Call nowWhatsapp

Ya, akhirnya ayat keramat ini dapat saya ungkapkan. Selepas hampir setahun, selepas membuang 25kg daripada badan saya, saya kini memiliki berat badan ideal seperti kebanyakan orang lain.

Berat Badan Berlebihan Sejak Kecil

Mungkin ramai juga yang alami masalah ini, saya sejak kecil lagi memang badan berisi. Berat badan berlebihan. Sebelum umur 15 tahun, BMI masih lagi ok, montok sahaja la.

Apabila usia 16 tahun, saya masuk asrama, disitulah segala-gala mimpi ngeri bermula.

  • Stok makanan sentiasa banyak
  • Pilihan makanan tak sihat seperti air kotak, biskut tin, roti-roti dan lain-lain

Akibatnya dari sekolah lagi saya memang ada tabiat sentiasa sneking. Membawa perangai ini ke universiti dan zaman bekerja. Zaman universiti memang badan saya berisi.

Saya semasa berusia 23 tahun, memang dah overweight
Saya semasa berusia 23 tahun, memang dah overweight

Lagi teruk selepas bersalin. Dah masuk tahap obesiti. Saya cuba beberapa kali kuruskan badan, tapi selalu rebound. Dalam beberapa bulan, terus rebound.

Gambar ini semasa anak 2 orang
Gambar ini semasa anak 2 orang

Akhirnya mimpi ngeri saya bergelar orang obesiti dah berakhir, insyaAllah. Dalam hampir 1 tahun, saya berjaya buang 25kg, memiliki body fat yang normal, tahap visceral fat sihat dan body age pun lebih muda.

Ada beberapa link saya rasakan bermanfaat untuk anda:

Strategi Kuruskan Badan 25kg Dalam Masa 1 Tahun

Bagi orang lain mungkin cara saya ni agak perlahan, tapi insyaAllah cara ini boleh elakkan kita daripada rebound. Anda boleh folo cara ini, tapi sebaiknya saya nasihatkan lebih baik anda ikuti program bermentor seperti program yang saya kendalikan, #JomDetoxJutawan.

Bukan mudah ya nak buang 25kg dalam masa 1 tahun. Perjalanannya bukan sentiasa smooth. Berliku-liku. Ada yang stagnant, bila lama stagnant, otak jadi jem sebab fikir apa nak buat lagi bila plateu ni.

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

1. Buat Detox Shaklee Dahulu, Dan Ulang Setiap Bulan

Ramai orang tak percaya kena detox dahulu. Percayalah kerana saya pernah laluinya. Sebab apa kena detox dahulu sebelum anda mulakan apa-apa regim diet?

Hati adalah organ detox. Tapi hati paling banyak simpan lemak terutama lemak daripada fruktos. Kenapa?

Fruktos (gula putih) tidak boleh dicerna oleh sel badan. Maknanya bila kita makan atau minum gula, hanya hati (liver) yang menerima fruktos. Hati hanya akan simpan sahaja fruktos ni, tak proses apa pun.

Bila hati simpan saja, ini menyebabkan hati menghasilkan banyak lemak yang berkumpul di sekeliling hati. Fenomena ini dipanggil sebagai fatty liver dan inilah merupakan visceral fat.

Visceral fat yang jahat merembeskan hormon yang bawa keradangan ke seluruh badan – ini antara punca utama serangan jantung dan strok.

30% dari keseluruhan fruktos yang masuk ke badan kita, wajib jadi lemak visceral. Jadi 30% daripada 50% keseluruhan gula ialah 15%. Ini bermakna setiap sudu gula, 15% wajib jadi lemak visceral yang jahat tu.

Kenapa kena ulang setiap bulan?

Sebab macam saya, dalam setahun tu ada banyak masa juga yang saya cheat. Saya cheat terutamanya di musim perayaan (negara kita banyak perayaan), balik kampung, ada program keluarga dan macam-macam lagi. Jadi bila gula start masuk dalam badan, saya akan detox semula.

