Alhamdulillah hari ini sudah hari ketiga kita berpuasa. Sehari pertama itu memang menguji juga dengan susu drop, ingatkan sebab apa. Mungkin sebab badan hendak menyesuaikan diri agaknya. Hari kedua alhamdulillah susu kembali seperti biasa. Jadi bagi ibu menyusu, insyaAllah tiada masalah hendak berpuasa dan pada masa yang sama menyusukan anak.
Part dahaga keterlaluan itu kenalah managekan.
3 Hari pertama Anak Berpuasa
Tahun ini kali kedua anak sulung saya, Hakim berpuasa. Masa dia berumur 6 tahun saya tidaklah latih sangat pun. Ada hari dia puasa, itupun tak pernah penuh pun. Ada hari dia tertinggal sahur, so tak puasalah. Jadi yang betul-betulnya tahun lepas. Itupun banyak hari juga ponteng sebab tak tahan. Baru darjah 1, kita baru nak latih dia kan, jadi saya fleksibel lagilah.
Tahun ini pun baru darjah 2. Mudah-mudahan Hakim lagi kuat untuk berpuasa. Setakat 3 hari pertama ini, nampak Hakim kuat sikit dan lebih bertenaga. Hari pertama itulah lembik sikit, sampai 5x telefon saya di pejabat minta nak berbuka. Saya cuba sabarkan dulu, mujur juga sepupunya dari Putrajaya nak singgah berbuka di rumah. Jadi ada semangat sikitlah Hakim berpuasa.
Hari kedua tiada lagi panggilan telefon. Mungkin sepupu masih ada di rumah. Nampak dia masih cergas. Jam 6petang ajak main basikal di luar.
Hari ini hari ketiga. So far pun tiada panggilan telefon minta berbuka, mudah-mudahan kuatlah Hakim hari ini memandangkan sepupunya sudah pulang ke rumah masing-masing.
Tips Ajar Anak-anak berpuasa
Saya bukanlah pandai sangat pun sampai hendak bagi tips best-best sangat, cuma saya bagi ini ikut pengalaman saya dan apa yang saya praktikkan sahaja.
1. Maklumkan tentang kedatangan Ramadhan dan ibadah berpuasa
Sebelum datangnya Ramadhan saya telah alert anak berkenaan puasa. Jadi kita sediakan mindanya tentang berpuasa. Beritahulah sekali fadhilat berpuasa dan kewajipan berpuasa. Ada juga dia tanya kalau dia tidak berpuasa, berdosa ke?
Saya jawab belum berdosa masa umur 8 tahun, tetapi bila dah baligh nanti tentulah berdosa. Jadi masa ini kenalah berlatih berpuasa supaya biasa nanti.
2. Sediakan makanan sahur yang sesuai
Alhamdulillah saya sudah tahu serba sedikit cara menyediakan makanan sihat yang boleh memberikan tenaga, kenyang lebih lama dan tidak memudaratkan badan. Jadi bolehlah sediakan untuk anak sekali. Makanan sahur kami sekeluarga ini memang nasi. Saya memang diajar macam ini sejak kecil lagi. Suami pun makan nasi.
Jadi mahu tidak mahu makanlah juga kan. Lauk pula pastikan jangan berminyak sangat. KAedah masakan sesuai seperti stim, rebus, bakar ok sangat sebenarnya. Sayur-sayuran pula keluarga saya sukakan salad saja akhir-akhir ini. Mudah saja, campur-campur dan tambah seasoning yang sihat.
Masa sahur juga pastikan ada buah-buahan yang banyak air buat tambah selera. Biasa kami mesti ada tembikai. Juga saya minta Hakim ambil beberapa biji tamar untuk diamalkan selepas makan nasi.
Alhamdulillah Hakim makan seperti biasa, banyak juga. Cuma tidak menambahla.
3. Minum air mencukupi
Untuk waktu sahur, saya memang minta Hakim minum 3 jenis air. Antaranya
- Nestum Coklat: ini pilihan Hakim, dia mahu sesuatu hangat. Saya tambahkan 1 sudu Mealshake bersama campuran ini.
- Performance Drink: ini saya sediakan 1 gelas untuk Hakim. Tujuannya untuk beri tenaga, elak dehidrasi dan kekalkan keseimbangan badan.
- Air kosong: saya minta Hakim pastikan dia minum air kosong juga.
Alhamdulillah dengan cara ini membantu Hakim menjalani ibadah puasa dengan baik.
4. Ambil suplemen
Suplemen pun mesti ambil juga walaupun berpuasa. Hakim masih teruskan pengambilan suplemennya, contohnya Vitalea FC, Vita C Chewable, Nutriferon, Omega Guard dan Lecithin.
