Call nowWhatsapp

Semakin ramai yang ambil suplemen. Samada suplemen yang dibeli dari farmasi atau dari produk MLM yang banyak di pasaran. Masalah timbul apabila berdepan 2 perkara

  • Tidak mengambil cukup dos seharian
  • Suplemen yang diambil tidak diserap sebaiknya ke dalam darah, sebaliknya keluar semula ke dalam tandas!

Jadi bagaimana kita hendak tahu samada suplemen yang anda ambil diserap sepenuhnya atau masuk ke tandas? Selain membuat ujian ke atas bahan tinja, ada ujian yang lebih mudah.

Ujian Untuk Mengetahui Suplemen Diserap Dengan Baik

Biasanya pakar nutrisi Shaklee dalam siri ceramah mereka hanya menggunakan air biasa. Ada sesetengah orang membangkang kaedah ini. Ini disebabkan tubuh manusia sebenarnya sedikit berasid iaitu sekitar pH 1.0 hingga 3.5. Sedangkan pH bagi air adalah sekitar 7.0.

Jadi menurut Dr Carri, air boleh digantikan dengan cuka putih. Kandungan asid cuka putih adalah sekitar pH 2.4. Ini bermakna anda boleh menggunakan cuka putih untuk melihat jika tablet vitamin anda larut atau tida. Jika larut sepenuhnya dalam cuka putih, suplemen anda kemungkinan besar akan larut di dalam perut anda juga.

Caranya adalah dengan menambah 1/4 cawan cuka putih ke dalam kaca yang jelas. Dan tambahkan dengan tablet vitamin anda. Tetapkan pemasa hingga 30 minit. Kenapa 30 minit nanti saya jelaskan lagi.

Ada 3 keadaan selepas 30 minit:

  1. Jika tablet tidak hancur, ia mungkin tidak larut dalam perut anda. Bila tidak diserap sepenuhnya, ia akan menimbun dalam usus anda atau keluar dengan sendirinya. Lebih baik anda cari suplemen lain.
  2. Tablet larut sepenuhnya, ia mungkin larut sepenuhnya di dalam perut anda juga.
  3. Tablet larut sebahagian sahaja. Jika dicucuk,  lihat jika ia masih boleh memecah lagi. Tapi jika tablet masih keras, ia mungkin berakhir di tandas anda. Lebih baik anda cari suplemen lain.

Ujian Kelarutan Vitalea Dalam Cuka

Saya tidak memiliki suplemen daripada jenama lain. Jadi dalam ujikaji ini saya cuma menggunakan suplemen Shaklee dan saya pilih Vitalea. Dalam ujian menggunakan air, tahap kelarutan Vitalea sekitar 4 hingga 6 minit. Kali ini saya cuba dengan cuka pula.

Saksikan video di bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)