2. Bila Kena Makan? Buat Intermittent Fasting Setiap Hari

Saya tengok banyak kajian tentang Intermittent Fasting (IF) ni dan memang kadar keberkesanan pun sangat bagus. Tapi kita kena tahu cara buat IF yang betul-betul berkesan.

Saya pernah juga buat IF di tahun 2018, tapi hanya turun 2kg dalam masa 4 bulan. Memang tak kena cara.

Pada April 2019 saya buat IF bersama coaching grup. Alhamdulillah yang bagusnya lebih kepada mudah nak buang body fat dan inchloss pun banyak.

Saya sendiri ada buat coaching khas bab IF ni. Anda pun boleh folo grup saya ini.

3. Apa Yang Patut Dimakan Setiap Hari?

IF adalah tentang bila kita makan. Bagaimana pula dengan apa kita patut makan? Ada macam-macam cara diet zaman sekarang ni, contohnya:

  • Paleo diet
  • Mediterranean diet
  • Atkins diet (tapi founder dia meninggal sebab masalah jantung)
  • Eat clean
  • Ketogenik diet (rendah karbo, high fat)
  • Detox meal

Apa yang saya buat adalah saya selang seli 2 diet ini sahaja:

  • Detox meal – meal detox ada 7 hari, jadi saya hanya pilih meal hari yang saya suka, dan saya maintain meal tersebut setiap hari
  • Ketogenik diet – sangat mudah nak dilakukan, diet ni sangat sesuai buat saya yang suka makan desert dan lemak sihat

4. Ambil Suplemen Konsisten

Suplemen memang saya amalkan sudah 8 tahun, alhamdulillah. Dan kesihatan saya pun di tahap terbaik di umur saya 40 tahun.

Kalau anda masih baru dalam Shaklee, boleh mulakan dengan suplemen Detox Shaklee selepas itu boleh maintain makan set Daily Essential. Kalau anda ulang-ulang buat detox, kenalah maintain set detox juga.

Set Gold Jom Detox Shaklee
Set Gold Jom Detox Shaklee
Set Platinum Jom Detox Shaklee
Set Platinum Jom Detox Shaklee
Set Diamond Jom Detox Shaklee
Set Diamond Jom Detox Shaklee

Suplemen penting untuk:

  • top up nutrisi yang kita tak cukup
  • pastikan kita masih bertenaga, cergas, walaupun makan sedikit (diet atau IF)
  • pastikan sistem imun kita kuat, kurang risiko mudah jatuh sakit
  • fight radikal bebas, pastikan tubuh kita sentiasa terpelihara daripada masalah penuaan. Penuaanlah punca kita dapat penyakit kronik. Jadi kena lindungi diri kita

Suplemen bukan ganti makanan. Kita makan suplemen bukan bermaksud kita tak perlu makan lagi makanan asasi kita. Kita masih makan macam biasa (atau ikut diet plan kita), dan kita ambil suplemen untuk nutrisi tambahan menutup kelompongan nutrisi daripada pemakanan kita.

5. Ambil Lemak Sihat

Lemak sihat penting untuk kesihatan sebab kajian sekarang menunjukkan bahawa lemak, termasuk lemak tepu, adalah baik untuk badan, dan tidak memberi masalah kesihatan sepertimana mitos lama. Ada 2 jenis lemak:

a. Polyunsaturated Fat

Lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak tak tepu yang boleh menawarkan manfaat kesihatan, seperti:

  • Mempromosikan fungsi normal otak dan sistem saraf
  • Mengurangkan tahap kolesterol dan menyokong kesihatan jantung
  • Melindungi terhadap penyakit mata kering
  • Mengurangkan keradangan dalam badan

Terdapat pelbagai jenis asid lemak omega-3. Kebanyakan kajian mengenai kesihatan manusia memberi tumpuan kepada tiga omega-3s iaitu:

  • ALA, atau alpha-linolenic acid
  • DHA, atau asid docosahexaenoic
  • EPA, atau asid eicosapentaenoic

Tubuh tidak boleh membuat asid lemak omega-3, oleh itu kita mesti mendapatkannya melalui makanan yang kita makan atau daripada suplemen untuk cukupkannya.