Pengambilan suplemen adalah untuk menampung kekurangan nutrisi dan meningkatkan sistem imun badan.
5. Berbuka dan Moreh
Untuk berbuka saya tidak tegas sangat, saya biarkan saja Hakim hendak makan apa dan minum apa. Yang penting saya katakan mesti minum air kosong antara selepas berbuka hingga sebelum tidur.
Waktu moreh pula saya galakkan Hakim makan sedikit, mungkin kuih lebihan dari berbuka tadi atau saya sediakan sedikit buah potong.
Kesimpulan
Bukan mudah sebenarnya hendak latih anak berpuasa. Kita bermain dengan emosi ya jugak, kesian anak puasa atau biar anak belajar berpuasa. Cuma kena selalu perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak. Kalau ada, wajib berbuka dah tu.
Bila guna suplemen Shaklee terutama Set Puasa, saya rasa lega juga sebab sudah ikhtiarkan untuk membantu anak berpuasa. Harap-harap boleh bertahan hingga penghujung Ramadhan nanti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Gombak
Alhamdulillah, anak-anak ni kalau diajar dari seawal umur 7 tahun ok kot, bagi pendapat MV la. Tak tekankan sangat bab puasa ni cuma didik mereka tentang kenapa berpuasa bagi depa faham dulu
Noriza Rahman recently posted…Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa
betul tu MV. bawah 7 tahun macam kecik sangat lagi
Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-4 berpuasa..selamat berpuasa utk kak raihanah.. tips yang baik untuk pemakanan ketika bersahur.
ema recently posted…Percutian Ke Krabi Melalui Sungai Golok
Eh silap..hari ke-5..hehehe
ema recently posted…Percutian Ke Krabi Melalui Sungai Golok
hihi
selamat berpuasa ema
Selamat meneruskan ibadah puasa!
selamat berpuasa sis
Alhamdulillah… hari ni dah masuk hari ke 5 berpuasa… kejap je masa berlalu… 🙂
Khir Khalid recently posted…Panorama Malam Laman Diraja Pontian
kan, ini dah minggu kedua
Di hari-hari pertama puasa memang terasa berat. tapi kalau itu dijalani dengan ikhlas dan gembira, pastilah akan terasa ringan. Selamat menjalankan ibadah puasa.
Sutanto prabowo recently posted…Pengalaman bersama autodesk menjelajah dunia 3 D
selamat berpuasa encik
sekejap betul masa berlalu kan? dah dekat seminggu kita berpuasa..
anuar recently posted…Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
alhamdulillah dah 8 hari
Perkongsian yang menarikkk
Afif Rayyan recently posted…Maksud Di Sebalik Gred Jawatan Kerajaan
thanks encik
Ada terbaca di media sosial anak meninggal dunia disebabkan hidrasi semasa berpuasa. Minta untuk minum air ibu tidak benarkan dan minta menunggu anaknya tunggu sehingga waktu berbuka.
akubiomed recently posted…D-Link DWR-730 HSPA+ Mobile Router
pernah baca juga, kena perhatikan anak2 selalu. amalkan performance drink pun bagus juga utk keseimbangan bendalir badan dan elakkan hidrasi
diam x diam da nk 9 ramadan…cpt nyer ms berlalu
anies recently posted…Dusun Ramadan
anak saya masih belum faham tentang puasa atau banyak perkara. Almaklum anak saya delay.. so masih belum sesuai nak di ajar puasa. Nak2 lagi dia jenis tak ambil makanan berat. Masih minum susu..
lekatlekit recently posted…SESUATU TENTANG ‘THE ROCK’ YANG ANDA TIDAK TAHU
kena flexible juga kan, ibu yang faham pasal anak2 ni.
Macam macam ragam kan Raihanah kalau cite pasal anak nak start berpuasa ni haha…..
Mak punya tugas layan ajelah permintaan buka dia nanti ek
okje recently posted…Dayang Senandung
huhu camtulah mak kan, saya layan je apa dia nak bila berbuka
Seronok tengok budak2 berpuasa. Lagi2 yg masih tahan sampai waktu berbuka walaupun kelihatan letih. Huhu
terimbau kenangan dulu
selamat berpuasa sis, minum susu dengan kurma adalah sedap sangat!!!!
ajumohit recently posted…Welcome home Savvy
kan, saya baru order farm fresh milk yang ada kurma tu
anak-anak saya juga sudah mula belajar berpuasa..
cuma goadaanya bila melihat adik bongsu makan/minum.. pasti ada yg request nak buka puasa..
Mus recently posted…Juadah Nasi Kukus Sedap Di Raja Nasi Kukus (RNK), Kota Kinabalu
alhamdulillah anak yg sulung tak tergoda dah dengan adik2nya makan/minum. budak baru belajar puasa kita kena fleksibel sikit kan