dan alkohol
  • Obesiti
  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi – kecutkan saluran darah dan lambatkan penghantaran darah dan oksigen ke otak
  • Kencing manis
  • Kurang bersenam
  • Tekanan hidup kronik

Perkara Yang Memelihara Kesihatan otak

  • Hubungan sosial
  • Pembelajaran baru
  • Aktiviti fizikal
  • Cukup tidur
  • Senaman
  • Kerisauan yang sihat
  • Meditasi
  • Rasa syukur
  • Pemakanan dan suplemen

Struktur Otak Manusia

Anatomi otak dan sistem saraf

Anatomi otak dan sistem saraf

  • Otak – mempunyai banyak sel iaitu neuron
  • Saraf tulang belakang – atau spine, yang menghubungkan dengan otak. Mengawal pergerakan.
  • Saraf – Di saraf tulang belakang mempunyai banyak saraf (macam akar pokok). Otak akan menghasilkan signal dan mesej, ia akan dihantar ke saraf tulang belakang dan dihantar ke seluruh badan.

Apakah yang membentuk struktur otak, sumsum tulang belakang atau saraf

  • Sel-sel saraf atau neuron – neuron mempunyai banyak kaki yang sangat panjang. Pada saraf ada signal (warna oren).
  • Sinaps – Neuron tidak menyentuh satu sama lain. Ia mempunyai jarak yang disebut sebagai sinaps. Biji-biji yang berwarna putih adalah mesej yang dihantar satu demi satu.
  • Neurotransmitter – penghantaran maklumat di sinaps dilakukan melalui bahan kimia khusus dipanggil neurotransmitter. Ia seolah-olah posmen. Posmen hantar surat dari pejabat pos ke rumah anda. Posmen = neurotransmitter. Saksikan video dibawah bagaimana mesej dihantar dari satu neuron ke satu neuron yang lain.

Untuk memastikan mesej dihantar dan tidak hilang, ia memerlukan banyak elektrolit. Bayangkan jika anda kurang elektrolit, anda mungkin mengalami situasi seperti ini:

Hendak ke dapur ambil epal, bila sampai ke dapur, lupa hendak makan apa

Maknanya mesej putus di tengah jalan. Pernah tak alami situasi di atas? Itu bermakna anda kekurangan elektrolit.

4 jenis neurotransmitter

  • Acetylocholine – untuk perhatian, pelajaran dan ingatan.
  • Serotonin – hasrat seksual, membina keyakinan diri (neurotransmitter yang gembira), contohnya apabila shopping menyebabkan anda rasa gembira.
  • Dopamine – kreativiti, motivasi, kontrol gerakan
  • Noradrenaline – tenaga, kewaspadaan, fokus. Selalunya tinggi pada kanak-kanak, rendah pada orang dewasa.

Masalah / gangguan pada fungsi kognitif

Manusia kehilangan 1gm sel otak setahun. Ini disebabkan oleh neuron akan melalui proses penuaan atau sakit. Akibatnya:

  • Nukleus yang membentuk acetycholine – kehilangan 50% neuron
  • Substantia yang menghasilkan depamin – kehilangan 35 – 40% neuron
  • Raph nucleus menghasilkan serotonin – kehilangan 35 – 40% neuron

Ini menyebabkan fungsi otak semakin lemah, contohnya lupa kunci kereta, atau lupa letak dimana henfon. Sounds familiar? Otak lemah akan mengganggu proses pembelajaran.

Simptom yang menunjukkan fungsi otak semakin lemah:

  • Lupa nama seseorang yang telah kenal lama
  • Lupa apa yang saya akan katakan walaupun sedang bercakap
  • Lupa apa yang saya ingin lakukan ketika pergi ke tempat yang dituju.
  • Mencari barang yang baru saja diletakkan
  • Tidak dapat mengingat kata tertentu yang saya ingin sebutkan.

Anda ada simptom di atas? Kalau ada dan kalau semuanya ada, anda perlu cari penyelesaian supaya otak tak terus melemah.

Penyakit Berkaitan Otak

Sebenarnya ada banyak jenis penyakit berkaitan otak contohnya dementia, anxiety, ADHD, autism, dan lain-lain. Tapi contoh dibawah cuma saya sebutkan berkaitan alzheimer dan parkinson.

Antara penyakit berkaitan otak

Antara penyakit berkaitan otak

1. Alzheimer

Dikenal sebagai penyakit the long goodbye. Disebabkan oleh kematian sel otak yang menyebabkan hilangnya ingatan dan penurunan kognitif. Pesakit selalunya kehilangan keupayaan untuk melakukan aktiviti yang mudah seperti sukar menggosok gigi sendiri atau sukar hendak mandi.

Punca utama alzheimer adalah:

Pembentukan amiloid plak di dalam atau diluar neuron. Plak adalah bertoksin (racun) dan menyebabkan neuron menjadi radang yang menyebabkan kerosakan pada saraf.

2. Parkinson

Parkinson disebabkan oleh penghasilan dopamine yang semakin berkurangan. Apabila dopamine berkurangan, ia menyebabkan sukar mengawal dan mengkoordinasi gerakan otot. Pergerakan menjadi gementar. Pesakit juga sukar mengawal kencing disebabkan masalah saraf.

Cara Jaga Kesihatan Otak

  • Kesihatan fizikal – pastikan senaman dan cukup tidur
  • Kesihatan Sosial – hubungan sosial yang sihat, rajin buat Shaklee 🙂
  • Kesihatan Emosi – mengawal tekanan hidup
  • Kesihatan kognitif – aktiviti kognitif ditambah dalam aktiviti harian seperti teka silang kata. sudoku dll.
  • Kesihatan nutrisi – pemakanan yang sihat.

