Belanjawan 2025 Malaysia Madani: Orang Berpendapatan Tinggi Perlu Membayar Cukai Lebih Tinggi
Cukai merupakan sumber pendapatan utama bagi kerajaan yang digunakan untuk membiayai pelbagai perkhidmatan awam dan pembangunan infrastruktur. Salah satu prinsip asas dalam sistem percukaian adalah keadilan, di mana mereka yang berpendapatan lebih tinggi disarankan untuk membayar cukai yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang berpendapatan rendah.
Sebelum pergi lebih jauh, saya nampak juga keluhan golongan kaya ini sebaik sahaja Belanjawan 2025 dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim minggu lalu. Antara keluhan mereka:
- seolah-olah tak boleh jadi kaya
- kenapa kos pengajian di universiti awam pun hendak dinaikkan bagi orang super kaya (T15)
- walaupun pendapatan T20 tapi banyak juga tanggungan
- T20 tu pendapatan rm7 ribu sebulan?
Macam-macam jugalah keluhan yang saya nampak. Tapi sebenarnya mungkin sebahagiannya disebabkan oleh tafsiran golongan T15 belum diperincikan. Setakat yang saya tulis ini, sememangnya tangga-tangga gaji akan diperbaiki, tidak lagi mengikut tafsiran terdahulu. Dan selain pendapatan, faktor tanggungan juga diambil kira.
Jadi Kaya Macam Dosa Besar, Asal Kaya Je Kena Bayar Lebih Banyak
Ada juga antara pandangan di media social menyebut, “bila jadi begini, seolah-olah dosa sebab jadi orang kaya.”
Biar saya ingatkan semula, TAK SALAH JADI KAYA. Malahan Rasulullah saw sendiri pun baginda menjual produk orang, dan merupakan antara orang yang berada pada zaman baginda, sekurang-kurangnya sebelum zaman permulaan dakwah Islam (10 tahun pertama di Makkah).
Malahan sahabat-sahabat baginda, kebanyakan mereka ialah orang-orang kaya. Contohnya Saidina Abu Bakar.
Kisah Saidina Abu Bakar, seorang hartawan, imannya lebih besar daripada himpunan iman orang lain!
Nak tahu kayanya Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq tahap mana?
Kita boleh kaji kisah yang berlaku di antara Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, Bilal Bin Rabah dan Umayyah Bin Khalaf (tuan Bilal). Sewaktu Bilal sedang diseksa teruk oleh Umayyah, Rasulullah saw segera meminta bantuan Sayyidina Abu Bakar untuk membebaskannya.
Lalu, Sayyidina Abu Bakar pun mengutuskan seorang utusan untuk berunding dengan Umayyah untuk membeli Bilal Bin Rabah. Umayyah dengan niat jahat menaikkan harga Bilal berkali-kali ganda dari harga asal. Dia mintak 9 uqiyah emas. Sayyidina Abu Bakar rileks je bayar cash 9 uqiyah emas tu, lalu Bilal pun dilepaskan.
Umayyah berkata :
“Kalau pun Sayyidina Abu Bakar mintak tawar harga Bilal jadi 1 uqiyah, aku tetap akan menjualnya juga (nak menunjukkan 1 uqiyah emas itu pun dah cukup tinggi nilainya)”.
Sayyidina Abu Bakar balas :
“Kalau pun Umayyah menaikkan lagi harga kepada 100 uqiyah sekalipun, aku tetap akan membeli Bilal”.
Awak tau tak berapa nilai 1 uqiyah emas?
1 uqiyah = 125 gram emas!!!
1 gram emas = lebih kurang harga sekarang RM352 (nilai pada hari ini)
so 1 uqiyah emas = RM44,000
9 uqiyah = RM396,000.
Sayyidina Abu Bakar kata jika 100 uqiyah pun beliau mampu bayar?
Jadi nilainya RM44,000 X 100 = RM4.4 juta!!!!
MasyaAllah betapa kayanya Saiyyidina Abu Bakar!
Jadi kita kena ingat, berdasarkan kisah Nabi ini, kita dapat lihat kekayaan yang kita ada bukan sepenuhnya untuk diri kita, tapi gunanya untuk kelebihan akhirat. Duit yang kita dapat, bukan duit kita selagi kita tak belanjakan untuk tukaran akhirat kita.
Cukai Di Malaysia Terhadap Orang Kaya Sangat Tinggi?
Betul ke?
Kadar Cukai
Sebenarnya kalau kita nak kata cukai orang kaya di negara kita sangat tinggi tu macam tak betul juga. Sebab kalau tengok negara maju yang lain, orang kaya ni dicukai lebih banyak.
Kadar cukai pendapatan di UK terdiri daripada beberapa tangga. Untuk tahun 2023/2024, kadar adalah seperti berikut:
– 0% untuk pendapatan sehingga £12,570 (Personal Allowance)
– 20% untuk pendapatan antara £12,571 hingga £50,270
– 40% untuk pendapatan antara £50,271 hingga £150,000
– 45% untuk pendapatan di atas £150,000
United States:
– Di AS, kadar cukai untuk tahun 2023 adalah:
– 10% untuk pendapatan sehingga $11,000
– 12% untuk pendapatan antara $11,001 hingga $44,725
– 22% untuk pendapatan antara $44,726 hingga $95,375
– 24% untuk pendapatan antara $95,376 hingga $182,100
– 32%, 35%, dan 37% untuk pendapatan lebih tinggi.
