Call nowWhatsapp

Saya memang eksited nak tulis ni berkenaan diabetes semasa mengandung atau GDM. Ini kerana 2 kali mengandung sebelum ini kedua-duanya saya ada GDM. Kandungan kali ini saya nak elakkan. 

Saya ke Klinik Kesihatan berhampiran sebulan yang lalu untuk buat MGTT (modified glucose tolerance test). Dan hari semalam saya ke klinik lagi untuk checkup biasa, sambil tu nak tengok keputusan MGTT saya. Apa yang saya tak sangka kali ini saya tiada GDM! 


Bagaimana saya lakukannya?

 

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Ibu Hamil ramai penghidap GDM



Bagaimana Prosedur MGTT

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Prosedur MGTT

Ibu yang berisiko biasanya akan disuruh jalani MGTT. Antara risikonya adalah:
– mempunyai ibu / bapa penghidap diabetes
– berat badan naik mendadak
– kandungan sebelum ini memang ada GDM
– ibu yang melahirkan bayi besar sebelum ini

Ibu akan diminta berpuasa dari jam 10 malam hingga keesokannya. Bila sampai di klinik, bacaan gula dalam darah akan diambil. Selepas itu ibu akan diberi minum air glukos. 


Air ni memang manis, tak tahula berapa sudu gula dimasukkannya. Memang dah ada sukatan. Lepas minum air gula ibu disuruh tunggu selama 2 jam sebelum bacaan gula dalam darah diambil sekali lagi. Dalam tempoh 2 jam ini ibu tak boleh makan atau minum apa-apa lagi.


Bayangkanlah puasa sejak kul 10 malam dan pulak tu pukul 8pg pun belum boleh makan. Kena tunggu 2 jam lagi! Seksanya. Saya macam nak pitam dah masa tu, apa yang saya buat cuma minum air kosong dan tidur dalam kereta kejap. 


Anda dikira ada GDM jika paras gula dalam darah seperti jadual berikut:


Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Jadual GDM


Kandungan pertama GDM saya dalam 7.8 sahaja, borderline, jadi kira GDM. Kandungan kedua pun lebih kurang tak silap saya 7.9 gitu.

Risiko Jika Ada Diabetes Semasa Mengandung (GDM)

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Golongan berisiko GDM


Banyak risiko penyakit berbahaya jika anda ada GDM. Walaupun anda tiada diabetes semasa keadaan normal (tidak mengandung), namun disebabkan anda ada GDM, risiko adalah tinggi untuk anda menghidapi penyakit kronik.


Penyakit kronik ini seperti sakit jantung, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, diabetes dan macam-macam lagi. 


Jika anda ada GDM, ia juga meninggikan risiko kandungan anda:

1. Bayi besar dalam kandungan

Susah nak bersalin, sesetengah orang takde masalah walaupun bayi besar dalam kandungan untuk bersalin normal. Ini sebabnya Allah memang ciptakan ibu sesuai dengan apa juga keadaan bayi. MasyaAllah.

2. Tarikh bersalin cukup-cukup hari

Doktor takkan benarkan anda untuk overdue sepertimana sesetengah ibu. Jadi walaupun belum ada tanda bersalin, anda akan diinduce untuk bersalin juga.

3. Pemantauan Rapi

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Alat untuk pantau gula dalam darah


Anda perlu jalani pemantauan rapi iaitu setiap 2 minggu darah anda akan diambil 4x sehari iaitu pagi, tengahari, petang dan malam. Masa kandungan pertama, saya ambil MC setiap 2 minggu untuk tujuan ini.


Bila kandungan kedua, saya pandai dah sikit. Saya beli alat ujian diabetes dan lakukan ujian sendiri, samada di pejabat atau di rumah. Jadi saya tak perlu ambil MC atau cuti.


Ada ibu yang sampai perlu cucuk insulin sebab gula tinggi sangat. Alhamdulillah saya pula tak sampai macam tu, sekadar perlu diet sahaja. Selama 2 kandungan sebelum ini memang bacaan gula dalam darah saya taklah tinggi sangat. 


4. Risiko bayi

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Mengapa bayi terdedah kepada risiko


Selepas kelahiran, bayi anda berisiko mendapat jaundis selepas lahir dan gula dalam darah rendah (hipoglisemia).

Jadi ini antara sebab mengapa saya bertekad saya mesti get rid of GDM. 

Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung Atau GDM

Ada orang cerita dengan saya cara mereka elakkan diabetes:
– Minum air gula tu minum sekaligus, jangan sikit-sikit sampai rasa nak muntah.
– Minum air kosong juga selepas minum air gula
– Buat aktiviti sikit seperti jalan, buat kerja rumah, tapi jangan sampai pitam sebab belum makan (huh susah camni, saya tidur je).
– Ada yang mengelat, lepas minum air gula dia makan buah belimbing buluh 4-5 biji. Ini tak acilah sebab rules dia adalah tanpa makan dan minum lepas minum air gula.

Bagi saya pula, saya ada cara tersendiri kali ini. 2 kandungan sebelum ini saya tak ambil apa-apa suplemen semasa mengandung, sekadar bergantung dengan ubat yang doktor bekalkan. Kandungan kali ini saya bertekad gunakan Shaklee, malah saya telah mengamalkan Shaklee sejak hampir 3 tahun lalu.


Semasa mengandung kali ini, saya konsisten dengan pengambilan Set Hamil, ditambah dengan Zinc.


Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung (GDM)
Set Hamil Shaklee dengan bebas GDM

 

1. Vitalea

2. Vita C SR Plus

3. Bcomplex

4. ESP

5. Ostematrix

6. Zinc

Salah satu fungsi Zinc adalah membantu dalam pengeluaran insulin.

Jemput baca juga artikel saya Keperluan Suplemen Kepada Ibu Hamil


Saya Nak Set Hamil Bagi Elak Diabetes Semasa Mengandung (GDM)

Usaha saya adalah merawat daripada dalam. Sebab masalah GDM ni adalah sebab insulin gagal berfungsi dengan baik. Jadi merawat daripada dalam adalah lebih baik. 

Sebaiknya ibu amalkan secara konsisten Set Hamil ini untuk menghasilkan keputusan yang baik. Saya memang happy sangat bila dapat tahu saya bebas GDM kali ini. Ini kerana masa nak buat MGTT saya ada tanya nurse, ada can tak kandungan kali ini bebas GDM selepas 2 kali GDM sebelum ini.


Kata nurse tu biasanya memang sukarlah kalau takde GDM. Adoi, masa tu saya dah fikir habislah semua usaha-usaha saya. Jadi saya memang tak sangka dapat result saya bebas GDM kali ini. Rezeki anak sayalah ni.


Jaminan kami


Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam

1. Selamat
2. Semulajadi
3. Berkesan

Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.

Shaklee Difference: Always SafeAlways WorksAlways Green.

Mengapa saya?


Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

Penghantaran


Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Gombak, Kuala Lumpur dan Subang Jaya (USJ). Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, GDex, Nationwide Express atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

Pembayaran


Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

Cara Order Set Hamil Shaklee

Saya memang syorkan Set Hamil Shaklee untuk semua ibu mengandung. Memang terbukti baik untuk saya, insyaAllah saya yakin baik juga untuk anda. Untuk penerangan lebih lanjut jemput hubungi saya, saya akan consult anda berkenaan cara elakkan diabetes semasa mengandung. Saya suka!

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya:

SMS / Watsapp :0122195919 
SID: 864679    

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)