Tubuh boleh menukar ALA yang anda dapatkan dari makanan ke DHA dan EPA. Walau bagaimanapun, jumlah yang dibuat sangat terhad. Oleh itu, adalah penting juga untuk mendapatkannya daripada suplemen.

b. Monounsaturated Fat

Ini adalah lemak sihat yang dapat membantu meningkatkan HDL, kolesterol “baik” dalam badan. Pengambilan lemak polyunsaturated dan monounsaturated boleh mengurangkan kolesterol dalam badan.

Kolesterol adalah zat lilin yang boleh membina dan menyumbat saluran darah. Saluran darah sempit atau disekat meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

6. Makan Sayur Secukupnya Setiap Hari

Ini penting. Berdasarkan pengalaman saya, kalau nak mudah kurus, kena pastikan makan sayur secukupnya.

Makanan lain seperti protein dan lain-lain tu macam biasalah. Cumanya sayur ni sikap masyarakat kita, mereka kurang makan. Setiap meal kadang tu cuma makan 1-2 sudu sahaja memang tak mencukupi langsung pun untuk 1 hidangan.

Jadi nak kuruskan badan, pastikan makan sayur sepenuhnya. Inilah apa yang saya ajar dalam program #JomDetoxJutawan

7. Bersenam

Bagi orang obesiti, saya tak galakkan bersenam teruk-teruk. Saya pun tak bersenam langsung sehinggalah saya dapat buang 10kg daripada badan saya.

Saya rasa ringan sikit badan, barulah saya bersenam. Bagi orang obesiti, bersenam keterlaluan boleh meningkatkan hormon stres/kortisol. Bila tinggi hormon kortisol, anda akan susah nak kuruskan badan.

Jadi senaman buat juga, tapi sikit-sikit sahaja. Dalam 30 minit sahaja setiap hari. Nanti bila badan dah ringan, anda boleh buat lebih banyak dan lebih lama.

8. Tidur dan rehat secukupnya

Faktor stress dan tidur pun jadi punca kita susah nak kuruskan badan. Ini berkaitan dengan hormon juga. Jadi kena dapatkan rehat dan tidur mencukupi supaya anda mudah nak kurus.

Bagaimana stress menyebabkan anda gemuk
Bagaimana stress menyebabkan anda gemuk

9. Minum air mencukupi

Air adalah bahan pengangkut lemak. Walaupun lemak dapat diuraikan, tapi bahan pengangkut kurang, susah jugalah lemak nak keluar.

Sebab itu penting air yang secukupnya untuk anda kuruskan badan.

Air secukupnya dapat singkirkan lemak
Air secukupnya dapat singkirkan lemak

Bottom Line

Pening dah ke banyak sangat tips saya bagi? Ya banyak, sebab itulah saya berjaya dapat buang 25kg daripada badan saya, alhamdulillah itulah ilham dan kekuatan yang Allah berikan saya.

Nasihat saya, kalau betul-betul nak kuruskan badan, eloknya berguru. Boleh coaching dengan saya. InsyaALlah saya boleh tolong anda.

Setengah orang fikir sangat tentang duit. Saya tak nafikan memang ada perlu beli suplemen dan nak beli makanan sihat perlukan duit kan. Tapi itulah investment kita nak dapatkan kesihatan kita dan nak kuruskan badan.

Cuba fikirkan berapa banyak kita terpaksa habiskan jika kita sakit dan nak dapatkan rawatan? Bukan penyakit biasa-biasa, tapi bagaimana kalau dapat penyakit kronik (sebab obesiti dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, kanser, darah tinggi dan macam-macam lagi).

Percayalah, investment kita untuk kuruskan badan ni lebih berbaloi berbanding kita dapatkan rawatan akibat penyakit yang kita tanggung. Video ini mungkin berguna untuk anda.

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)