Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar, gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
Nasihat saya ialah pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.
Dinar
- Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
- Digunakan untuk membayar zakat
- Dijadikan hantaran dan mas kawin
- Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
- Simpan untuk pergi haji
- Tabungan/simpanan.
- Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
- Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
- Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
- Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.
Jongkong Emas
- Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
- Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
- Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
- Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
- Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua, sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g.
Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.
Barang Kemas
- Dijadikan barang perhiasan wanita
- Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
- Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
- Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
- Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan, pelaburan dan bisnes.
- Dari segi harga, kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah, manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah.
- Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
- Sebaiknya jika untuk simpanan, pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916.
- Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
- Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
- Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome (lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas)
Kesimpulannya, setiap jenis dan bentuk emas finial yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
LA NI BARANG EMAS XBOLEH LAGI JADI PERHIASAN DIRI BIMBANG DIRAGUT HANA…XSELAMAT DAH..ADA BARANG EMAS DIBANK TEMPATNYA.
kalau macam tu..simpan sahaja emas kat bank dan biar ia jana pendapatan untuk kita
Hero Borneo recently posted…Layan Video Kalau Aku Kaya
pelbagaikan simpanan kak paridah, kalau bimbang barang kemas boleh beli dinar atau gold bar
memang tak rugi simpan emas ni…
siti hazreen recently posted…Kemasukan Ke Program Pengajian Siswazah 2016/2017 Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
menguntjngkan cikgu
saya suka dinar 😀
Uncle Zuan recently posted…Lorong Seni, Tarikkan Terbaru Bandar Seremban
oo saya belum pernah beli dinar
Bagus juga jika dipelbagaikan…
Harga emas nampaknya lebih stabil…walaupun ada sedikit turun naik.
Fidah Shah recently posted…Malam di Kuala Lumpur
stabil tu, khabarnya hujung tahun ni mungkin naik rm300 segram
Info terbaik… kena cuba praktikkan..
anuar recently posted…Peluang menang WANG TUNAI RM5,000.00 dan IPHONE 6S PLUS
Betul tu. Ada info macam ni seronok juga.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Komisen Jobdirumah Mac 2016
thanks encik
thanks encik
Saya memilih barang kemas untuk si dia tentu akan sayang ketat-ketat selepas nih. 🙂
akubiomed recently posted…Jalan-jalan di Colmar Tropicale Berjaya Hills
selalulah beli, mesti lebih sayang
saya nak jongkong emas dan barang emas..simpan dalam bank sebagai satu aset dan peluang untuk menjana zakat…
bayar zakat besar pahala tu..
aamiin..
mrhanafi recently posted…Peluang Buat Duit Bersama Wafymobile
Ada emas banyak dalam bank kena rajin bayar zakat juga yea.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Cara Pelajar Nak Cari Duit Lebih
cukup haul bolehlah bayar zakat
amiin saya doakan tuan hanafi
Bagus simpan emas. Harganya susah nak jatuh. Ada banyak jongkong emas best juga.
Jobdirumah Buat Duit recently posted…Dapat Bayaran Empat Kali Ganda
boleh mula simpan emas encik
semua sy suka sbb ada harga hehehe
memang suka beli emas.
tapi tak leh nak pakai.
semua dok suruh bini yang pakai.
haha..
titan recently posted…Goeie van my vriende . Rus in vrede.
boleh beli gold bar camtu encik
kalau saya prefer barang kemas lagi..boleh pakai..beli goldbar tenung je la dapat..hahaa
cik tom recently posted…Review Pengalaman Menggunakan CoolHijab Untuk Masalah Rambut
samalah kita, boleh pakai sekurang2nya. hiih
bagus info ni…saya dah tahu perbezaan ketiga2nya…
wahida recently posted…nak mak yang suap
alhamdulillah, dah ramai celik emas
Belum lagi terbuka hati nak beli jongkong Raihanah..setakat simpan emas yg kita pakai jeelah…..itu pun bukannya banyak hihi
Okje recently posted…Sawan Hujung Minggu
jongkong saya beli sikit2 je juga mak, barang kemas mmg banyak.
salam puan..nk tanya mcm mn kita nk lebur@juai@gadai jongkong emas..bole expln x..trm ksh
kena tanya kat kedai puan, ada kedai boleh buat lebur emas. tapi kebanyakan emas memang buat gadai/jual emas. cuma a matter of harga je yang berbeza.