Call nowWhatsapp



Tahukah anda semakin pelbagai warna makanan yang anda ambil, semakin mengurangkan risiko penyakit kepada anda? Mari lihat seterusnya:

Sayuran/Buah Berwarna Putih

Sumber semulajadi sayuran/buah berwarna putih adalah seperti pisang, couliflower, bawang putih, mushrooms dan juga bawang. Khasiat sayuran/buah berwarna putih seperti:

– Mengandungi beta-glucans yang bagus untuk kawalan kolestrol
– Mengandungi lignans untuk boost immune sistem
– Mengandungi EGCG yang membantu mengaktifkan natural killer iaitu sel B dan T di dalam immune sistem.
– Mengurangkan risiko kanser payudara, kanser kolon dan kanser prostat. Serta membantu mengimbangi hormon dan seterusnya mengurangkan risiko kanser berkaitan ketidakseimbangan hormon.


Sayuran/Buah Berwarna Merah

Sumber semulajadi sayuran/buah berwarna merah adalah seperti cranberi, grapefruit, epal merah, tembikai, bawang merah, kentang merah, strawberi, tomato dan capsicum merah. 

Mengandungi nutrien seperti:

– Lycopene yang melindungi sel daripada radikal bebas
– Ellagic acid yang membantu merendahkan tahap kolestrol
– Quercitin  yang membantu mengurangkan risiko kanser prostate dan mengurangkan pembesaran tumor.
– Hesperidin yang melindungi badan daripada excessiv inflammation ke dalam sel badan.
– Mengandungi beta-carotin iaitu sejenis antioksidan yang membantu boost immune sistem.

Sayuran/Buah Berwarna Purple/Biru

Sumber semulajadi sayuran/buah berwarna purple/biru adalah seperti blackberries, blueberries, grapes, figs, plum, raisin, karot purple, kobis purple dan lain-lain.

Ia mengandungi nutrien seperti berikut:

– Reservatrol yang membantu mempertahankan badan daripada fungi, stress, injury, jangkitan kuman, sun damage (kebanyakannya daripada kulit grapes)
– Mengandingi fiber untuk mengekalkan paras normal gula dalam darah
– Mengandungi flavanoids untuk melindungi sel badan daripada termusnah (rupturing)
– Mengandungi ellagic asid dan quertin seperti buah/sayur merah.

Sayur/buah berwarna purple juga membantu menghadkan aktiviti sel kanser, justeru boleh membantu meningkatkan immun sistem, menyokong sistem penghadaman yang sihat, memperbaiki tahap kalsium dan mineral untuk penyerapan, bertindak sebagai anticarcinogen di dalam saluran penghadaman. Justeru buah/sayur berwarna purple/biru ini kini sangat digunakan untuk pengubatan kanser dan penyakit kronik lain.

Sayur/buah Berwarna Kuning/Oren

Sumber semulajadi sayur/buah berwarna kuning/oren adalah seperti butternut, carrot, nectarines, mangga, betik, nenas, peach, lemon, labu, capsicum kuning dan lain-lain.

Khasiat sayur/buah berwarna kuning/oren adalah

– Mengandingi beta-carotene (sama seperti sayur/buah merah)
– Mengandungi potassioum yang penting untuk fungsi jantung dan muscular.
– Mengandungi flavanoids sama seperti sayur/buah biru/purple

Secara keseluruhan sayur/buah berwarna kuning/oren membantu menurunkan paras kolestrol, mempromosi pembentukan kolagen, mempromosi kesihatan sendi dengan pemakanan magnesium dan kalsium untuk kekuatan tulang.


Sayur/buah berwarna hijau

Sumber semulajadi sayur/buah berwarna hijau adalah seperti avokado, zucchini, kiwi, timun, celery, bayam, peas dan lain-lain.

Sayuran hijau mengandungi klorofil dan khasiat seperti berikut:

– Fiber yang bagus untuk kesihatan kolon
– Kalsium yang bagus untuk kesihatan tulang dan jantung
– Vitamin C yang bagus untuk immune sistem
– Folate yang melindungi daripada osteoporosis.
– Beta carotene yang mengandungi antioksida untuk boost immune sistem.

Sayuran hijau juga berupaya untuk mengurangkan risiko kanser, mengurangkan darah tinggi dan paras LDL kolestrol, menormalkan penghadaman, menyokong kesihatan mata dan penglihatan, menentang radikal bebas dan meningkatkan aktiviti imunity.


Banyak sangat kelebihannya, mari kita tambahkan warna dalam pemakanan kita.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

bagi pembelian 2 botol vivix percuma keahlian Shaklee

Nak tahu harga Shaklee? Hubungi


Raihanah Ahmad
Shaklee Independent Distributor (864679)
SMS/Whatsapp 0122195919
Email: ahmad.raihanah@gmail.com
 

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)