Call nowWhatsapp

Zaman sekarang ni surirumah dah makin celik, mesti nak ada pendapatan sendiri, betul tak? Sama juga dengan saya. Sewaktu bergelar surirumah sepenuh masa sejak 3 tahun lalu, saya fikir saya tak boleh jadi surirumah tanpa pendapatan sendiri.

Maka sebab itulah saya teruskan bisnes Shaklee (sebelum itu buat secara part time) walaupun bisnes dari rumah sahaja. Sambil uruskan anak-anak dan keluarga, saya masih boleh bisnes hebat dengan Shaklee.

Income Semakin Banyak Selepas Bergelar Surirumah Sepenuh Masa

Apa yang lagi best, selepas bergelar surirumah sepenuh masa (sejak Disember 2016), income saya dan rank saya dalam Shaklee semakin mudah naik.

  • Tak pernah miss bonus 4 angka, malah sampai 5 angka pun
  • Dapat car bonus
  • Dapat trip percuma dan mewah Shaklee setiap tahun
  • Dapat naik rank setiap tahun
  • Layak ke Business Leaders National Conference (BLNC) yang berprestij setiap tahun, alhamdulillah

Jadi boleh sangat seorang surirumah pun dapat semua manfaat tersebut. Yang penting kita dapat income besar setiap bulan mencapai 5 angka. Best kan? Dah lebih daripada gaji kita dulu-dulu.

Jadi kenapa seorang surirumah wajib ada pendapatan sendiri? Disini saya kongsikan:

Alhamdulillah saya dah capai salah satu benefit dari Shaklee iaitu Car Bonus program
Alhamdulillah saya dah capai salah satu benefit dari Shaklee iaitu Car Bonus program

Kenapa Surirumah Wajib Ada Pendapatan Sendiri?

1. Kecemasan

Tabung kecemasan sangat penting. Jika berlaku perkara yang tidak diingini, dan amat memerlukan kewangan, sekurang-kurangnya tidaklah kita harapkan ihsan orang lain atau berhutang sana-sini. Lebih-lebih lagi jika kita berada di perantauan. Kita hanya ada suami dan anak-anak yang masih kecil Jadi sangat penting menabung untuk kecemasan.

2. Simpanan Jangkamasa Panjang

Ini untuk simpananlah, simpanan untuk persaraan dan sebagainya. Saya target simpanan saya mesti ada RM2 juta.

3. Simpanan untuk anak-anak

Untuk anak-anak pun perlu menabung. Terutama untuk pendidikan mereka. Sekurang-kurangnya rm600 setahun. Kalau lebih banyak, kan lagi bagus.

Anak adalah punca saya buat bisnes Shaklee walaupun sebagai surirumah
Anak adalah punca saya buat bisnes Shaklee walaupun sebagai surirumah

4. Tolong suami

Ini penting juga untuk cukupkan keperluan rumahtangga. Kadang tu anak-anak nak beli apa-apa, boleh guna duit kita sebab kita ada pendapatan sendiri.

5. Bagi Pada Ibu Bapa

Selama saya bekerja saya tak pernah lagi missed bagi mama abah elaun mereka. Sehingga kini saya buat bisnes Shaklee sepenuh masa. Bila dapat bagi duit pada ibu bapa (walaupun mereka mampu), jadi satu kepuasan.

6. Tolong Ibu Bapa Bila Memerlukan

Kadang tu perlu juga tolong ibu bapa. Ibu bapa ni takkan minta dengan kita kalau mereka tak perlu sangat, betulkan? Jadi kalau kita ada duit sendiri, bolehlah kita hulur kat mereka setiap kali mereka memerlukan.

7. Sedekah

Bila ada duit sendiri, kita boleh sedekah bila-bila kita perlu tanpa perlu tunggu duit suami. Boleh bagi duit raya pada sesiapa sahaja tanpa berkira dan ikhlas.

8. Reward Diri Sendiri

Mestilah ada reward kan. Penat-penat kita buat bisnes Shaklee, bolehlah kita hadiahkan diri kita dengan benda-benda yang kita nak. Nak me time ke (minum-minum, shopping seorang diri), beli cincin, beli pakaian dan macam-macam lagi.

Kita boleh juga beri reward pada keluarga dengan cara beli tiket flight perlancongan untuk kita dan keluarga kita melancong, book bilik hotel dan macam-macam lagi yang boleh meningkatkan kegembiraan kita.

Jom menjana pendapatan sendiri walau hanya dari rumah. Sekarang ni zaman IT, zaman bisnes di hujung jari. Mudah sangat. Saya boleh ajarkan anda.

Jemput baca link berikut yang agak bermanfaat untuk anda:

Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Jutawan!

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk ketahui bagaimana memulakan bisnes Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)