Saya hajatnya nak tulis berkenaan perkara lain, tapi disebabkan rumah sekarang ni tengah diserang virus HFMD, maka saya tukar kepada posting berkenaan rawatan dan bagaimana mengelakkan penyakit HFMD.
Asalnya anak sedara saya umur dalam lingkungan 1 tahun lebih telah disahkan dijangkiti HFMD. Dia dapat daripada rumah pengasuhnya. Dan di rumah pengasuhnya dia dapat daripada salah seorang budak di situ yang mungkin dijangkiti dari tempat lain.
Ada satu hari tu bila diketahui dijangkiti adik saya bawa anaknya ke rumah kami. Duduk adalah dalam 4 jam gitu. Lagipun anak sedara saya tu memang pagi dan petang akan singgah di rumah sebelum atau selepas ke rumah pengasuh. Jadi inilah pertaliannya.
Dalam rumah ni ada 4 lagi budak. 2 orang anak saya umur 6 dan 3 tahun. Dan 2 orang lagi anak sedara saya yang kembar, umur 2 tahun. Dijadikan cerita yang kembar tu didapati dijangkiti HFMDjuga tadi, selepas 2hari demam panas. Aduhai.. saya risau juga kalau jangkit dengan anak-anak saya. Tapi jangan fikir negatif kan.
Apakah HFMD?
Dikenali sebagai penyakit kakitangan dan mulut yang disebabkan oleh virus coxsackie. Mudah terjangkit kepada kanak-kanak. Tanda-tanda HFMD pada kanak-kanak adalah sama dengan orang dewasa. Ruam biasanya terdiri daripada lebam merah dan lepuh yang memberi kesan tapak tangan dan / atau tapak kaki. Dalam beberapa kes, ruam mungkin hanya bintik-bintik merah atau lebam tanpa lepuh, dan juga boleh muncul di bahagian punggung, lutut atau siku. ”
Gejala lain termasuklah demam, ulser di tekak dan mulut dan lidah, sakit tekak, hilang selera makan serta perasaan umum menjadi tidak sihat.
Selain kanak-kanak, orang dewasa pun boleh dijangkiti HFMDÂ ya.
Walaupun pendedahan kepada hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti meletakkan setiap orang pada risiko yang lebih tinggi dijangkiti HFMD, orang dewasa biasanya membentuk imuniti kepada virus. Walau bagaimanapun, di kalangan orang dewasa yang mempunyai keadaan perubatan asas yang menjejaskan fungsi sistem imun mereka, risiko adalah lebih tinggi. Pada masa ini tiada vaksin untuk melindungi terhadap HFMD.
Komplikasi yang paling kerap HFMDÂ adalah dehidrasi ulser mulut kadang-kadang boleh menjadi teruk sehingga mengganggu pengambilan cecair. Dehidrasi juga boleh berlaku jika terdapat muntah berterusan.
Bagaimana HFMD dirawat
Biasanya tiada rawatan khusus melainkan merawat demam dan kesakitan. Perlu banyakkan berehat dan minum banyak cecair supaya proses pemulihan lebih cepat.
Elakkan penularan HFMDÂ kepada orang lain dengan menjauhi tempat-tempat awam, mengelakkan hubungan rapat dengan ahli keluarga, menjaga harta benda anda seperti tuala, pakaian dan perkakas makan berasingan dan hanya akan kembali bekerja sebaik sahaja semua lepuh telah kering.
Segeralah jumpa doktor jika berlaku komplikasi berikut
- Sesak nafas
- Mengantuk dan kekeliruan
- Sakit kepala yang teruk
- Kekakuan leher
- Muntah
- Pengambilan oral
- Sawan
Lindungi Diri Daripada HFMD
- Basuh tangan dengan kerap dan memastikan langkah-langkah kebersihan
- Elakkan pendedahan dari hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti
- Jangan berkongsi perkakas makan.
- Pastikan alat permainan, buku, perkakas makan, tuala dan pakaian bersih.
- Elakkan berhubung rapat seperti memeluk atau mencium
- Bersih dan membasmi mainan dan peralatan dengan teliti jika digunakan sebelum ini oleh seseorang yang dijangkiti HFMD
Cara Rawatan Selepas HFMDÂ dan Lindungi Daripadanya
Salah satu cara rawatan selepas dijangkiti HFMDÂ atau melindungi diri daripada dijangkiti HFMDÂ adalah dengan meningkatkan pertahanan badan. Biasanya yang saya cadangkan adalah Mealshake dan Omega Guard, bagi orang dewasa boleh tambah ESP. Perhatikan testimoni berikut:
Selain perawatan untuk HFMD, set ini juga baik untuk perawatan penyakit kulit yang lain seperti Ekzema dan lain-lain. Ini kerana Mealshake dan ESP merupakan protein yang merawat daripada dalam dan membantu pembentukan sel badan yang sihat. Omega Guard pula dapat membantu kulit lebih sihat disamping bertindak sebagai anti radang.
Jadi jika anda atau orang yang anda kenal sedang menderita HFMDÂ ayuh hubungi saya untuk dapatkan set ini dengan segera.
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat
- Semulajadi
- Berkesan
Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
Mengapa saya?
Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
Penghantaran
Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
Saya Nak Beli Set Ekzema / HFMD Shaklee!
Set Ekzema / HFMD boleh didapati daripada saya, untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:
SMS / Watsapp :0122195919
SID: 864679
rasanya sekarang ni memang musim penyakit HFMD…sebab ramai juga yang update status fb tentangnya..
puteri kasih recently posted…Punca Calon Gagal Dapat Kerja
Itulah saya pun rasa sekarang ni musim HFMD la. Tapi alhamdulillah both my sons tak dijangkiti.
produk shaklee semakin hangat dipasaran…
jaymiee recently posted…Cara Buat TOPPING Kek Red Velvet cheese guna Susu pekat manis F&N.
hangat dan tertawan
produk bagus memang hangat..:)
Bahaya gak pyakit in..yg berjangkit tu memang cepat la merebak..terima kasih kongsikan ilmu yg sgt berguna..
Hafizul recently posted…Cabaran Wanita Berkerjaya Dalam Menguruskan Anak Suami
sama2 tuan
sekarang ni mmg musim hfmd. jadi memang kena sentiasa berjaga2
Penyakit ni dalam diam boleh berjangkit, cth kita pergi pasaraya… Peralatan seprti troli telah diguna oleh pesakit HDFM.. Terus jangkit kn… Tq ya share cara rawat
Fuzy recently posted…5 Vitamin Merawat Masalah Jerawat Dari Dalam
sama2, kita share info bermanfaat