Call nowWhatsapp

10 Perkara Tak Best Bila Overweight

10 perkara tak best bila overweight

Sebenarnya memang tak best bila overweight ni (bila pulak best ya?). Siapa sini pernah alami masalah macam ni? Jom saya listkan.

10 Perkara Tak Best Bila Overweight

1. Susah cari saiz pakaian

Ni memang obvious la kan. Saya dulu-dulu memang susah betul cari saiz. Lagi malu time masuk butik, adik sales girl siap-siap sound, “kami takde baju saiz akak.” Memang sedih ok!

Biasanya pakaian kena tempah jahit la. Dulu-dulu kalau nak raya saya memang dah plan beberapa bulan awal lagi. Yela kan nak dekat-dekat raya tailor taknak terima dah buat baju. Zaman sekarang je la yang ada baju plus size.

Peredaran zamanla kan. Selalu saya beli di butik Ms Read. Selesalah seluar dan baju dia, tapi ala-ala casual dan working suit ada situ. Kalau baju kurung tu memang tak suka sangatlah design dia.

Jadi ya, sekarang memang ada butik plus size. Tapi tak banyaklah kan.

Dulu biasanya saya pakai baju dari jenama Ms Read dan seluar palazo
Dulu biasanya saya pakai baju dari jenama Ms Read dan seluar palazo

2. Fesyen pakaian yang outdated atau kurang cantik

Bila kita tempah baju berbulan-bulan awal, kain yang kita beli tu dah outdated la kiranya. Kita beli fesyen A, time dekat raya jadi fesyen Z. Ha gitulah jauhnya perbandingan.

Kalau fesyen di butik pula, memang tak menarik sangat la biasanya. Macam saya selalu beli di Ms Read, tak semua design dia cantik-cantik.

3. Tak suka bergambar

Time overweight dulu saya jarang bergambar. Memang tak suka bergambar pun sebab bila tengok diri sendiri dalam gambar, aduh gemmss nya. Tak cantiknya kan.

Sebab itu time mula-mula founder #JomDetoxJutawan ajak join buat Detox Shaklee, saya takde gambar terkini (time berat 76kg). Yang ada gambar-gambar lama tahun-tahun sebelum (which memang gemuk juga). Takpe la dari takde kan.

Punca tak suka bergambar cuma sebab rasa tak cantik je.

Gambar masa berat 76kg. Buat photoshoot tapi saya tak upload pun sebab tak suka tengok gambar sendiri
Gambar masa berat 76kg. Buat photoshoot tapi saya tak upload pun sebab tak suka tengok gambar sendiri

4. Pakai cantik-cantik pun, tetap tak nampak cantik

Ni memang betul kan? Sayalah tu. Walaupun macamana cantik pakaian saya, tetap nampak tak cantik macam orang lain yang kurus tu. Kulit cantik dah (sebab pakai Youth Shaklee kan), tapi still tak nampak cantik.

5. Risiko penyakit

Banyaklah kan risiko penyakit sebab obesiti ni. Boleh baca di rujukan berikut:

https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/health-risks-overweight

6. Mudah sakit, sistem imun rendah

Beberapa tahun lepas, masa anak sulung umur 3 tahun, saya batuk yang berpanjangan. Setahun rasanya. Bertukar-tukar ubat. Bertukar-tukar klinik. Semua petua mak nenek dah guna. Saya masih batuk-batuk.

Maknanya sistem imun saya dah rendah. Mudah sakit dan nak baik pun ambil masa yang lama. Memang tak best sebab ia menjejaskan kerja saya. Walaupun saya tak selalu MC, tapi di pejabat pun asyik terbatuk-batuk, terjejas juga reputasi saya.

7. Kurang keyakinan diri

Sejak saya bekerja lagi memang saya kurang yakin dengan diri. Eh, sejak sekolah juga. Saya jadi seorang yang pendiam, kurang bergaul dengan orang dan kurang melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sekolah / pejabat.