Ada banyak lagi penyakit berkaitan otak contohnya kerosakan otak akibat kemalangan atau lemas. Saya ada seorang customer hubungi saya sebab masalah ini. Anaknya lemas dalam bilik air selepas diserang sawan. Akibatnya

Nutrisi Sihat Untuk Kesihatan dan Fungsi Minda Yang Baik

Untuk membantu meningkatkan kesihatan dan fungsi minda yang baik boleh amalkan nutrisi berikut:

1. Vivix

Mengandungi 4 bahan utama iaitu poliganum cuspidatum, anggur muscadine, european elderberry dan lobak ungu. Kesemua ini memberikan ada 15 khasiat resveratrol dan polifenol.

Resveratrol dan polifenol ini mempunyai fungsi antioksidan yang kuat iaitu dapar membantu melawan pembentukan plak seperti yang terlihat pada pesakit alzheimer. Ia juga membantu mengekalkan pertumbuhan neuron yang sihat, ini banyak membantu terutama bagi pesakit parkinson.

Kajian klinikal ini dilakukan ke atas pesakit alzheimer. Ini bermakna dengan pengambilan Vivix dapat membantu mengurangkan risiko penyakit alzheimer.

2. Lecithin

Otak memerlukan neutron untuk perhubungan dan pemancaran yang lebih baik semasa sel saraf menghantar mesej. Otak mengandungi 60% lemak. Untuk mengekalkan kesihatan, anda perlukan lemak yang sihat seperti Lecithin.

Lecithin soya adalah sumber utama kolina (sejenis neutron) yang menghasilkan lebih neurotransmitter (acetylocholine). Acetylocholine menyokong komunikasi dan signal transmisi antara sel otak sehingga meningkatkan ingatan otak dan fungsi.

Setiap hidangan menghasilkan:

  • 3.1g lecithin yang kaya dengan kolina
  • 468mg phosphatidylcholine
  • 282mg phosphatidylinositol

Lecithin daripada Shaklee diperoleh secara semulajadi daripada kacang soya.

3. Omega Guard

Asid lemak omega 3 membantu mengaktifkan otak dengan membuat hubungan yang lebih baik dengan meningkatkan aliran darah di otak dan memperkuatkan sinaps otak. Minyak ikan membantu melembapkan kaki di hujung neuron dan penghantaran mesej menjadi semakin lancar dan cepat. Kata orang cepat “pick up”.

Salah satu jenis minyak ikan adalah Docosahexonoic acid (DHA) berfungsi:

  • Meningkatkan pembelajaran dan fungsi ingatan otak

    Kenapa pilih Omega Guard berbanding minyak ikan jenama lain

    Perbandingan Minyak Ikan dipasaran

  • Mengurangkan keradangan dan melawan penyakit degeratif (EPA dan DHA)

Omega Guard Shaklee mempunyai keunikan tersendiri:

  1. Ketulenan tinggi dengan triple molecular distillation process iaitu minyak ikan melalui penyulingan berperingkat untuk menapis bahan pencemaran seperti merkuri
  2. High potency di mana membekalkan lebih EPA dan DHA berbanding jenama terkemuka lain.

4. BComplex

Vitamin B banyak terlibat dalam penghasilan neurotransmitter dan membantu mengubah gula menjadi tenaga. Antara kebaikan Vitamin B adalah:

  • Meningkatkan tenaga dalam badan kerana ia membantu mengubah gula kepada bentuk tenaga
  • Membantu mengendalikan tekanan dan depresi
  • Membantu mengelakkan anemia – B6 dan B12 membantu dalam penghasilan sel darah merah
  • Membantu mengelakkan risiko kecacatan tube neural bayi bagi ibu mengandung.

Sistem penyerapan berpaten bagi BComplex Shaklee ini membantu penyerapan dengan sebaiknya. BComplex juga lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B.

5. Ion Sodium dan Potassium – Performance Drink

Badan memerlukan natrium dan kalsium untuk fungsi saraf. Video di atas menunjukkan neuron kita mempunyai kaki yang sangat panjang. Sodium ini diperlukan untuk mengunci mesej yang dihantar melalui kaki yang panjang ini.

Perbezaan minuman isotonik di pasaran

Perbezaan minuman isotonik di pasaran

Shaklee performance drink mengandungi elektrolit penting untuk membantu fokus seperti:

  • Potassium
  • Kalsium
  • Sodium
  • Phosphorus
  • Chloride
  • Magnesium

Ia juga mengandungi karbohidrat ringkas untuk penyerapan cepat seperti glukos dan fruktos. Performance juga mengandungi maltodextrin iaitu sejenis karbohidrat komplex yang membantu memperpanjangkan penyerapan. Ia sangat sesuai untuk mereka yang aktif / bersukan.

Selain itu performance juga membantu untuk menambah air dalam badan. Kandungan air yang cukup adalah penting untuk kesihatan. Kajian menunjukkan mereka yang bersenam selama 90minit otak mereka akan kecut. Otak yang kecut akan mengganggu fungsi normal otak seperti daya ingatan dan fungsi kognitif dalam otak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

27 thoughts on “Cara Tingkatkan Kesihatan Minda / Otak

    1. Raihanah Ahmad Post author

      otak memang penting, dr selalu sebut kalau otak mati, memang habis terus kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      mudah-mudahan el, sama2 kita usaha untuk sihat selalu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge