Call nowWhatsapp

Tips Cegah Strok Berulang

Jangan jemu pulak saya asyik cerita tentang strok. Strok adalah bidang baru yang saya sedang kaji dan belajar. Jadi saya kongsikan info yang saya dapat.

Jika anda telah mengalami strok, mencegah strok kedua adalah keutamaan. Menurut Pusat Strok Duke, Durham, NC, risiko strok adalah sepuluh kali ganda lebih tinggi pada seseorang yang telah mengalami strok pada masa lalu.

Pencegahan strok kedua adalah dengan mencegah perkara yang boleh menyebabkan strok. Anda mempunyai peranan yang penting dalam mencegah strok.

6 Tips Cegah Strok Daripada Berulang

1. Kawal Tekanan Darah dan Kolestrol

Tekanan darah tinggi mengenakan tekanan berterusan pada dinding arteri. Jika ia tidak dirawat, ia boleh merosakkan dan melemahkan arteri anda, menjadikan mereka lebih cenderung untuk menyumbat atau pecah dan menyebabkan strok. Tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi adalah antara faktor risiko penyumbang terbesar kepada strok.

Membuat perubahan gaya hidup yang mengurangkan risiko strok dapat membantu menguruskan tekanan darah anda. Anda juga perlu mengambil ubat tekanan darah setiap hari. Ini seterusnya dapat membantu anda mencegah strok daripada berulang.

2. Berhenti Merokok

Berhenti merokok rokok adalah satu langkah penting yang boleh diambil untuk mencegah strok berulang. Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok adalah sama dengan orang yang tidak merokok. Merokok merupakan antara 5 penyebab utama strok.

3. Kawal Diet Anda

Salah satu risiko strok adalah berat badan berlebihan atau obes. Apabila anda dapat berat badan yang ideal, sekaligus anda dapat mencegah strok daripada berulang.

Anda boleh memperbaiki diet anda seperti berikut:

  • Gantikan makanan tinggi lemak kepada rendah atau tanpa lemak
  • Elakkan pengambilan makanan diproses
  • Elakkan makanan atau minuman tinggi gula
  • Amalkan pengambilan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum air kosong yang sesuai.

Perubahan diet ini akan meningkatkan serat dalam tubuh anda, menurunkan paras kolestrol dan memberikan sumber antioksidan yang tinggi sekaligus dapat membantu mencegah strok daripada berulang.

6 Tips Cegah Strok Berulang

6 Tips Cegah Strok Berulang

4. Bersenam

Bukan sangat senaman yang teruk-teruk, cukup sekadar anda peruntukkan 20-30 minit setiap hari untuk senaman ringan. Contoh senaman adalah berjalan kaki antara 20 – 30 minit setiap hari.

5. Rehat dan Tidur Secukupnya

Salah satu punca penyakit adalah tekanan akibat tidak cukup rehat atau tidur tidak mencukupi. Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi. Seorang dewasa sepatutnya mendapat tidur minima 6 jam sehari (pada waktu malam). Apabila tidur tidak mencukupi, akan menjadi punca pelbagai lagi penyakit, bukan sahaja strok.

Rehat dapat membantu mencegah strok daripada berulang.

6. Pengambilan Nutrisi Untuk Mencegah Strok Berulang

Selain daripada di atas, pengambilan nutrisi daripada suplemen yang baik dapat membantu mencegah strok.

Semasa pemulihan strok, pemakanan yang betul adalah penting. Diet yang sihat boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, boleh membantu mencegah strok berulang, dan menyediakan badan anda dengan nutrisi yang diperlukan untuk pulih dengan sendirinya.

Suplemen yang penting untuk pemulihan strok dan mencegah strok berulang boleh diambil melalui makanan tambahan atau suplemen. Ada beberapa suplemen yang efektif dan penting untuk diambil oleh pesakit strok. Antaranya:

Kesimpulan

Untuk mencegah strok daripada berulang adalah satu proses yang sangat penting. Strok kedua akan menjadi dan meletakkan pesakit lebih teruk berbanding strok sebelumnya. Justeru mencegah adalah lebih baik. 6 tips untuk mencegah strok daripada berulang adalah:

  1. Kawal darah tinggi / kolestrol
  2. Berhenti merokok
  3. Kawal diet dan dapatkan berat badan ideal
  4. Bersenam
  5. Banyakkan rehat dan tidur mencukupi
  6. Suplemen Untuk cukupkan nutrisi

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)