Beza Vivix dan ResV yang anda perlu tahu. Baca sampai habis ya.
Memang serupa tapi tak sama kedua-dua Vivix dan ResV ni. Apa yang sama dan apa yang membezakannya? Di bawah ialah perkara yang anda perlu tahu tentang kedua-duanya.
Di hujung artikel ini anda akan faham kenapa kemungkinan anda akan perlukan kedua-duanya, atau salah satu daripadanya.
Apa yang Serupa Tentang Vivix dan ResV
Walaupun namanya berbeza, Vivix dan ResV mempunyai saling kaitan yang tersendiri lebih bersifat umum.
1. Mengandungi Khasiat Polifenol
Sudah tentulah kedua-duanya mengandungi khasiat polifenol.
Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.
Sifat polifenol ini ia melindungi tumbuh-tumbuhan tersebut. Jadi bila kita amalkan polifenol, khasiatnya juga dapat kepada kita iaitu menjaga sel kita.
Bagi memastikan kandungan bersifat polifenol yang tulen, Shaklee hanya menggunakan biji dan kulit semua ramuan yang terpilih sahaja. Justeru khasiat polifenol dalam Vivix dan ResV adalah tulen, dan sebab inilah Vivix tidak akan beku walaupun diletakkan dalam freezer.
2. Penghasilan Secara Saintifik
Shaklee bukanlah macam produk lain yang cuma menggunakan produk daripada kilang dan hanya tempek brand sendiri.
Kesemua produk Shaklee sejak dari diasaskan merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.
- Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun
- Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun
- Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun dan mula berada dipasaran pada tahun 2008.
- ResV pula dihasilkan adalah pembaharuan daripada Vivix dan merupakan formula tahun 2019
Itulah Shaklee. Kalau tak saintifik, bukanlah Shaklee namanya.
Selain dihasilkan secara saintifik, Vivix dan ResV mempunyai hak patent ekslusif terhadap proses pembuatan dan ramuannya. Apabila hanya menggunakan biji dan kulit ramuan yang terpilih, tentulah proses pengekstrakan lebih rumit namun itulah komitmen Shaklee untuk memberikan produk berkualiti buat kita.
3. Menggunakan ramuan utama Anggur Muscadine
Shaklee masih mengekalkan penggunaan anggur muscadine sebagai ramuan utama Vivix dan ResV. Ini kerana anggur muscadine digelar sebagai Buah Yang Luar Biasa dengan Antioksidan Luar Biasa.
Terima kasih kepada cuaca “ekstrim”, tempat dimana buah anggur muscadine tumbuh, jadi tidak hairanlah bahawa Anggur Muscadine digelar sebagai “Anggur Muscadine yang Berkuasa”. Ia bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa dari kedai runcit di tempat anda.
Semua sifat unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak (6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru!) serta jumlah asid elagik yang paling tinggi, sejenis polifenol. Polifenol ini merangsang jalur selular, yang terlibat dalam pertahanan antioksidan, panjang umur dan kelangsungan hidup, serta penghasilan tenaga.
Disamping itu anggur muscadine yang memberikan lebih banyak khasiat polifenol untuk Vivix dan ResV. Ini kerana anggur muscadine memiliki lebih daripada 15 jenis polifenol!
Selain anggur muscadine, Shaklee turut menggunakan polyganum cuspidatum dan purple carrot sebagai ramuan yang dikekalkan dalam kedua-dua Vivix dan ResV.
4. Halal
Kedua-dua Vivix dan ResV diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Vivix dan ResV adalah produk keluaran Amerika Syarikat, justeru yang tertera dalam sijil ini ialah semua produk yang dikeluarkan USA. Ada beberapa produk lain daripada keluaran Canada, Jepun mempunyai sijil halal berasingan kerana badan halal daripada negara yang berbeza.
Beza Vivix dan ResV
Walaupun masih sama dalam banyak hal, beza Vivix dan ResV pun masih ada. Namanya pun dah obviously berbeza kan? Jadi untuk lebih mudah faham, saya masukkan dalam bentuk table berikut:
Beza Vivix dan ResV
Perkara | Vivix | ResV |
Kuasa polifenol | 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal | 30% lebih berkuasa berbanding Vivix |
Kandungan polifenol | Kandungan spektrum polifenol namun lebih fokus kepada khasiat detox. | Kandungan spektrum polifenol lebih pelbagai dan seimbang |
Fokus kelebihan | Khasiat detox lebih banyak justeru dapat membantu lebih banyak dari aspek detoxifying, anti inflammation, memperbaiki dan melindungi pada tahap selular seperti penyakit-penyakit tak berjangkit, kuruskan badan dan lain-lain | Khasiat polifenol lebih seimbang justeru membantu dalam perkara-perkara kecil tapi memberi impak besar seperti hormon issues, simptom-simptom awal dan lain-lain |
Kaedah penyimpanan | Perlu disimpan dalam peti | Tak perlu disimpan dalam peti |
Bentuk | Dalam bentuk cecair | Dalam bentuk liquigel |
Ramuan | 4 ramuan utama: anggur muscadine, purple carrot, polyganum cuspidatum dan british elderberry | 7 ramuan utama: anggur muscadine, purple carrot, polyganum cuspidatum, blackcurrent, buah delima, chebulic myrobalan dan anggur merah. |
Shelf Life | 1 tahun | 2 tahun |
Formula | Formula Pertama Dikeluarkan Tahun 2010 | Formula Kedua Dikeluarkan Tahun 2019 |
Kaedah pengambilan | Disarankan pada waktu pagi | Disarankan pada waktu malam |
Beza Vivix dan ResV: Yang Mana Pilihan Saya?
Jadi kita dah tahu apa beza kedua-dua Vivix dan ResV, lalu yang mana patut kita amalkan?
Untuk tak peningkan kepala, sebenarnya lebih baik anda hubungi saya untuk consultation berkaitan perkara ini:
Namun bagi saya, saya masih perlu amalkan kedua-duanya. Sebab perkara berikut:
- Saya masih perlu kuruskan badan, jadi saya masih kena amalkan Vivix. Vivix bantu saya elakkan craving yang teruk sebab ianya agen detox terbaik.
- Vivix juga masih diperlukan sebab ianya lebih versatile dan saya suka pelbagaikan cara pengambilannya seperti dimakan bersama yogurt, dibancuh dengan air sejuk atau air performance drink, dibuat aiskrim dan lain-lain
- Vivix juga diperlukan sebab ianya mengandungi khasiat british elderberry (tiada dalam ResV) yang sangat membantu dalam kesihatan imun. Kalau waktu tak sihat, memang sangat membantu.
- Saya perlukan ResV untuk bantu hormon saya lebih baik terutama hormon tidur yang mana ia membantu saya dapat tidur lena dan deep sleep.
- ResV pun saya ambil apabila perlu melalui hari-hari yang perlukan tenaga lebih banyak seperti ketika travel, umrah atau haji, balik kampung dan lain-lain.
- ResV juga saya dan keluarga gunakan sebagai ubat batuk kami sekeluarga.
Apapun semua ini hanyalah ikhtiar kita untuk sihat, haaza min fadli robbi mudah-mudahan Allah beri kita nikmat kesihatan yang baik.
Jom Amalkan ResV dan Vivix Shaklee Hari Ini!
Bagi saya sangat berbaloi untuk kita amalkan VIvix dan ResV Shaklee ni, kena dengan harganya, malahan kualiti pun terbaik. Saintis Shaklee dah tolong pilihkan untuk kita ramuan terhebat, kita dapat manfaat polifenol yang super banyak, telah dikaji dari segi keberkesanan dan juga keselamatannya.
Jadi, jomlah sama-sama amalkan Vivix hari ini!
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk dapatkan Resvivix Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline #resVvixchallenge #feelyoung #polyphenols #coolparents #myyouthfulpower
#shaklee #shakleemalaysia
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Wow menarik ResV dan Vivix ni, sama tapi tak serupa.
best sgt makan kedua2nya