Pulangan Hasil Daripada Cukai
Ada juga yang persoalkan, dah la bayar cukai tapi pulangan atau kemudahan yang diperolehi takde pun. Masuk universiti pun kena bayar. Macam di UK, mereka dapat pendidikan percuma bagi umur sehingga 16 tahun. Pendidikan di Universiti adalah berbayar. Tiada yang percuma. Begitu juga di USA.
Kenapa Cukai Terhadap Golongan Kaya Lebih Tinggi
Terdapat beberapa alasan yang menyokong pandangan ini.
1. Prinsip Keupayaan Membayar
Prinsip utama dalam sistem percukaian adalah keupayaan untuk membayar. Individu yang berpendapatan tinggi mempunyai lebih banyak sumber kewangan dan sebenarnya lebih mampu untuk membayar cukai tanpa menjejaskan kualiti hidup mereka.
Sebagai contoh, golongan yang berpendapatan tinggi mungkin dapat menikmati gaya hidup yang lebih mewah, jadi adalah wajar mereka menyumbang lebih kepada pembangunan masyarakat melalui cukai.
Saya tengok orang-orang yang berpendapatan tinggi, mereka masih mampu membayar cukai, dan pada masa yang sama masih mampu menguruskan kehidupan pada tahap mereka (pilihan-pilihan jenama dll), makan di restoran setiap hujung minggu, minum kopi mahal hampir setiap hari, masih juga mampu melancong sekeluarga, membeli kereta berjenama serta barangan import yang kebanyakannya mahal, dan lain-lain.
2. Menyumbang kepada Kesejahteraan Sosial
Cukai daripada golongan berpendapatan tinggi digunakan untuk membiayai program kesejahteraan sosial yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada mereka yang mampu, kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, dan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya. Ini membantu mengurangkan jurang pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara keseluruhan.
Ada beberapa orang pada tahap T20 di Facebook yang saya kira mempunyai mindset begini. Salute
Lebih banyak kita memberi, lebih banyak Allah akan berikan kepada kita:
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)
3. Mengurangkan Ketidakadilan Ekonomi
Sistem percukaian progresif, di mana kadar cukai meningkat dengan pendapatan, membantu mengatasi ketidakadilan ekonomi yang wujud dalam masyarakat. Apabila golongan kaya membayar lebih banyak cukai, ia dapat mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan dan kekayaan. Dengan cara ini, sokongan dan peruntukan sumber dapat diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik, mencipta masyarakat yang lebih seimbang dan adil.
4. Pendidikan dan Pembangunan Masyarakat
Hasil daripada cukai yang dibayar oleh orang berpendapatan tinggi juga dilaburkan ke dalam pendidikan dan pembangunan masyarakat. Dengan memperuntukkan lebih banyak dana kepada institusi pendidikan, kerajaan dapat meningkatkan kualiti pendidikan, mengurangkan kadar buta huruf, dan menyediakan peluang yang lebih baik kepada generasi akan datang. Pendidikan yang lebih baik memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.
Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk aspek pendidikan iaitu projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara. Sebanyak 44 buah sekolah baru akan dibina dengan 2 daripadanya ialah sekolah keperluan khas.
KIta selalu dengar kan, sekolah sangat susah, asyik minta pula peruntukan daripada ibu bapa. Inilah keperluan yang kerajaan nak buat.
5. Kesan Ekonomi yang Positif
Pembayaran cukai yang lebih tinggi oleh golongan berpendapatan tinggi boleh membawa kepada kesan ekonomi yang positif. Apabila lebihan pendapatan diagihkan semula melalui perkhidmatan awam, ia mencipta peluang pekerjaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pembiayaan untuk infrastruktur asas seperti jalan raya, pengangkutan awam, dan kemudahan kesihatan akan menguntungkan semua lapisan masyarakat, termasuk golongan berpendapatan rendah.
6. Mendorong Tanggungjawab Sosial
Ketika individu berpendapatan tinggi membayar cukai yang lebih tinggi, ia mendorong mereka untuk bersikap bertanggungjawab terhadap masyarakat. Mereka sedar bahawa sumbangan mereka membantu dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan boleh memotivasi mereka untuk terlibat dalam inisiatif sosial yang lain. Tindakan ini boleh menghasilkan perubahan positif dalam masyarakat dan membina jalinan sosial yang lebih kukuh.
Subsidi pendidikan bagi kumpulan T15 ditarik balik salah satunya sebab nak gunakan duit itu untuk tambah baik prasarana SBP dan IPTA.
