Call nowWhatsapp

Masa awal-awal penyertaan saya dengan Shaklee, saya teragak-agak juga hendak mempromosi Shaklee bagi tujuan penyakit kanser. Ini disebabkan saya tidak mahu dicop sebagai mengambil kesempatan di atas kesusahan orang. Pesakit kanser biasanya agak sensitif dan tidak tahu mana satu hendak dicuba dahulu. Sebab itu awal-awal dahulu saya jarang pos berkenaan kanser.

Tapi kini saya terpanggil untuk membantu. 2 orang ahli keluarga saya disahkan kanser sebelum ini. Alhamdulillah mereka selamat, kini sihat. Apa yang mereka lalui memberikan saya semangat untuk berkongsi kebaikan dan sejauh mana Shaklee dapat membantu pesakit kanser.

2 orang ahli keluarga saya kini sihat walaupun pernah disahkan menghidap kanser. Seorang dari mereka kanser peparu masa itu tahap 3. Seorang lagi kanser payudara dengan tahap 0. Alhamdulillah kedua-duanya kini sihat. Mereka cuma mengikut nasihat doktor (perancangan doktor) dan pengambilan suplemen.

Kombinasi perubatan moden dan pengambilan suplemen membantu pesakit kanser

Ya, kombinasi perubatan moden dan pengambilan suplemen sebenarnya sangat membantu pesakit kanser untuk survive, dengan izin Allah jua. Suplemen bagaimanapun, bukan semua sesuai untuk pesakit kanser. Terdapat lambakan produk makanan kesihatan yang mendakwa ia sesuai dan mampu mengubati kanser tetapi awas kerana kebanyakannya tiada kajian klinikal.

Apakah kajian klinikal dan kajian makmal

Secara ringkasnya kajian makmal kebiasaannya adalah pra kajian klinikal. Ujiannya meliputi kajian keselamatan ramuan, keselamatan produk dan keberkesanan produk. Segala kajian yang lulus dan positif di peringkat kajian makmal (atau disebut sebagai in vitro) tidak semestinya sesuai diamalkan oleh manusia.

Kajian pada tahun 2008 mendapati resveratrol mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser

Kajian pada tahun 2008 mendapati resveratrol mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser

Kajian klinikal pula dilakukan ke atas manusia, selepas lulus di peringkat kajian makmal. Kajian klinikal pula ada banyak level, bukan mudah hendak lepas setiap level. Ini merupakan pembuktian secara saintifik. Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan kaedah kajian klinikal boleh merujuk kepada artikel Dr Ibnu Sina.

Anda boleh juga baca siaran media daripada KKM berhubung isu yang sama ke atas beberapa suplemen untuk denggi. Secara umumnya, siaran media ini menyatakan perkara yang sama. Ada kes di mana pesakit kanser mengambil suplemen B** yang dikatakan boleh merawat kanser. Akhirnya beliau kembali kepada hospital dalam keadaan separuh sedar. Barulah tahu rupanya suplemen tersebut masih di peringkat kajian makmal.

 

 

Untuk pengetahuan, produk Shaklee mempunyai kajian saintifik seperti berikut

  • Kajian klinikal ke atas setiap bahan dan produk yang dikeluarkan
  • Landmark study ke atas produknya tentang bagaimana produk Shaklee selamat diambil untuk jangkamasa panjang dan bagaimana Shaklee membantu memanjangkan hayat
  • Semua hasil kajian Shaklee diterbitkan untuk semakan awam supaya boleh dirujuk dan boleh disemak oleh sesiapa pun
  • Shaklee melaburkan puluhan juta USD dalam aspek kajian dan RnD ini. Satu nilai yang sangat besar.

Syarikat Lain Pun Ada Buat kajian Klinikal

Ya, memang ada syarikat MLM lain yang mempunyai kajian klinikal. Tapi apa yang membezakan syarikat lain dengan Shaklee?

1. Keterbukaan hasil kajian (adakah ia mudah diakses oleh pihak ketiga)

Semua hasil kajian Shaklee diterbitkan untuk semakan awam supaya boleh dirujuk dan boleh disemak oleh sesiapa pun. Ada syarikat yang membuat kajian, tapi ia dibuat secara dalaman dan tidak terbuka untuk disemak oleh pihak ketiga.

2. Kaedah atau prosedur yang dilakukan

Ada syarikat membuat kajian klinikal tapi ramai pihak mempersoalkan prosedur yang digunakan. Anda boleh semak dalam posting Dr Ibnu Sina. Kebiasannya bagi pakar atau saintis memang mudah membuat semakan di atas ilmu mereka.

3. Memiliki landmark study

Adakah syarikat tersebut juga membuat landmark study ke atas produk mereka? Shaklee mempunyai landmark study, bukan satu malah dua!

Jadi walaupun ada syarikat yang membuat kajian klinikal, namun anda harus meneliti lagi kesemua aspek di atas. Shaklee memiliki semua aspek di atas, anda tidak perlu cari lain lagi sebenarnya kerana anda sedang memilih produk berkualiti terbaik di dunia.

