Minyak ikan memang popular kan, terutama sebagai suplemen anak-anak. Saya kenal minyak ikan pun sebab saya carikan untuk anak-anak dulu (sekitar 5 tahun lalu). Macam-macam yang saya cuba, dari yang liquid hingga ke softgel. Mana yang susah diamalkan, mudah diamalkan dan macam-macam lagi.
Artikel kali ini saya ingin kongsikan kepada anda 5 tips mudah untuk anda membuat pilihan minyak ikan.
5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik
Tips 1:Â Ketulenan
Ketulenan bermaksud minyak ikan yang anda beli harus bebas daripada logam berat contohnya merkuri, arsenik, lead, dioksin dan furan. Kesemua logam berat ini boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berterusan.
Kaedah membuang kebanyakan logam berat adalah dengan cara penyulingan molekul secara berteknologi tinggi. Penyulingan pun ada macam-macam peringkat, jadi pilihlah yang paling tinggi supaya kebanyakan logam berat dapat dikeluarkan.
Tahukah anda, pada tahun 2010, sebuah kumpulan alam sekitar antarabangsa telah mendakwa beberapa pengeluar minyak ikan kerana mempunyai terlalu banyak PCB (sejenis logam berat) dalam produk mereka. Ini termasuk:
- GNC Liquid Norwegian Cod Liver Oil
- Nature Made Cod Liver Oil
- Nature Made Odorless Fish Oil
- Now Foods Double Strength Cod Liver Oil
- Now Foods Salmon Oil
- Now Foods Shark Liver Oil
- Solgar 100% Pure Norwegian Shark Liver Oil Complex
- Solgar Norwegian Cod Liver Oil
- Twinlab Emulsified Norwegian Cod Liver Oild
- Twinlab Norwegian Cod Liver Oil
Tips 2: Pilih produk yang telah diuji oleh pihak ketiga
Terdapat sebuah organisasi antarabangsa iaitu International Fish Oil Standards (IFOS) yang merupakan organisasi ujian pihak ketiga. Mereka menguji minyak ikan dan menerbitkan analisis terperinci keputusan di laman web mereka untuk rujukan orang ramai. Jadi anda boleh memilih minyak ikan yang tersenarai dalam IFOS dengan senang hati, tanpa was-was.
Tips 3: Pilih produk minyak ikan yang mempunyai gred farmasutikal yang tinggi
Untuk mendapatkan dan menghasilkan minyak ikan dengan gred farmasutikal tahap tertertinggi, produk minyak ikan memerlukan melalui proses penyulingan dan penulenan yang berulang kali. Ini menjadikan minyak ikan yang lebih kuat, lebih tulin dan lebih mahal.
Namun inilah cara yang mudah untuk anda memastikan anda mendapat makanan tambahan minyak ikan paling tulen dan terbaik. Lagipun minyak ikan omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Jadi anda masih perlu dapatkan daripada pemakanan dan suplemen.
Tips 4: Pilih minyak ikan yang diperbuat daripada ikan kecil
Tengok senarai di atas, kebanyakannya menyatakan Cod Liver Oil dan Shark Liver Oil. Jadi apa risikonya?
Jerung merupakan haiwan pemangsa, setiap kali mereka makan ikan lain atau anjing laut, paras merkuri akan bertambah dalam hati mereka. Semakin tinggi hirarki ikan dalam rantaian makanan, semakin banyak merkuri dalam hati mereka.
Minyak ikan kod adalah jauh lebih baik daripada ikan yu, tetapi ikan kod juga termasuk sebagai ikan besar dan hidup lebih lama. Ini memberikan mereka masa dan peluang untuk menyerap toksin yang banyak dalam laut.
Ini berbeza jika minyak ikan daripada ikan kecil seperti ikan bilis, polluck, ikan kembung dan sardin. Ini kerana mereka tidak hidup lama dan peluang toksin menyerap ke dalam badan mereka adalah berisiko rendah.
Tips 5: Pilih minyak ikan dengan paras omega 3 yang tinggi
Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?
Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya, kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja. Yang paling tinggi saya lihat (kecuali Shaklee) adalah jenama Kordel iaitu 200mg asid lemak omega 3, bagi setiap 1000mg minyak ikan. Lihat perbandingan di bawah:
Omega Guard Pilihan Saya
Daripada banyak-banyak minyak ikan di pasaran, akhirnya saya settle down dengan Omega Guard. Ia telah menjadi teman setia anak-anak saya terutamanya, saya pun ambil juga semasa mengandung dan menyusu. Antara kelebihan Omega Guard adalah:
1. Penyulingan berperingkat menjamin keselamatan dan kualiti minyak ikan
Omega Guard melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul berperingkat yang mana membantu memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terkawal. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega 3 yang asli dan:
- Membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCB, dan lain-lain bahan pencemaran.
- Mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans.
- Mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan
Tips 1 dan 3 cek!
2. Kandungan Omega 3 Yang Lengkap
Bagi setiap 1 biji softgel Omega Guard, ia menyediakan ratio EPA, DHA dan asid lemak omega 3 yang tinggi dan sesuai. OmegaGuard Shaklee lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh badan termasuklah DHA dan EPA.
Tips 1Â cek!