Belanjawan 2025: Kita Berilah Peluang
Selain saya setuju supaya aspek tangga pendapatan dinilai semula, bagi saya kita kena juga melihat belanjawan 2025 ini dari beberapa aspek utama:
1. Kadar Cukai Progresif
Jika belanjawan tersebut meneruskan sistem cukai progresif yang mengutamakan mereka yang berpendapatan tinggi membayar kadar cukai yang lebih tinggi, ini boleh dianggap adil. Sistem ini membantu mengurangkan ketidaksamarataan dan memastikan penyumbangan yang lebih besar daripada mereka yang mempu.
2. Penggunaan Hasil Cukai
Keadilan juga boleh dilihat daripada cara hasil cukai digunakan. Jika cukai daripada golongan kaya digunakan untuk membiayai program sosial, pendidikan, dan kesihatan yang memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, ia menunjukkan pengagihan sumber yang lebih adil.
3. Bantuan kepada Golongan Berpendapatan Rendah
Belanjawan yang seimbang harus menyediakan bantuan yang mencukupi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Jika belanjawan 2025 memberi perhatian kepada memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan, ia akan memperlihatkan keadilan dalam pengagihan.
Cukai yang anda bayar, sekalgus membantu mereka yang memerlukan, Pahala tak? Pahalalah.
4. Keberkesanan Penguatkuasaan Cukai
Keadilan pencukaian juga bergantung pada keberkesanan penguatkuasaan. Jika terdapat langkah-langkah untuk memastikan golongan kaya membayar cukai mereka dengan adil dan tidak ada peluang untuk mengelak, ini menunjukkan keadilan dalam sistem percukaian.
Orang kaya ni mereka bijak lari daripada cukai. Sebab itu cukai ke atas hasil dividen melebihi rm100 ribu diperkenalkan. Cukai ke atas pelaburan ini turut dibuat di UK dan US.
5. Keterbukaan dan Ketelusan
Akhir sekali, keterbukaan dalam penyampaian belanjawan dan bagaimana keputusan dibuat adalah penting. Rakyat perlu yakin bahawa keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan semua lapisan masyarakat dan tidak berat sebelah kepada golongan tertentu.
Kesimpulan
Ada beberapa perkara lain dalam Belanjawan 2025 Malaysia Madani yang menarik seperti:
- Kenaikan gaji minimum kepada RM1700 sebulan: bolehlah ni, takkan kita sahaja nak naik gaji? Tahu tak gaji minimum di Switzerland kira-kira RM4000 sebulan! Kan kita target nak jadi negara berpendapatan tinggi, kita sokonglah usaha ini. Sampai bila kita nak tengok ada rakyat kita hanya perolehi rm1500 sahaja di dalam keadaan sekarang?
- Penyelarasan harga petrol mulai pertengahan tahun hadapan dan dijangka 85% akan masih menerima subsidi petrol: ni pun ok sahaja bagi saya
Menetapkan kadar cukai yang lebih tinggi bagi individu yang berpendapatan tinggi adalah langkah yang wajar dan adil. Dengan pengagihan sumber yang lebih seimbang, kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam menghapuskan ketidakadilan ekonomi, memperbaiki kualiti hidup masyarakat, dan membina masa depan yang lebih cerah untuk semua. Prinsip keadilan sosial dan keupayaan untuk membayar harus menjadi panduan dalam sistem percukaian demi kebaikan bersama.
Memastikan pemikiran progresif, pengagihan yang adil, dan kebertanggungjawaban dalam usaha pencukaian akan menjadi asas kepada keadilan itu.
Untuk membaca sendiri Belanjawan 2025 Malaysia Madani klik pada link:
BELANJAWAN 2025: MEMBUGAR EKONOMI, MENJANA PERUBAHAN, MENSEJAHTERA RAKYAT
Masih Nak Jadi Kaya Tak?
Kalau tanya saya, masih nak jadi kaya ke walaupun kena serap cukai lebih tinggi?
Jawapan saya: YA!
Jadi kaya tu dah macam tanggungjawab saya kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dengan mempunyai kekuatan pendapatan, kita ada banyak pilihan, tak perlu jadi orang yang perlu meminta-minta untuk sokongan kehidupan, mampu memberi tanpa had dan dapat mencontohi Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda r.a.
Ini sekaligus memberikan kebahagiaan didunia dan akhirat. Cumanya bila dapat income yang banyak, jangan sampai kita jadi seorang yang merasakan kita sepatutnya dapat begitu begini. Fikirkan berapa banyak yang kita mampu bantu dengan rezeki yang Allah berikan kita.
After all, rezeki tu dari Allah. Kita hanya pemudah cara, pemegang amanah rezekiNya didunia ini.
Vitamin-cerdik.com
Saya masih memilih Shaklee untuk peluang bisnes saya sejak dari tahun 2012. Alhamdulillah melalui bisnes ini saya dapat bantu lebih ramai orang dari aspek kesihatan termasuk aspek menambahkan kebaikan ekonomi keluarga masing-masing.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=864679
Untuk dapatkan set kurus Shaklee, boleh klik link berikut
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Business Leader
Shaklee Certified Product Expert / Trainer
Shaklee Gombak
PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.