12 Produk Shaklee Selamat Untuk Pesakit Kanser

Untuk kanser, terdapat beberapa produk yang selamat untuk diambil oleh pesakit kanser. Sebelum saya buat perkongsian berkenaan Shaklee untuk pesakit kanser, saya turut sama membaca buku dan kajian mengenai pemakanan dan kanser. Ini membawa kepada penemuan jurnal yang saya kira penting berkenaan penemuan resveratrol oleh para saintis beberapa tahun lalu yang berkesan untuk mengawal kanser.

Walaupun kemoterapi masih berkesan untuk merawat kanser, namun nutrisi semulajadi masih diperlukan untuk menjaga sel sihat untuk berfungsi dengan baik apabila sel sihat ini berkeupayaan dirosakkan oleh sel kanser.

Profesor Steve Chaney telah mengetuai kajian ke atas kanser selama 30 tahun. Anda boleh membaca profil Profesor Steve dan menilai beliau. Yang pasti, bukan sijil palsu ya. Semuanya original.

Beliau telah menyediakan kombinasi produk yang dapat membantu melengkapkan keperluan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh pesakit kanser di semua peringkat.

Baik yang sedang menjalani rawatan mahupun yang sudah tamat rawatan, kesemuanya sesuai untuk pesakit kanser.

1. Vivix

Vivix membantu merencat pertumbuhan sel kanser, memelihara sel yang normal dan mempercepatkan proses penyembuhan. Resveratrol dalam Vivix telah terbukti dalam banyak kajian saintifik mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.

2. Nutriferon

Menggalakkan penghasilan interferon yang memperbaiki sistem imun bagi melawan punca kanser. Pesakit kanser mempunyai sistem imun yangn lemah. Walaupun mereka kuat, mereka tetap perlukan sistem imun yang lebih kuat untuk melawan sel kanser.

Terutama saat melalui rawatan kemoterapi, sel darah putih akan menurun dengan mendadak dan mereka mudah jatuh sakit seperti demam. Ini akan menyebabkan mereka sukar untuk sembuh.

3. Performance Drink

Minuman ini membekalkan bekalan air mencukupi kepada pesakit dan mengelakkan dehidrasi akibat rawatan. Pesakit kanser yang menjalani kemoterapi akan mengalami muntah berterusan. Jadi, mereka amat memerlukan Performance Drink untuk mengelakkan mereka mengalami dehidrasi atau kehilangan bendalir yang banyak daripada badan.

4. Energizing Soy Protein

ESP diperlukan oleh pesakit kanser untuk membantu memastikan protein dan kalori yang mencukupi. Ini disebabkan pesakit kanser akan mengalami hilang selera makan terutama ketika menjalani rawatan kemoterapi. Dengan pengambilan ESP dapat membantu pesakit kanser mendapat nutrisi protein yang penting untuk pembinaan sel badan.

5. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex diperlukan untuk memastikan keadaan badan sentiasa berakali kerana sel kanser sangat suka dengan badan yang dalam keadaan berasid.

6. Vitalea

Vitalea membekalkan kesemua vitamin dan mineral untuk memastikan kesihatan tubuh. Pesakit kanser akan mengalami kekurangan nutrisi kerana kurang selera makan sedangkan mereka sangat memerlukan badan yang sihat dan bertenaga untuk melawan penyakit.

7. BComplex

Membantu penghasilan sel darah merah kerana sel darah merah turut menerima kesan akibat kemoterapi. Selain itu, BComplex juga baik untuk meredakan stress dan mengurangkan kesakitan. Stress dapat membiakkan lagi sel kanser.

8. Vitamin C

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan membantu merangsang sistem imun. Vitamin C hebat dalam membasmi sel kanser.

9. Omega Guard

Membantu mengurangkan keradangan dan merangsang penghasilan eikasonoid baik yang boleh melawan perkembangan sel kanser. Kebiasaanya tumor adalah disebabkan oleh keradangan. Pengambilan Omega Guard dapat membantu mengurangkan keradangan (inflammation).

10. DTX Complex

Untuk membantu membuang kesan kemoterapi daripada hati. Kemoterapi menggunakan ubat yang sangat kuat. Ubat ini bagaimanapun tidak baik untuk hati. Jadi pengambilan DTX Complex membantu untuk proses detox hati akibat kesan ubat kemoterapi.

11. Carotomax

Merupakan vitamin A yang mengawal perkembangan sel sihat selepas kemoterapi. Suplemen ini sangat penting bagi pesakit kanser.

12. Peppermint Ginger Plus

Peppermint mengawal rasa loya yang sering dialami oleh pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Kesimpulan

Set ini hanyalah cadangan untuk memastikan keperluan zat makanan kepada pesakit kanser. Ia bukan bertujuan untuk menyembuhkan pesakit kanser. Berbincanglah dengan doktor yang merawat sebelum anda mengambil mana-mana suplemen. Namun saya boleh membantu anda membuat pilihan suplemen yang mungkin anda perlukan.

Dengan set ini kita berharap memberikan harapan baru kepada pesakit kanser untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti. Dalam Islam menyebut, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Adakah kita telah berusaha mencarinya?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)