Call nowWhatsapp

Hampir sebulan lalu ada wartawan daripada Sinar Harian yang datang ke mini spa kami untuk menemubual kami sebagai usahawan spa. Rupanya ada kolum dalam Sinar Harian setiap 2 minggu yang mengetengahkan usahawan kecil seperti kami.

Salah satu soalan wartawan tersebut adalah apakah terdapat dalam perancangan kami untuk mengeluarkan produk sendiri seperti lambakan produk kesihatan dan kecantikan sekarang ini?

Produk Sendiri atau OEM

Memang saya akui banyak di pasaran tempatan terdapat produk kesihatan dan kecantikan. Dari organik hingga ke biasa-biasa sahaja, semuanya. Dari minyak urat hingga krim pemutih atau ubat kurus, semuanya ada. Pendek kata, sebut sahaja, pasti ada jenama sekian-sekian.

Dulu masa saya berusia sangat muda, memang saya fikirkan ramai betul saintis Malaysia sehingga banyak sekali produk yang dikeluarkan. Yelah, sebab saya belajar sains di sekolah menengah, saya tahu bukan mudah hendak dikeluarkan produk seumpama ini.

Bila sudah beberapa tahun bekerja, barulah saya tahu tentang produk OEM.

Apakah OEM

OEM adalah bermaksud original equipment manufacture. Produk OEM contohnya anda hendak mengeluarkan produk kurus, anda boleh ke kilang dan meminta mereka mengeluarkan produk anda atas nama jenama anda sendiri. Anda tidak perlukan kilang anda sendiri.

Banyak jenama kosmetik dan kesihatan menggunakan kaedah OEM, malah air mineral pun dikeluarkan secara OEM.

Dengan OEM anda tidak perlu memiliki kilang anda sendiri

Dengan OEM anda tidak perlu memiliki kilang anda sendiri

Katalah organik atau apa saja, anda boleh pilih ramuan untuk dijadikan produk anda.

Saya keluarkan produk sendiri?

Terus terang saya cakap, saya belum bersedia untuk mengeluarkan produk sendiri. Mungkin tidak sama sekali, tiada dalam rancangan saya setakat ini.

Antara sebabnya adalah

Pelaburan yang besar

Tidak mampu melaburkan Jutaan ringgit untuk ujikaji, penyelidikan dan pembangunan produk. Shaklee melaburkan jutaan dollar untuk memastikan produk yang dikeluarkan selamat dan berkesan. Bukan tangkap muat asal boleh jual. Bukan asal berkesan tapi tidak selamat.

Kajian dijalankan oleh Shaklee

Kajian dijalankan oleh Shaklee

Kepentingan ujian klinikal

Saya tidak mampu menggaji ramai saintis atau memiliki makmal sendiri. Shaklee ada saintis sendiri. Mereka lakukan ujian klinikal setiap tahun beratus-ratus ujian. Salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo).

Ujian klinikal Shaklee dijalankan ke atas manusia

Ujian klinikal Shaklee dijalankan ke atas manusia

Biasanya kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian.

Kajian Shaklee diterbitkan dalam lebih daripada 100 penerbitan saintifik

Kajian Shaklee diterbitkan dalam lebih daripada 100 penerbitan saintifik

Malah Shaklee turut memiliki kajian jangkamasa panjang yang membuktikan kesihatan seseorang di tahap yang terbaik selepas berpuluh tahun mengambil Shaklee.

Realitinya, kebanyakkan syarikat tiada kajian klinikal kerana biaya yang besar tetapi mereka hanya fokus pada mempromosikan produk.

Sebab itulah Shaklee sentiasa menjadi pilihan saya sekeluarga, untuk kesihatan mereka yang saya sayangi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)