Puncanya memang rasa kurang yakin pada diri. Faktor fizikal. Nak lebih menerukkan keadaan, kulit saya pun problem (breakout).

8. Bila duduk selalu lenguh, tak selesa

Saya memang sukar nak duduk proper dalam situasi yang formal. Rasa sakit dan lenguh di punggung.

Dan saya paling tak boleh duduk silang kaki. Sebab peha besar kan, orangnya pulak rendang je, jadi memang sejak dulu saya tak dapat silang kaki.

Sekarang tiada masalah lagi dengan duduk bersilang kaki, duduk pun tak lenguh even lama-lama
Sekarang tiada masalah lagi dengan duduk bersilang kaki, duduk pun tak lenguh even lama-lama

9. Tak suka bersukan dan aktiviti luar

Bukan malas nak bersukan atau aktiviti luar. Tapi setiap kali bersukan rasa macam bumi bergegar. Faham tak feeling tu. Kalau berlari, macam bergegar semua tubuh ni. Tak selesa jadinya.

10. Tak suka naik basikal / menunggang kuda

Ni satu problem saya sejak kecil (sebab gemuk sejak kecil), saya memang tak selesa naik basikal atau menunggang. Sakit. Tak tau macamana nak describe.

Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Itulah perkara yang tak best kalau gemuk atau obesiti. Saya pernah obesiti type 1. Memang teruk sangat. Gemuk pulak memang dah lama, sejak kecil lagi kan.

Punca terbesar saya nak kuruskan badan adalah untuk kesihatan. Saya fikirkan anak-anak saya, keluarga saya. Itulah yang memberi semangat saya untuk kuruskan badan.

Alhamdulillah kini saya bukan lagi orang obes. Kini berat badan dah normal. Tiada lagi masalah macam dulu-dulu, malah sekarang saya:

  • Boleh pakai pakaian size XS atau S, bergantung kepada sizing
  • Boleh pakai fesyen apa pun yang cantik-cantik
  • Lebih mudah cari pakaian, semua butik ada saiz S atau XS
  • Suka bergambar
  • Buat medical checkup, kesihatan saya di tahap yang sangat baik
  • Duduk formal pun dah tertib, selesa dan boleh silang kaki!
  • Sistem imun lebih kuat, jarang sakit, kalau sakit pun cepat baik
  • Berbasikal? Belum cuba
  • Kerap bersukan, badan rasa lebih ringan dan selesa
  • Lebih tinggi keyakinan diri
  • Pakai apa-apa pun cantik je.

Alhamdulillah itulah hikmahnya saya berjaya kuruskan badan. Bagi anda yang masih overweight dan obesiti, ayuh kita kuruskan badan untuk perbaiki kesihatan kita.

Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik
Saya berjaya turunkan 23kg dalam masa 9 bulan. Program detox Shaklee memang terbaik

Anda Berminat? Sertai #JomDetoxJutawan Sekarang!

Nak tahu bagaimana saya buang 21kg dalam masa 6 bulan sahaja? Atau anda ada masalah kesihatan yang memerlukan anda ubah gaya hidup? Ayuh sertai saya di program #JomDetoxJutawan, boleh wasap saya ya.

Bagaimana Nak Sertai #JomDetoxJutawan Shaklee?

Sila hubungi 012-2195919 atau klik link di bawah

Klik untuk Sertai JomDetoxJutawan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Beauty Consultant
Shaklee Gombak

36 thoughts on “10 Perkara Tak Best Bila Overweight

  1. SUZAI says:

    alahaii kak comelnyaa lahai haha cam sama je size kt ni hahaha ye kak sy pun rendang je kak! hahaha so klu gemok lebih sket je mmg x cantik gmbo stress !! tahniah btw dh loose weight byk dh tu kak keep on going!!

