Asyik-asyik panda, panda, panda, panda

By | 25 May 2014

[Asyik-asyik panda, panda, panda, panda]

Akhir-akhir ini atau sejak ketibaan pasangan panda pinjaman daripada Kerajaan China, sana-sini orang bercakap tentang hebatnya keputusan yang diambil untuk menyewa panda tersebut. Hampir semua perkara rakyat Malaysia nak pandakan.

Saya bukanlah nak menambah garam, tetapi sekadar ingin berceloteh.

Anda pernah tengok cerita Kungfu Panda? 1 or 2 both saya dah tengok. Dan saya suka. Bukan sebab saya suka panda. Tapi sebab mesej yang ada di dalamnya.

Kungfu Panda 1 – [Percaya sebelum berjaya]

Percaya sebelum berjaya


Dalam kisah ini secara keseluruhannya adalah dalam banyak-banyak hero kungfu China, macamana seekor panda gemuk boleh ditabal jadi ketua segala hero kungfu? Po si Panda memang seronok bila dipilih tapi lama kelamaan sebab ramai juga orang tak suka dan dengki dengan dia, akhirnya macam dia give up juga.

Po takde keyakinan, apalagi skil kungfu pun takde. Tapi bagaimana dia berjaya tumpaskan raja segala hero kungfu? 

Tak lain tak bukan kata abah angkat Po, the Secret Ingredients.

Secret Ingredients ni dah lama digunakan oleh abah angkat Po dalam resepi mi supnya yang popular. Dan abah angkat Po tak pernah reveal secret ingredients ni, tapi akhirnya di saat-saat akhir beliau reveal juga.

Secret ingredients adalah “no secret ingredients”. Sebab kita sendiri masing-masing ada potensi masing-masing dan kita perlu percaya diri sendiri.

Kungfu Panda 2 – [Law of Attractions]

Panda pun amalkan law of attractions



Dalam kisah ini pula, lebih banyak mesej yang kita boleh kaitkan dalam kehidupan kita. Contohnya:

1. Bekerja dalam kumpulan
Bekerja dalam kumpulan memberikan manfaat yang lebih. Contohnya dalam bisnes, kalau kita kira kita sorang je, memangla tak banyak UV kita dapat kumpul. Tapi bagaimana hasilnya jika kita bekerja dalam kumpulan? Banyak tak?

2. Inner peace
Bagaimana anda mengasah minda? Positif atau negatif? Jika positif dalam minda anda, itulah yang anda akan dapat. Ini kerana 95% adalah daripada minda, selebihnya barulah tindakan anda.

Disebabkan inner peace Po berjaya menewaskan lawannya yang jauh lebih gagah dan kurus berbanding dirinya.

Anda boleh relate tak dengan bisnes atau kehidupan kita?

Sentiasalah bisikkan kata-kata positif dalam minda kita. Ada satu kajian neurology mengaitkan otak kita ada neurotransmitter yang akan curi-curi dengar apa yang terlintas di fikiran kita. Dan itulah yang akan dijadikan tindakan kita.

Jadi, selalu-selalulah berkata positif dan baik-baik saja dalam minda dan hati kita. InsyaAllah anda akan mendapat hasil yang positif.

#akumilikipendapatan5angkasetiaphari

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge