Aduhai bercinta betul saya nak update blog ni. Rasa hampir seminggu saya biarkan ia bersawang. Sorry ya. Selain bz dengan Shaklee dan kerja saya, hujung tahun ni sibuk juga settle hal sekolah anak dan juga rumah yang dalam pembinaan.
Buat Rumah Sendiri
Rumah saya ni dah start kerja daripada bulan 9 lagi. Tak silap dalam tengah bulan dah. Jadi dalam 1 bulan setengah la. Banyak yang telah siap, sekarang ni tengah pasang atap. Suami saya pilih atap warna kelabu. Saya ok je.
Oh ya lupa nak sebut. Lokasi rumah saya ni memang dalam pagar rumah mama saya. Kat belakang rumah ada tanah sikit, jadi boleh la buat rumah dalam 20×40 jugaklah. Alhamdulillah semua lancar.
Disebabkan tanah ni masih nama mama saya, jadi untuk loan rumah saya tak boleh buat. Apa yang saya buat adalah saya buat refinancing rumah kondo saya (yang di Danau Kota, sebelah dengan Hospital swasta baru kat sini, tak ingat pulak nama apa). Jadi takla dapat banyak. Half lagi saya ambil pinjaman dengan abah. Nasib baiklah.
Kontraktor pula saya pilih the cheapest, recommended by ipar saya kat Klang. Workmanship pun elok disamping kerja laju sebab ramai pekerja. Setakat ni kami dah bayar dia dalam 40% jugaklah. Long way to go!
Episod Cari Jubin Murah Tapi Berkualiti
Nak ceritanya, minggu lepas kontraktor saya bagitau kena start lah riki jubin yang dikehendaki. Boleh riki dan dia juga akan cuba cari harga lagi murah kalau ada di Klang.
Minggu lepas suami saya balik kampung, jadi saya ajak adik saya pegi riki kedai tiles kat Jalan Ipoh. Ramai recommend area ni, sebab ramai kata murah. Kat area ni pun ada kedai aksesori tandas. Jadi riki jugaklah.
Ada 2 kedai tiles saya masuk. Kedai pertama, saya ingatkan dah murah dah. Pastu terfikir pulak nak masuk kedai sebelahnya (selang 4 kedai jugaklah), owh lagi murah ko. Kebetulan pulak memang dia tengah buat sales.
Jadi sebab suami takde, kontraktor pun takde, maka saya sekadar suruh dia buat quotation je dulu. Sekali semua: tangga, bilik air, dapur, hall, bilik dan porch lebih kurang RM6k, tu pun ada yang belum kira sebab saya tak tahu ukuran. Saya cakap dengan amoi tu minggu depan nak bawa suami dan kontraktor datang sekali.
Kontraktor saya mula-mula nak gi beli 2 minggu lagi,tapi saya kata harga tengah murah, datang lambat nanti habis takde sale atau takde stok. Saya pun sebut jugak nak cari tiles harga murah sebab kalau ada lebihan duit saya nak guna untuk benda lain cthnya pagar dan grill rumah. Jadi dia akhirnya setuju, janji sekali nak bagi progress payment.
Semalam la hari yang dijanjikan. Ada beberapa tiles yang suami saya tukar terutama tandas dan dapur, serta porch. Saya tak kisah je, sebab harga yang dibagi tu memang murah berbanding bajet kontraktor saya. Saya memang bajet ada duit lebih. Tiles saya pilih tu pun berjenama juga lah, seperti Guocera dan White Horse dan kesemuanya 1st grade.
Kira-kira semua sekali semalam RM8840 termasuk delivery cost. Kontraktor saya bayar pendahuluan RM7 ribu. Lebihnya nanti bayar time delivery. Jadi berapa contra duit nanti dia bagitau, sebab saya suruh dia absorb kos untuk pagar dan grill rumah (lebih kurang RM3k). Harga pagar saya tak pasti berapa.
Yang bawah ni untuk table top. Gambar ni ambil Sabtu lepas. Tapi semalam saya tengok harganya jadi RM19 sekeping. Wah lagi untung saya. Saya guna ni untuk table top kitchen dan juga 2 biji tandas atas.
Buat tiles untuk table top tandas sebab saya nak tandas ala-ala hotel gitu. Cam gambar ni
Cantikkan. Sebab saya dah kira, kalau buat table top camni, kos untuk aksesori tandas pun boleh jimat dah. Sebab harga sinki + kabinet bawahnya tu pricey jugak. Saya ada booking 2 unit minggu lepas (which saya nak cancel) harga sinki + kabinet + filter + water tap pun dah RM659. Kalau buat cam gambar atas tu baru berapa je kos. Kos sinki RM200, kos tiles dan simen kurang RM50 pun. Haa gitu. Pasal aksesori tandas saya tulis dalam entry lain k.
Kata kontraktor saya, tiles pasang 2 minggu lagi sebab sekarang tengah plaster dan pasang atap. Lepas pasang tiles nak kena cari aksesori tandas pulak. Harga pun saya riki pricey jugak, jadi harap-harap nya ada warehouse sale dalam masa terdekat ni.
End of part 1. Nantikan update seterusnya.
murahnya awak buat table top toilet..kontraktor mne ye??saya pun tgh cr kntrktor yg murah..please reply kt email saya.
table top tu kontraktor buat guna simen je. wasap saya 0122195919
Yang mana contractor awak? Harianto ni ke?
bukan. tak ingat dah nama kontraktor apa
0163124030 harianto tukang tile
boleh hubungi
0172943954
good one
Jika anda mencari org yg pakar dalam bidang2 berikut ini:
Wiring
Lampu 1 poin dalam rm.60.00
Plack poin 1 dalam 80
Hitter 1 poin dalam rm 250.00
Ac/aircond 1 poin rm 250.00
Kipas 1 poin rm 60.00
Semua itu tak termasuk pemasangan:
Pasang lampu 1 set rm 30.00
Pasang kipas rm 30.00
Pasang Ac/aircon rm 200.00
Pasang hitter / air panas rm 30.00
PAIP
Paip pecah dalam dinding RM 300.00 dan tergantung keadaan juga
Tukar mangkuk tandas rm 350.00 tergantung mangkuk tandas juga
Pasang paip baru rm.1000.00 tergantung keadaan jg
Tukar pintu Rm 350.00 tergantung pintu jg
Table top rm 2000.00 tergantung keadaan jg
kabinet rm 5000.00 bawah atas
Pasang mozek /TILES RM ………tergantung tiles
Cat satu rumah RM 700.00 tergantung cat jg
Jika anda berminat silahkan anda menhubungi kami di talian ini 0172943954
Kepuasan anda adalah impian kami
good one
0176620117 pasang tile dll