Call nowWhatsapp

Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya

Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya

Saya yang dulu bukanlah yang sekarang. Terngiang-ngiang pulak bait lirik lagu penyanyi cilik Indonesia. Sungguhlah untuknya, dari seorang pengemis, lalu menjadi penghibur dengan bayaran jutaan Rupiah. Betapa tuah manusia itu kita tak boleh duga, asalkan kita berusaha.

Jujurnya masa baru-baru kenal Shaklee saya tidaklah siasat dalam-dalam syarikat apa, benefit bagaimana yang saya boleh dapat dll. Saya cuma tahu produknya bagus sekali, sangat berkesan untuk anak-anak saya (awal-awal dulu ambil untuk anak-anak).

Saya join Shaklee tahun 2012, tapi saya cuma betul-betul buat bisnes pada tahun 2014. Terus naik jadi Supervisor masa tu, alhamdulillah.

Bersyukur Buat Bisnes Shaklee Waktu Bekerja

Saya nak share perkara ni terutama bagi anda yang sedang bekerja. Bila kita dah kerja, kita mungkin fikir, buat apa nak buat bisnes? Fokus kerja dah la kan?

Kisah saya ni mungkin akan membuka mata anda. Saya tak pernah cerita kisah ini secara terbuka, hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahuinya.

Saya mula dengan Shaklee sebagai bisnes part time sahaja. Pada tahun 2014 saya masih bekerja di sebuah syarikat bumiputera, pengkhususan dalam bidang IT.

Syarikat tu memang cukup kukuh, telah 30 tahun bertahan dalam industri. Tapi itulah kan, sangkakan panas sepanjang hari, rupanya hujan di tengahari.

Syarikat yang kukuh pun boleh goyah, sebab kurang dapat bisnes. Jadi nak kurangkan beban syarikat, mereka buang pekerja, termasuklah saya yang telah bekerja selama 14 tahun dengan mereka.

Pampasan apa semua tak dapat (saya tengah fight benda ni), saya buat bisnes Shaklee dari tahun 2014, 2016 saya diberhentikan kerja.

Semasa saya diberhentikan kerja, rank saya adalah Senior Supervisor, bonus saya banyak jugalah (campur dapat nafkah suami lagi, bertambahlah banyak).

Jadi antara yang diberhentikan kerja, sayalah yang paling tenang. Sebab saya plan, lepas diberhentikan saya buat Shaklee sahaja sepenuh masa. Saya tak kalut nak cari kerja lain.

Saya teringat kata-kata CEO Shaklee Corporation, Roger Barnett. Beliau berkata,

START WHEN YOU NEED IT THE LEAST BECAUSE YOU WON’T KNOW WHEN YOU WILL REALLY NEED IT” ROGER BARNETT, SHAKLEE CORPORATION

Hero saya, abam Roger Barnett
Roger Barnett adalah salah seorang role model saya

Cuba bayangkan pula, jika pada tahun 2016 tu saya belum buat apa-apa langsung (bisnes part time), agaknya bila ditamatkan kerja mungkin saya pun sama menggelabah macam orang lain kan?

Masa itulah nak mula, masa itulah nak bina tapak, masa itulah nak buat blog, pada masa yang sama mesti layan kesedihan akibat diberhentikan kerja. Betul tak?

Zaman sekarang walaupun kita isteri ni dapat nafkah daripada suami, sebaik-baiknya kita ada duit sendiri. Dengan duit sendiri kita ada power sendiri, lagipun duit yang kita dapat tetap kita gunakan untuk keluarga juga kan.

Jadi nasihat saya, MULAKAN BISNES SHAKLEE PADA SAAT ANDA TAK MEMERLUKANNYA.

Bisnes Shaklee Adalah Bisnes High Class

Dari tahun ke tahun, ada banyak betul peningkatan dan improvement kepada diri saya. Shaklee ni tak sama dengan bisnes MLM lain. Kali pertama saya join event Shaklee, memang terasa sangat berbeza Shaklee ni.

Sebab apa tau? Sebab bila masuk event Shaklee, stroller penuh kat belakang dewan! Rasa-rasa event MLM lain macam tu ke? Satu lagi pengedar Shaklee nampak penampilan tu biasa-biasa je, masih berpakaian biasa, tak perlu nak stylo seksi meksi bagai pun. Inilah antara faktor yang membuatkan saya tertarik dengan Shaklee.

Berbalik kepada perubahan kepada diri saya. Ada banyak sangat perubahan pada diri saya, yang saya consider positif selepas saya buat bisnes Shaklee.

1. Didedahkan Kepada Amalan-Amalan Kerohanian

Sejak bekerja, saya kurang dah buat amalan-amalan kerohanian. Tak tau sebab apa, mungkin saya hanyut dengan kesibukan bekerja dan keluarga. Semua tu alasan semata-mata, tapi itulah memang saya hanyut.

Bila saya join #TeamJutawan, upline ajar amalan-amalan kerohanian yang menjadi amalan harian warga Jutawan. Ada banyak sangat, tapi semuanya memang boleh buat secara harian.

2. Tambah Ilmu Leadership

Dalam Shaklee banyak sangat ilmu leadership (dan ilmu-ilmu lain) diajar untuk menambahkan kemahiran kita. Dan kebanyakannya upline/mentor ajar secara percuma sahaja!

Bayangkan ilmu sehebat apa yang diajar oleh Azizan Osman (yang kelasnya berharga ribu-ribu RM), kami dapat dengan percuma sahaja dari upline. Tentulah yang membezakan adalah tindakan kita.

Bagi saya sangat penting untuk dapatkan ilmu yang bermanfaat, dan pastikan kita ada tindakan.

Master Aizan sedang bagi ceramah. Best sangat
Master Aizan sedang bagi ceramah. Best sangat

3. Shaklee Bantu Tingkatkan Kesihatan

Ini memang obvious pentinglah kan, kita jual produk suplemen, tentulah kita kena pastikan diri kita.

Banyak jugalah kesihatan saya jadi lebih baik sebab amalkan suplemen Shaklee. Selain amalkan suplemen, Shaklee ajar saya amalkan gaya hidup sihat. Jadi bukanlah suruh makan suplemen semata-mata.

Banyak posting saya tulis tentang peningkatan kesihatan saya, boleh rujuk link berikut:

4. Berani Mengejar Impian

Perasan tak, dulu masa kecil kita burning with desire. Macam-macam kita nak cuba, macam-macam kita impikan.

Tapi slowly desire tu hilang ditelan masa dek kerana kita hilang keyakinan, disamping kita cuma diajar untuk belajar – bekerja – settle down berkeluarga, dan begitulah yang diajar kepada generasi demi generasi.

Secara tak langsung, kita lupa dah apa impian dan desire kita, lupa pada apa yang kita impikan nak capai dalam hidup kita.

Bila join Shaklee, upline / mentor saya perkenalkan dengan program Self Enhancement. Dalam program ni saya teringat balik semua burning desire saya masa kecil:

  • Saya suka jadi orang penting, saya suka jadi VIP!
  • Saya suka main salji, saya selalu impikan saya pergi ke Switzerland untuk main salji
  • Saya suka jadi orang yang selalu diraikan
  • Saya suka benda-benda branded dan mahal, prestij
  • Saya suka berhias, pakai pakaian cantik-cantik dll
  • Saya suka ada duit banyak, saya nak shopping tanpa saya fikir berapa banyak balance dalam akaun saya (duit banyak, buat apa fikir balance kan)
  • Saya suka travel luar negara (terutama negara orang kaya)

Saya belajar balik macamana nak set target, pasang impian, cipta peluang dll. Saya jadi berani mengejar impian saya.

Suka melawa adalah satu kesukaan saya. Gambar saya dulu dan terkini
Suka melawa adalah satu kesukaan saya. Gambar saya dulu dan terkini
Trip Cruise Shaklee
Trip Cruise Shaklee: Phuket

5. Lebih Yakin Dengan Diri Sendiri

Ada banyak sebab yang menyebabkan kita jadi kurang yakin dengan diri sendiri. Antaranya:

  • Kurang ilmu dan pengalaman
  • Penampilan diri (fizikal dan kesihatan)
  • Financially

Dengan Shaklee, semua tu takde lagi dalam diri saya:

  • Banyak sangat kelas dan pengalaman dapat dicedok daripada kelas online dan offline
  • Penampilan diri semakin baik sebab dapat kuruskan badan, kesihatan pun baik.
  • Bonus pun banyak, financially banyak
Dulu macam makcik, sekarang lebih gojes
Dulu macam makcik, sekarang lebih gojes

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

8 thoughts on “Bagaimana Bisnes Shaklee Mengubah Hidup Saya

Leave a Reply to Wan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge