Call nowWhatsapp

Belajar Buat Blog Dengan 2 Tips Meroketkan Trafik Blog

Saya belajar buat blog tidaklah secara rasmi. Saya cuma pernah hadir kelas Tuan Wan Mus (Google Ads) dan kelas Tuan Firdaus Azizi sahaja. Kelas wordpress saya tidak pernah hadir, sebab itu dalam bab teknikal saya agak kelaut. Tapi bab belajar buat blog memang saya belajar sana sini juga secara tidak rasmi.

Walaupun begitu, setiap tips daripada guru saya, saya akan apply sungguh-sungguh. Jadi ada antara tips ini berguna sebab saya kutip daripada pengalaman. Saya jaga dan pantau juga trafik blog saya, alhamdulillah sekarang blog saya mendapat jumlah trafik sekitar 2000 sehari.

Mungkin bagi orang lain tak banyak mana pun, tapi bagi saya ia banyak dan sangat bermakna. Sebab itu pada saya kenalah belajar buat blog sungguh-sungguh. Walaupun hasil di peringkat permulaan tidak nampak, tapi hasil jangkamasa panjang itulah lebih banyak untuk dituai.

Saya bermula belajar buat blog sekitar 4 tahun lalu. Kelas-kelas yang saya sertai memang agak teknikal. Ada beberapa downline saya pun kecundang di tengah jalan akibat tidak tahan belajar buat blog. Sebab kalau ikut spek SEO, memang banyak kena ikut. Alhamdulillah saya berhasil aplikasikan setiap tips, walaupun ada yang saya lolos.

Tapi kebanyakan tips saya ikut, disamping hasil yang saya sendiri baru tahu rupanya kaedah yang saya buat itu sangat membantu saya. Jadi sangat berbaloi saya konsisten belajar buat blog dan apply selama ini.

Dalam entry ini saya ingin kongsikan dengan anda belajar buat blog dengan 2 tips yang saya kutip daripada pengalaman untuk meroketkan trafik blog.

Anda sedia untuk belajar buat blog? Jemput baca.

Tapi sebelum itu, jemput tonton video di bawah kenapa anda perlu blog untuk bisnes anda.

Belajar Buat Blog: 2 Tips Meroketkan Trafik Blog

Tips 1: Jadilah pakar

Pakar dalam bidang anda. Orang suka baca benda-benda yang bermanfaat. Bagi orang Shaklee, katakan anda fokus tentang penyusuan. Maka jadilah pakar dalam bidang penyusuan.

Jadi pakar tidak semestinya anda perlu ada sijil. Tapi dalam posting anda pastikan anda dilihat (baca) sebagai orang yang berilmu tentang penyusuan.

Bila anda tulis banyak tentang ilmu menyusu, orang lihat blog anda sebagai pakar menyusu. Dari situ anda telah membina kredibiliti anda sebagai pakar menyusu.

Saya pernah customer wasap saya dan mengatakan saya pakar Vivix. Best bunyinya kan.

Tips 2: Pastikan Loading Time Blog Anda Pantas

Ada kajian menunjukkan loading time melebihi 3s, pembaca akan segera beralih kepada blog pesaing. Mesti rasa sedih sangat betul tak kalau orang tak boleh tunggu walaupun melebihi 3s. Blog yang trafik tinggi kebiasaannya 1-2s loading time.

Ada beberapa perkara yang anda perlu kenalpasti dan perbaiki jika loading time blog anda melebihi 3s. Antaranya:

  • Terlalu banyak iklan
  • Banyak sangat plugin seperti senarai chatting, dan sebagainya menyebabkan blog jadi berat

Teknikal sangat saya tidak berapa pasti, tapi anda boleh hubungi pakar WordPress anda untuk bantu semakkan untuk anda berkenaan loading time. Jadi sebenarnya sangat penting untuk belajar buat blog.

Belajar Buat Blog: 2 Kesalahan Dalam Meroketkan Blog

Kesalahan #1: Tidak jaga bahasa dan ejaan

Walaupun kita selalu diberikan tips agar menulis dari hati, seharusnya jagalah juga bahasa dan ejaan bagi posting yang anda target untuk diroketkan.

  • Singkatan perkataan
  • Kesilapan ejaan
  • Bahasa bercampur-campur
  • Perenggan tidak ada sehingga memenatkan mata pembaca

Ini antara kesilapan. Mentang-mentanglah menulis dari hati, habis belasah sahaja gaya penceritaan. Anda harus tahu juga dalam Google ada yang sentiasa memantau blog anda. Sekiranya banyak kesilapan begini, tentu blog anda dipandang sebagai tiada kredibiliti.

Kesalahan #2: Tidak menjual blog

Blog sudah buat, tapi kenapa tiada pengunjung. Untuk belajar buat blog, satu kesilapan kita adalah posting semata-mata tanpa mencari pengunjung.

Terutama blog baru, anda harus menjemput pengunjung datang bertandang ke blog anda. Umpama kedai. Lihat bagaimana upacara pembukaan diadakan. Mestilah ada jemputan, war-warkan tentang kedai kita.

Jangan syok sendiri pula, sebab itu bila tidak menjual blog, anda akan dapati posting anda tidak dapat tempat pun di laman pertama enjin carian Google.

Menarik Belajar Buat Blog Tahun 2017

Sebenarnya banyak lagi tips kita boleh belajar buat blog dengan mudah, terutama dengan adanya ebook Belajar Buat Blog karya Tuan Muhamad Anuar Marsib. Jika anda memang serius untuk belajar buat blog, ebook ini sangat mudah difahami dan diaplikasikan.

Jangan ragu-ragu, ilmu ini bernilai ratusan RM tau.

 

Posting ini saya hasilkan untuk menyertai Contest SEO bertajuk Belajar Buat Blog. Untuk menyertai contest ini, jemput klik pada banner di bawah. Contest ini ditutup pada 24/4/2017.

Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog

Dibawah adalah senarai peserta yang telah menyertai Contest SEO Belajar Buat Blog

  1. calrasepatrick.blogspot.com dapat bayaran RM30*
  2. nonasani.blogspot.my dapat bayaran RM30*
  3. missobsesi.blogspot.my dapat bayaran RM30*
  4. sayidahnapisah.com dapat bayaran RM30*
  5. mommyfiqa.com dapat bayaran RM30*
  6. bloggerlelaki.com dapat bayaran RM30*
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my dapat bayaran RM30*
  8. dianarashid.com dapat bayaran RM30*
  9. susahsenangblogger.com dapat bayaran RM30
  10. at-tarmizi.blogspot.my dapat bayaran RM30*
  11. myideakini.com dapat bayaran RM30
  12. amirkhalis.blogspot.my dapat bayaran RM30*
  13. sayabukancikgu.com dapat bayaran RM30*
  14. messarah.blogspot.my dapat bayaran RM30
  15. jangan-bukak.blogspot.my dapat bayaran RM30
  16. fadzirazak.com dapat bayaran RM30*
  17. heroborneo.com dapat bayaran RM30*
  18. nikkhazami.com dapat bayaran RM30*
  19. misztrex.blogspot.my dapat bayaran RM30
  20. ummizarra.com dapat bayaran RM30
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. sayaazieera.blogspot.my
  38. jambubatublog.com
  39. adibsite.com
  40. sishawa.blogspot.my
  41. cikilamenari.blogspot.my
  42. alongxp.com
  43. elihjapahar.com
  44. jiesusanos.com
  45. sianangbumaya.com
  46. bagiblogger.blogspot.com

Adakah blog anda pemenangnya? Jemput sertai contest belajar buat blog ini ya.

Raihanah 0122195919

Pakar Vivix

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)