  2. Suria Amanda says:

    SA pernah rasa perasaan x best bila berbadan sedikit besar sebelum ni…if i’m not mistaken tahun 2014 kot SA sedikit gemuk dengan ketinggian 160cm dan berat 63kg, terpaksa tukar size baju dan rasa rendah diri..tapi SA nekad bangun amalkan pemakanan sihat..alhamdulillah berat skrg maintain 57kg..nak turunkan lagi 7kg kalau boleh…

  3. Rawlins GLAM says:

    Rawlins faham perasaan itu. Kita yang rendang nie memang masalah bila berat bertambah sebab senang nak masuk kategori obese kan. Bila dah turun berat badan, banyak benda boleh dilaksanakan ye tak. Termasuk nak solat sangat mudahkan.

  4. Zharif Azis says:

    badan overweight nie banyak membataskan kita buat banyak perkara. plus cepat penat. mmg ramai sarankan consume shaklee sbb banyak feedback positif. apa2pon yang penting kita sihat luar dan dalam. itu yg penting.

  5. Iza says:

    wow banyaknya turun berat badan. Memang bila berat bertambah rasa tak best. badan dah tak ringan. kadang berjalan or buat pape pun rasa cepat penat. nak kena berdiet jugak dah ni.

  6. Zandra Siti says:

    Betul ke orang kata Shaklee ni sesuai ikut jenis darah? Dengar once bagus betul2 bagus kat badan once tak bagus memang tak bagus. Dia macam ikut orang but kesan dia power gitu.

    But itu lah, actually overweight ni, kita pun actually overweight tapi kita tak gemuk kita cuma berisi. Paling bahaya bila gemuk yang mendatangkan penyakit. Kalau setakat gemuk tak apa sebab gemuk cuma perkataan bagi bentuk badan tak memberi maksud negatif pun.

    Bila datang penyakit sebab gemuk tu lah kena ubah jugak, bukan nak hidup dalam gemuk is awesome. Gemuk sihat yes! Ha pening jugak kita menulis ni ye. Hehe

    • Raihanah Ahmad says:

      Gemuk tu maksudnya memang tak sihat. Kalau nampak dah body fat tu naik dan tak lagi normal, its a sign already. Jangan tunggu gemuk sangat atau jangan tunggu singgah penyakit baru nak ambik tindakan. takde istilah gemuk sihat ya sis.

  7. mekyunie says:

    bagi mek, bila berat badan meningkat ni yang paling takot adalah penyakit. so tak nak kena BMI yang normal. cara nak turun berat badan perlu ikut cara yang betul juga.

    • Raihanah Ahmad says:

      kalau tak jadi kepada diri sendiri mmg sukar faham, mujur juga ada ahli keluarga jadi faham struggle mereka ni

  8. Lia Hasty says:

    Yes berat badan naik sikit pun akan hilang keyakinan. Kalau boleh kurus untuk kesihatan. Sebab banyak penyakit Yang datang. Bila kita kurus kita lagi yakin Dan sentiasa positif

  9. Dik bee says:

    setuju sangat… bila dah gemuk ni banyak benda serba tak kena. Baju tak muat, ambik gambar semua angle ke laut dan yang paling terasa bila kena jalan sket dah penat. Adoiiii, rindu zaman-zaman bawah 60kg dulu..

  10. Mimi Azirah says:

    Bila overweight ni memang stress kan sebab macam terbatas saja pergerakan kita. Nak buat itu ini rasa tak semangat. Sebab bila dah overweight ni self confident kita merundum

  11. De Alif says:

    Betul tu… Setuju… Saya ni memang kecik je tapi saya paling takut kalau paksi X bertambah… Paksi Y memang tak boleh dah… Kang rendang pulak jadinya kannnnn… Above all, kesihatan yang paling penting… Kannnn…

  12. Fadzil Ahmad says:

    Betul tu. Overweight ni mudah terdedah dengan banyak penyakit. Nabi sendiri jaga makanan n badan. InsyaAllah makan la apa saja, yg penting kita tahu apa yg kita ambil, dan tahu cara bakar balik

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge