Call nowWhatsapp

7 Sebab Set Kanser Shaklee Pilihan Terbaik

Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan yang paling ramai mengalami penyakit tersebut. Anggaran untuk tahun 2020 nanti sekitar 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia akan mengalami penyakit kanser pada usia 75 tahun iaitu peningkatan sebanyak 15%.

5 kanser utama negara ini adalah:
    • Kanser payudara 14.5%
    • Kanser usus 12.1%
    • Kanser peparu 11.8%
    • Kanser pangkal rahim 5.7%
  • Kanser kerongkong 5.4%
Kanser adalah punca kematian yang keempat iaitu 13.02 peratus di hospital kerajaan pada 2014.
Samada anda telah mempunyai penyakit ini atau ingin mencegah, teruskanlah membaca artikel saya ini. Jemput tonton video di bawah:

7 Sebab Set Kanser Shaklee Pilihan Terbaik

Untuk kanser, terdapat beberapa suplemen yang selamat untuk diambil oleh pesakit kanser. Sebelum saya buat perkongsian berkenaan Shaklee untuk pesakit kanser, saya turut sama membaca buku dan kajian mengenai pemakanan dan kanser. Ini membawa kepada penemuan jurnal yang saya kira penting berkenaan penemuan resveratrol oleh para saintis beberapa tahun lalu yang berkesan untuk mengawal kanser.

Walaupun kemoterapi masih berkesan untuk merawat kanser, namun suplemen masih diperlukan untuk menjaga sel sihat untuk berfungsi dengan baik apabila sel sihat ini berkeupayaan dirosakkan oleh sel kanser.

Profesor Steve Chaney telah mengetuai kajian ke atas kanser selama 30 tahun. Anda boleh membaca profil Profesor Steve dan menilai beliau. Yang pasti, bukan sijil palsu ya. Semuanya original.

Beliau telah menyediakan kombinasi produk yang dapat membantu melengkapkan keperluan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh pesakit kanser di semua peringkat.

Sebelum kita ambil tahu apakah produk yang sesuai diambil oleh pesakit kanser, mari kita lihat kenapa Set Kanser adalah pilihan terbaik.

1. Suplemen Shaklee adalah Halal

Alhamdulillah Shaklee Malaysia adalah disahkan Halal. Berikut adalah sijil daripada ISA (Islamic Services of America) yang mengeluarkan sijil HALAL untuk produk yang dikeluarkan dari Nutra Manufacturing, Greenville USA. ISA pula adalah institusi yang turut sama diperakui oleh JAKIM kita.

2. Suplemen Shaklee berdaftar dan mendapat kelulusan KKM

Selama produk Shaklee bertapak di negara kita, sejak 58 tahun lalu, sejak itu tanpa fail Shaklee telah mendaftarkan setiap produknya dan mendapat kelulusan KKM.

Bukan sahaja produk, memberkit Shaklee juga turut mendapat kelulusan KKM. Untuk menyemak suplemen Shaklee samada berdaftar dengan KKM, anda boleh merujuk ke laman web BPFK.

3. Shaklee berdaftar dengan KPDNKK dan KKLIU

Shaklee sememangnya telah berdaftar dengan KPDNKK melalui akta Jualan Langsung. KKLIU pula adalah pendaftaran untuk mengiklan ubat atau suplemen. Jadi anda jangan bimbang, Shaklee sememangnya berdaftar dengan kedua-duanya.

4. Suplemen Shaklee adalah selamat

Ada 8 point tentang mengapa suplemen Shaklee adalah selamat. Saya ada tuliskan dalam posting sebelum ini berkaitan keselamatan produk Shaklee.

5. Suplemen Shaklee adalah terbukti berkesan.

Bagi setiap suplemen, pastikan ia ada bukti ke atas setiap claim mereka. Bagaimana Shaklee buktikan?

  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna suplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik berbanding 2 kumpulan ujian yang lain.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 71 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada suplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.

6. Effective. Suplemen Shaklee adalah efektif melalui Landmark Study.

Landmark Study Shaklee adalah kajian penggunaan Shaklee dalam jangkamasa panjang pengambilan yang mana menunjukkan pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.

Landmark study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis suplemen.

Landmark study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007. Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
  3. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.

Set Kanser Shaklee Selamat dan Berkesan

Untuk kanser, sebanyak 12 suplemen Shaklee sesuai untuk diambil, mengikut keadaan pesakit. Sekiranya anda ingin membuat pencegahan kanser, pun boleh ambil.