3. Menggunakan ikan kecil yang lebih selamat
Omega Guard menggunakan ramuan daripada ikan-ikan kecil contohnya ikan sardin, mackerel, herring dan ikan bilis. Ini menjadikannya mempunyai kurang risiko mengandungi bahan logam berat dan sebaliknya masih mempunyai kebaikan minyak ikan yang banyak.
Tips 4 cek!
4. Kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi
Mengikut kajian yang telah dibuat, Omega Guard Shaklee mempunyai kandungan DHA & EPA yang lebih tinggi berbanding jenama lain di pasaran.
Anda boleh merujuk carta di bawah untuk melihat sendiri perbezaan kandungan antara Omega Shaklee dengan jenama lain.
Tips 5 cek!
5. Ketulenan dan Gred Farmasi
Omega Guard daripada Shaklee dijamin ketulenannya dan bergred farmasi tertinggi.
Tips 2 cek!
Jadi sekarang anda sudah tahu dan faham bagaimana hendak pilih minyak ikan terbaik anda, saya settle down dengan Omega Guard shaklee, anda bagaimana?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
checklist utk memilih minyak ikan…bgusni.. 🙂
untuk perkongsian semua
April ini Omega ada special rate kan Hana
Hana pun ada juga tak?
Kakzakie Purvit recently posted…Puasa dan panas tidak ada kaitan
ada kakzakie. mehla wasap saya 0122195919. bulan ni special rate omega
Baru teringat nak beli minyak ikan untuk anak..shaklee ada jenis macamana ya?
bp recently posted…cerita balik | storyteller
Omega guard shaklee dalam bentuk softgel. boleh diambil seawal budak berumur 1 tahun atau selepas dia pandai kunyah. Lepas umur 7tahun biasanya budak dah pandai telan.
Terima kasih atas info yang berguna ini. Boleh lah tengok2 minyak ikan terbaik untuk anak
silakan kak DM. kita berikan yang terbaik untuk anak2
saya juga memilih omega guard
fidah shah recently posted…Antara Salad Dan Pecal
samalah kita puan
nice sharing kak… info yg padat… ◕‿◕
Husna Rahman recently posted…INSIDEN 14/4/2016 :: KERANA ALLAH SAYANGKAN AKU
thanks husna
Terima kasih atas perkongsian kak. Masa kecik dulu mak ada bagi. 🙂
BOLEH PILIH MINYAK IKAN SHAKLEE NI UTK MEMBINA KSHTAN TERBAIK…
boleh share dengan kawan2 info ni kak PI
Menarikk…sy slalu ambil sea7 hehe
Shiqin Sunshine recently posted…Jutawan Muda Safiey Ilias Sebenarnya Lelaki?
boleh semak balik fish oil kita cik
sebelum tidur, saya bagi 1 sudu minyak ikan untuk anak 🙂
Ikhwan recently posted…Beli 8 Hartanah Dengan Kerja Minyak Dan Gas
bagus ayah ambil berat cam encik ni.
minyak ikan yang terbaik akan menghasilkan hasil yang terbaik juga…harga bukan menjadi soal kerana yang penting khasiat lebih di utamakan
Hanafi recently posted…Kupasan Ringkas Buku Rahsia Kerjaya
khasiat dan keselamatan produk perlu diutamakan ya betul tu
pernah amik sekali tapi rasa macam tak sesuai lagi dengan badan ni..
Datin Tyka recently posted…Terlalu Sibuk
kadangkala healing crisis selalu disalah ertikan dengan ketidakserasian. kurang minum air juga jadi masalah juga sebenarnya jadi kurang dapat kesan
Bagus info tu.. baru tahu yg ikan besar lagi byk toksik dari ikan kecil…
lepas nie kena beli ikan2 yg kecik2 di pasar….
Hairul Hissam recently posted…Kuiz Komen & Menang Stand Mixer Heavy Duty. Terharu Pulak Baca Komen Peserta Kuiz Nieee
semoga bermanfaat untuk semua
Bagus perkongsian ni. Celik ilmu saya jadinya tentang minyak ikan. Saya pun tengah mencari-cari yang sesuai untuk anak-anak.
Mummydearie recently posted…JJCM : Restoran Bawang Kecik @ AU2
semoga mempermudahkan urusan MD
shaklee ada vit c ke Raihanah
kakyon recently posted…Seronoknya Melancong ke Italy part 2
Ada kakyon, dah wasap kan. 🙂
Kenapa dekat botol omega guard saya beli Epa-182mg dan Dha-120mg??xsama pon dgn gambaran di atas..
yang epa 182mg dan dha 120mg adalah utk sebiji omega guard. dalam jadual pula adalah untuk 3 biji (1 serving)
Saya pernah makan masa pregnant brand pristin.. tapi rasa penat sangat walau x buat apa pun masa bangun pagi ja dah tak larat. Orang anemia memang x sesuai sebab fish oil makin mencairkan darah.. lagi2 utk yang bakal bersalin kerana pendarahan akan lebih teruk.
Btw. Saya sedang tengok2 ESP dan Vit C.
Ye lah umur makin banyak. Kena lah jaga kulit
Boleh tengok2, if ada apa2 nak tanya boleh hubungi saya. 0122195919