Ada blogger minta saya berikan tips bagaimana mengetahui kita menghidap sakit buah pinggang. Ya, badan kita akan berikan petanda jika ia dalam keadaan tidak sihat. Tanda-tanda ini jika kita alert lebih awal, boleh mengelakkan daripada menjadi kronik.
Tahukah anda, bilangan pesakit dialisis menunjukkan peningkatan mendadak daripada 13,000 pada tahun 2005 kepada 35,000 pada tahun 2014. Jangan kita dan orang tersayang masuk dalam golongan ini ya. Pencegahan dapat mengelakkan penyakit.
Sebelum itu, mari kita kenali dulu buah pinggang kita ni.
Fakta Tentang Buah Pinggang
Buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang. Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.
Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis semasa darah melalui buah pinggang.
Fungsi Utama Buah Pinggang
- Untuk menyingkir sisa buangan:Â Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin”.
- Untuk mengawal jumlah cecair:Â Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.
- Untuk mengawal tekanan darah:Â Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.
- Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah:Â Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.
- Agar tulang kekal sihat:Â Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah dimana melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.
Apakah berlaku jika buah pinggang gagal berfungsi? Apabila buah pinggang anda secara beransur-ansur kehilangan fungsinya, perkara berikut akan berlaku:
- Buah pinggang tidak menapis darah anda dengan baik
- Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik (inilah penyebab kaki bengkak)
- Ia boleh memberi kesan kepada tekanan darah anda
- Ia boleh menyebabkan anemia dan penyakit tulang
10 Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang
- Kejang Otot:Â Ini kadang-kadang boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
- Gatal-gatal:Â Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
- Rasa Tidak Sihat:Â Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh berasa tidak sihat. Anda boleh merasa mengantuk, keliru dan loya.
- Sesak nafas:Â Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan anda. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru anda, anda akan berasa sesak nafas.
- Perubahan dalam pengeluaran air kencing:Â Anda mungkin perasan bahawa air kencing adalah berbuih, darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.
- Perubahan kepada deria rasa:Â Sisa yang membina di dalam badan anda boleh menyumbang kepada rasa yang teruk di dalam mulut anda, kehilangan selera makan dan loya.
- Rasa letih dan pucat: Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan anda sentiasa berasa letih dan kurang bertenaga.
- Bengkak pada anggota badan:Â Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, yang kemudiannya terperangkap dalam badan.
- Berasa sejuk:Â Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
- Sakit di belakang atau bawah badan: Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
Jenis-jenis penyakit Buah Pinggang
Secara umumnya penyakit buah pinggang terbahagi kepada dua:
1. Penyakit Renal Akut (ARD)
Kehilangan fungsi buah pinggang secara tiba-tiba adalah disebabkan oleh penyakit, kecederaan atau toksin. Banyak kes-kes ARD boleh dirawat dan kembali kepada normal.
2. Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)
CKD adalah bentuk biasa kegagalan buah pinggang. Ini adalah apabila buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan fungsi dan ini berlaku selama bertahun-tahun. Terdapat kerosakan yang kekal dan tidak boleh diubah, kerana struktur buah pinggang utama telah rosak. Antara punca-punca kegagalan buah pinggang kronik adalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi yang tidak dirawat, radang, keturunan, jangkitan kronik dan penyumbatan buah pinggang.
Penyakit buah pinggang kronik ditakrifkan sebagai sama ada kerosakan buah pinggang atau GFR < 60 mL/min/1.73 m2 for ≥ 3 bulan. Kerosakan buah pinggang ditakrifkan sebagai keabnormalan patologis atau penanda kerosakan, termasuk keabnormalan dalam darah atau ujian air kencing atau kajian pengimejan (Sumber : Panduan NKF KDOQI).
InsyaAllah dalam posting akan datang saya berikan tips bagaimana menjaga kesihatan buah pinggang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Penting sangat buah pinggang yang sihat kan.. takut bila baca simptom2 tu.. ada 2 jenis gak penyakit buah pinggang ni ye.. moga kita dijauhkan..
atie3101 recently posted…Graduation Day Abang Pae
lepas mertua ciknaa sakit buah pinggang, baru rasa sedar. bila sihat kita tak sedar pun macamana nak jaga buah pinggang kan.. tQ share info ni dear..
saya buat shaklee ni ramai yang saya jumpa yg sakit. mmg insaf setiap kali
Tulisan puan dikira lengkap. Elok ramai yg baca,
Saya ada entry baru, jengoklah:
insyaAllah baik cik, thanks singgah sini
nice sharing
Muhammad Khairuddin Lim recently posted…Wajah-Wajah Gunung Chondong, Perak.
thanks singgah
thanks sharing, gerun baca tanda2 penyakit tu…
ujie recently posted…MIRI | Hari Terakhir : Ronda-Ronda Sekitar Miri…Lagi!
sama2 puan
Thanks for sharing this article.
Kebetulan saya memang sedang mencari artikel tentang penyakit ini.
Salam kenal. 😀
salam kenal cik
seram plak baca pasal tanda tanda kena sakit buah pinggang ni
Uncle Zuan recently posted…6 Tarikkan Menarik Di The Shore Melaka
setiap tahun semakin bertambah pesakit buah pinggang, jadi memang kena jaga2
Setakat ini saya belum ada tanda tanda seperti yang dinyatakan..
Minta dijauhkan
Hero Borneo recently posted…Blog Niche Takaful Bakal Dilancarkan
alhamdulillah cik
info menarik utk menerangkan tanda penyakit buah pinggang..
riangria recently posted…$20 BILLION: ANGGARAN JUALAN ‘SINGLE’S DAY’ ALIBABA
semoga bermanfaat
info yang bagus.
Tak ramai yang sedar tentang tanda-tanda awal dan jenis penyakit buah pinggang ni.
mohon bantu sedarkan ya cik
Bagus perkongsian ni, Raihanah. Banyak tugasan buah pinggang ni sebenarnya. Kena jaga baik-baik. Kalau dah sakit, satu apa pun tak guna.
Tapikan bila baca dua yang pertama tu (kejang otot dan gatal-gatal) rasa seriau pulak. Kita dok fikir kejang otot biasa jerk rupanya ada kaitan dengan buah pinggang. Uish, takutlah!
memang tricky juga, sebab tu elok juga selalu buat saringan ujian kesihatan berkala. setiap tahun sekali atau 2 kali setahun
Penyakit buah pinggang ni memang menakutkan..bayangkan klu dh kena dialisis tu memang dh hilang la nikmat hidup
Puan kutu recently posted…DIY Loom Band Sensory Bottle
betul puan, sementara sihat lagi ni jagalah elok2. mana yang dah kena boleh ikhtiarkan dengan shaklee
Dengar tentang penyakit ini sudah cukup buat orang takut. Tak dapat nak bayangkan filter sekecil buah pinggang boleh tapis segala macam jenis toksik dalam makanan dan minuman yg kita ‘consume’ selama ini.
Ummar Farouk recently posted…Ambil Hati Orang Tua Tidak Kena Pada Caranya
subhanallah kan, Allah tu maha berkuasa
alamak, gerun pulak bila baca ni sis
siti hazreen recently posted…Bila Astro Telefon
jaga kesihatan cikgu
nice share.. penyakit buah pinggang ni boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya pengambilan ubat2 yang berbahaya kepada buah pinggang. sbb tu jangan ambil ubat sebarangan yang kita tak tahu profil farmakological dia seperti ubat2 tradisional contohnya makjun yang tidak berdaftar dan dikawal oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). sebab apa yang ada dalam ubat tu, kita pun tak tau. ada beberapa kes yang timbul disebabkan dalam ubat tradisional tak berdaftar ini mengandungi racun berjadual yang membahayakan sekiranya diambil tanpa pemantauan.
smoga kita semua terhindar dari penyakit buanh pinggang ni sebab bila dah teruk sangat, dah x boleh berfungsi, terpaksa guna kaedah dialysis untuk keluarkan toksin dalam badan yng sememangnya menelan kos pembiayaan yang tinggi, tak kira dari pesakit sendiri dan juga kos rawatan yang ditanggung kerajaan.
Pha Is recently posted…Iklan Ubat di Blog
thanks juga sharing cik
Info yg sangat bagus sis raihanah
Sama2 jaga kesihatan dan pemakanan..
betul sis, bantu share ya
Info bagus…kedua makcik saya meninggal dunia sebab kegagalan buah pinggang..sedih sangat, pencegahan lebih baik daripada mengubati
Elih Japahar recently posted…Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) Gred M41 2016
allahu, kalau tahu awal pasal vivix boleh kenalkan kpd mereka. al fatihah
terima kasih atas perkongsiannya, sangat bermanfaat.
sama2 ira