1. Vivix

Vivix membantu merencat pertumbuhan sel kanser, memelihara sel yang normal dan mempercepatkan proses penyembuhan. Resveratrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.

Resveratrol telah digunakan semasa proses radiasi (radiasi adalah salah satu kaedah perubatan moden untuk membantu mengecutkan sel kanser). Hasilnya seperti berikut:

  • Resveratrol bertindak sebagai bahan yang sensitif kepada tumor, ia menjadikan sel yang malignan lebih sensitif terhadap terapi radiasi.
  • Resveratrol juga membuatkan tisu yang normal (tidak dijangkiti kanser) kurang sensitif terhadap radiasi. Ini membantu mengurangkan kesan sampingan radiasi pada tisu yang normal.
  • Resveratrol membantu meningkatkan kesan kemoterapi yang membuatkan kadar lebih tinggi untuk mematikan sel kanser. Penemuan ini dilaporkan pada Mac 2008 dalam jurnal Advances in Experimental Medicine and Biology.
  • Mengandungi asid ellagic yang dapat membantu semasa rawatan kemoterapi.

Terdapat beberapa kajian klinikal dilakukan berhubung kesan resveratrol ke atas kanser:

a. Kanser Peparu

Resveratrol daripada akar polyganum cuspidatum didapati menghalang pertumbuhan tumor dan metastasis ke atas paru-paru dan tumor neovascularization dalam “lewis lung carcinoma-bearing”.  Ini bermakna resveratrol dapat menghalang pertumbuhan sel tumor dengan ketara.

Vivix membantu memulihkan kanser paru-paru

Vivix terbukti membantu memulihkan kanser paru-paru

b. Kanser Prostat

Dalam kajian seperti dibawah, didapati resveratrol dapat menyekat perkembangan kanser prostat dengan ketara.

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser prostat

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser prostat

c. Kanser Kolon / Usus

Dalam kajian seperti berikut oleh Szende at el, Experimental and Molecular Medicine (2000), mendapati kesan resveratrol ke atas pembesaran sel kolon manusia karsinoma HT 29 yang sangat positif.

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser usus

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser usus

d. Kanser Payudara

Resveratrol mendorong merencatkan pertumbuhan dan apoptosis dalam sel-sel kanser payudara metastatik melalui isyarat de novo ceramide.

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser payudara

Vivix dengan resveratrol dan kesan ke atas kanser payudara

2. Nutriferon

Menggalakkan penghasilan interferon yang memperbaiki sistem imun bagi melawan punca kanser. Pesakit kanser mempunyai sistem imun yangn lemah. Walaupun mereka kuat, mereka tetap perlukan sistem imun yang lebih kuat untuk melawan sel kanser.

Terutama saat melalui rawatan kemoterapi, sel darah putih akan menurun dengan mendadak dan mereka mudah jatuh sakit seperti demam. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk sembuh.

Selain itu, Nutriferon melalui khasiat interferon dapat membantu pesakit kanser dari segi:

  • Interferon dapat memberhentikan penghasilan dan pengembangan kanser di dalam tubuh manusia di mana inteferon akan diaktifkan dalam badan apabila sel diserang oleh mikrob, virus, sel kanser, dll.
  • Interferon akan memberi signal kepada sel-sel bersebelahan dan akan mengaktifkan mekanisma-mekanisma sistem pertahanan badan yang lain.
  • Interferon akan mengaktifkan “soldier” pada sistem pertahanan badan untuk memusnahkan bendasing dalam badan
  • Interferon dapat melindungi tubuh manusia setiap hari dari serangan berjuta bendasing yang boleh mengakibatkan penyakit yang serius.

3. Performance Drink

Minuman ini membekalkan bekalan air mencukupi kepada pesakit dan mengelakkan dehidrasi akibat rawatan. Pesakit kanser yang menjalani kemoterapi akan mengalami muntah berterusan. Jadi, mereka amat memerlukan Performance Drink untuk mengelakkan mereka mengalami dehidrasi atau kehilangan bendalir yang banyak daripada badan.

4. Energizing Soy Protein

ESP diperlukan oleh pesakit kanser untuk membantu memastikan protein dan kalori yang mencukupi. Ini disebabkan pesakit kanser akan mengalami hilang selera makan terutama ketika menjalani rawatan kemoterapi. Dengan pengambilan ESP dapat membantu pesakit kanser mendapat nutrisi protein yang penting untuk pembinaan sel badan.

Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya dapat:

  • Mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser
  • Mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita.

Kajian menunjukkan bahawan genistein dan daidzen menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyedari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.

5. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex diperlukan untuk memastikan keadaan badan sentiasa berakali kerana sel kanser sangat suka dengan badan yang dalam keadaan berasid. Kanser tidak akan merebak pada badan yang beralkali. Pengambilan alfalfa dapat membantu menjadikan PH badan kepada alkali dan ini akan membantu melambatkan dan memberhentikan sel kanser merebak.

Penggunaan ubat semasa rawatan kemoterapi akan menyebabkan sistem imun menurun dan alfalfa berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan manusia.

6. Vitalea

Vitalea membekalkan kesemua vitamin dan mineral untuk memastikan kesihatan tubuh. Pesakit kanser akan mengalami kekurangan nutrisi kerana kurang selera makan sedangkan mereka sangat memerlukan badan yang sihat dan bertenaga untuk melawan penyakit.

Vitalea juga membantu melawan pengoksidaan yang berbahaya iaitu dua kali ganda Nilai Harian bagi vitamin C dan E, iaitu antioksidan yang kritikal untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat dari pengoksidaan yang berbahaya.

7. BComplex

Membantu penghasilan sel darah merah kerana sel darah merah turut menerima kesan akibat kemoterapi. Selain itu, BComplex juga baik untuk meredakan stress dan mengurangkan kesakitan. Stress dapat membiakkan lagi sel kanser.

8. Vitamin C

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan membantu merangsang sistem imun. Vitamin C hebat dalam membasmi sel kanser.

Dr. Gladys melaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, statistik menunjukkan pengambilan vitamin C secara konsisten dapat mencegah daripada kanser.

Vitamin C salah satu sumber yang ada antioksidan. Antioksidan bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser.

Pengambilan Vitamin C dapat merangsang pengeluaran sel darah putih dan sel yang dihasilkan akan mengandungi extra vitamin C dimana dapat mengelakkan berlakunya mutasi pada sel.  Pada kebiasaannya tanpa pengambilan vitamin C, sel amat mudah untuk mutasi dan ini akan berlakunya kanser.

9. Omega Guard

Membantu mengurangkan keradangan dan merangsang penghasilan eikasonoid baik yang boleh melawan perkembangan sel kanser. Kebiasaanya tumor adalah disebabkan oleh keradangan. Pengambilan Omega Guard dapat membantu mengurangkan keradangan (inflammation).

10. DTX Complex

Untuk membantu membuang kesan kemoterapi daripada hati. Kemoterapi menggunakan ubat yang sangat kuat. Ubat ini bagaimanapun tidak baik untuk hati. Jadi pengambilan DTX Complex membantu untuk proses detox hati akibat kesan ubat kemoterapi.

11. Carotomax

Merupakan vitamin A yang mengawal perkembangan sel sihat selepas kemoterapi. Suplemen ini sangat penting bagi pesakit kanser. Carotomax membantu mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko kanser dan penyakit arteri koronari.

Carotomax adalah salah satu sumber yang ada antioksidan yang mengandungi Carotenoids, Beta Carotene, Lycopene dll. Tisu membrane mukus memerlukan banyak carotenoids untuk memulihkan tisu-tisu yang rosak.

12. Peppermint Ginger Plus

Peppermint mengawal rasa loya yang sering dialami oleh pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Kesimpulan

Melalui perkongsian di atas, jelas sekali 7 Sebab Set Kanser Shaklee Pilihan Terbaik. Tidak perlu lagi cari yang lain ya, ini sebabnya Shaklee adalah penanda aras dunia suplemen. Cubalah beriktiar dan mencuba set Shaklee, cuma bagi saya seeloknya ambillah sebagai pencegahan. Mencegah lebih baik.

Set Kanser Shaklee ini hanyalah cadangan untuk memastikan keperluan zat makanan kepada pesakit kanser. Ia bukan bertujuan untuk menyembuhkan pesakit kanser. Berbincanglah dengan doktor yang merawat sebelum anda mengambil mana-mana suplemen. Namun saya boleh membantu anda membuat pilihan suplemen yang mungkin anda perlukan.

Sekiranya anda telah didiagnos menghidap kanser, jangan tinggalkan doktor anda. Kajian membuktikan perubatan moden dan pengambilan suplemen yang selamat dapat membantu meningkatkan peluang pesakit kanser untuk sembuh.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)