Wordless Wednesday: Hero Veteran Yang Cergas

By | 20 January 2016
Cergas walaupun telah berusia

Wordless Wednesday: Hero Veteran Yang Cergas

Dalam bab filem saya memang out langsung, memang tidak up to date kata orang. Filem Expendables 3 ini sudah tayang rasanya 2 tahun sudah, tetapi saya baru tengok minggu lalu. Yang menarik perhatian saya adalah hero-hero yang veteran belaka.

Pelakon Veteran Antarabangsa Masih Cergas Untuk Filem Aksi

Pelakon Veteran Antarabangsa Masih Cergas Untuk Filem Aksi

Hero Filem Expendables 3 Para Veteran

Mereka ini kebanyakannya berumur 60 tahun ke atas, ada juga umur bawah 50. Ini senarai umur mereka:

  • Sylvester Stallone 69 tahun
  • Bruce Willis 60 tahun
  • Antonio Banderas 55 tahun
  • Jet Li 52 tahun
  • Hulk Hogan 62 tahun
  • Robert de niro 72 tahun
  • Steven Seagal 63 tahun
  • Harrison Ford 73 tahun
  • Pierce Brosnan 62 tahun
  • John Cusack 49 tahun
  • Mel Gibson 60 tahun
  • Jason Statham 49 tahun

Tu dia, kalau campur semua umur mereka jadilah 726 tahun dengan purata 60.5 umur mereka. Tetapi mereka masih berlakon, dan lakonan bukan setakat jadi atuk, tetapi dengan lakonan untuk filem aksi.

Saya tidak pastilah berkenaan teknik CGI atau pelakon gantian bagai, tetapi yang pasti orang mat saleh memang kebanyakannya masih cergas walaupun usia sudah tua. Seingat saya pula pelakon seperti Tom Cruise akan melakonkan sendiri lagak ngerinya.

Belum lagi masuk pelakon veteran mereka seperti Tom Cruise (53 tahun), Brad Pitt (52 tahun) dan lain-lain yang umur sudah 5 siri kan.

Kalau pelakon kita, dengan umur macam itu mesti setakat berlakon drama keluarga sahaja. Jadi ayah, jadi pakcik, jadi orang kaya dan lain-lain lagi. Kalau filem aksi mesti pelakon muda yang melakonkannya.

Penerimaan masyarakat

Keadaan ini ada juga disebabkan oleh penerimaan masyarakat kita. Masyarakat kita kebanyakannya yang tengok filem dan drama adalah golongan muda. Bila golongan muda, tentulah mereka lebih sukakan pelakon muda juga.

Jadi tawaran kerja untuk pelakon lama mungkin kurang kerana kurang kehendak daripada penonton sendiri.

Pelakon Antarabangsa Lebih Cergas

Ini kita harus akui pelakon mereka lebih cergas, walaupun di usia emas. Tidak perlu tengok pelakon, cukup lihat rakyat mereka yang datang melancong di negara kita. Cergas sangat, ada yang berbasikal, panjat gunung, jalan kaki di tepi highway, pikul sendiri bag masing-masing, jadi memang mereka sangat cergas berbanding kita.

Kenapa tu? Anda ada pandangan, jemput kongsikan pandangan anda.

Cergas walaupun telah berusia

Cergas walaupun telah berusia

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

20 thoughts on “Wordless Wednesday: Hero Veteran Yang Cergas

  1. Kakzakie Purvit

    Lebih kuranglah sama kita ni Hana
    Kakak bab menonton memang outlah.. melainkan kalau ada DVD anak on tengok sama-sama adalah. Kalau tak memang tak tahu pun. Mereka memang pentingkan dan jaga supplement utk kesihatan Hana. tak macam org kita sayang duit beli supplement tapi beli baju ranggi-ranggi mahal tak sayang.
    Kakzakie Purvit recently posted…Menuntut ilmu selagi ada usiaMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul tu kakzakie, depa ni jaga bab kesihatan amik suplemen semua. saya perasan juga orang kita bab baju, tudung rajin beli. wallahualam kan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      tengok dah, samalah macam kajol, makin berusia makin cantik pulak

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      berbeza sangat dengan artis veteran malaysia, siap ramai yang sakit pula tu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge