Vivix dan Masalah Sopak atau Vitiligo

By | 30 October 2017
Perubahan ketara selepas mengambil Vivix untuk masalah sopak

Anda atau orang yang anda kenali mempunyai masalah sopak? Jemput baca tulisan di bawah.

Teori Masalah Sopak

Sopak mempunyai kaitan dengan masalah genetik dan juga bukan genetik. Walaupun beberapa teori telah dicadangkan, tetapi ia masih belum membuktikan punca sebenar masalah vitiligo.

Tetapi ramai saintis bersetuju bahawa ia adalah berpunca daripada kematian sel melanocyte yang sepatutnya menghasilkan melanin iaitu pigmen kulit.

Kematian sel tersebut juga berlaku secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan kurangnya bilangan sel melanocyte pada kulit.

Jemput tonton video di bawah:

Beberapa teori yang menyebabkan kematian sel tersebut adalah:

1. Hipotesis Autoimun

Dalam teori ini, ia menyatakan bahawa sel pertahanan badan melawan sel badan sendiri.

Dalam masalah vitiligo, sel pertahanan badan akan cuba memusnahkan sel melanocyte. Beberapa masalah autoimun yang lain seperti Hashimoto thyroiditis, Penyakit graves, psoriasis dan beberapa lagi mempunyai kaitan yang kuat dengan masalah sopak.

2. Hipotesis Saraf

Dalam hipotesis ini, ia menyatakan bahawa bahan kimia yang dirembeskan oleh saraf memusnahkan sel melanocyte ataupun merencat penghasilan melanin.

3. Mekanisma bahan oksida-antioksidan

Dalam hipotesis ini, ia menyatakan bahawa bahan radikal bebas yang terhasil ketika mana penghasilan kompaun melanin menyebabkan kemusnahan sel melanocyte itu sendiri.

Cegah Necrosis (kematian sel secara berjemaah)

Pernahkah anda baca artikel saya berkenaan kematian sel secara berjemaah atau necrosis? Sebahagian daripada tulisan saya adalah seperti berikut:

Secara ringkas,

Apoptosis= Kematian Sel Secara Normal
Necrosis= Kematian Sel Secara Tidak Normal

Apa maksud necrosis? Necrosis adalah kematian sel berjemaah secara abnormal.

Kematian sel secara normal dan semulajadi (apoptosis) berlaku tanpa keradangan. Nak tak nak sel memang akan mengalami kematian kerana dia perlu mati. dengan sendirinya. Sel yang mati dengan cara ini sangat selamat dan tidak mengalami kesan negatif kepada tubuh badan.

Kematian sel secara abnormal (NECROSIS) berlaku akibat sel mati dengan cara paksaan oleh radikal bebas, gangguan luar, kebakaran, ubat, bahan kimia, dan sebagainya. Kejadian macam ini menyebabkan sel melepaskan cecair berasid sehingga jadi keradangan. Paling teruk, cecair tu boleh merosakkan sel lain jugak. Ini yang kita tak mahu terjadi kepada diri kita. Kena elakkan.

Jadi, kita mesti faham apabila 1 sel mati kerana desakan luar habis kawan-kawan sel lain pun kena tempias sebab ia mengeluarkan cecair berasid. Maka berjemaah sel merosak ibarat Hidup Segan Mati Tak Mau.

Bila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk menjalani apoptosis, sel inilah yang akan membiak menjadi penyakit kronik.

Seterusnya korang boleh baca tulisan saya tu dalam artikel berikut: Vivix bantu apoptosis, cegah necrosis.

Filem Necrosis ditayangkan pada tahun 2007

Jahatnya necrosis sampai dijadikan filem

Bagaimana Vivix membantu masalah sopak?

Daripada tulisan saya dalam artikel berkenaan, korang nampak kan apakah potensi Vivix? Cara tindakan Vivix boleh sangat membantu masalah patologi sopak. Sebab apa ya? Ayuh baca perkara seterusnya.

Vivix adalah makanan tambahan yang berpotensi kerana mengandungi antioksidan dan khasiat resveratrol. Banyak sangat kajian berkenaan Resveratrol untuk memperbaiki kerosakan sel apatah lagi mencegah.

Dengan kebaikan resveratrol inilah Shaklee mencipta Vivix, hasil kolaborasi dengan Dr Sinclair (seorang saintis penemu resveratrol). Resepi terbaik Vivix ialah formulasi gabungan Resveratrol dan Polifenol yang sudah dipatentkan.

 

4 mekanisma utama dalam Vivix ialah

  1. Melindungi dan membaiki kerosakan DNA yang dialami oleh setiap sel setiap hari.
  2. Mengurangkan tekanan oksidatif akibat tindak balas tekanan biologi
  3. Meningkatkan pengeluaran tenaga di peringkat selular dengan meningkatkan bilangan mitokondria (pengeluaran tenaga pusat setiap sel) dalam sel-sel.
  4. Mengaktifkan pengawal selia genetik dan melambatkan pembentukan produk akhir glycation maju (AGE) protein. Protein AGE berlebihan menyebabkan kerosakan selular dan sering dikaitkan dengan rintangan insulin dan diabetes.

Bagaimana Vivix dikaitkan dapat membantu masalah sopak?

1. Vivix mencegah necrosis

Hipotesis pertama sopak adalah masalah autoimun. Bagi masalah ini sel pertahanan badan memusnahkan sel melanocyte. Punca utama sopak adalah kematian sel melanocyte disebabkan serangan sel pertahanan badan ini.

Tugas yang Vivix boleh buat pula adalah:

  • Mencegah kemusnahan sel secara necrosis.
  • Melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA pada sel.

2. Vivix mencegah kerosakan saraf

Di dalam hipotesis kedua, bahan kimia yang dirembeskan oleh saraf memusnahkan sel melanocyte ataupun merencat penghasilan melanin. Disebabkan Vivix mencegah necrosis (yang menyebabkan cecair dirembeskan dan memusnahkan sel lain), maka dapatlah mengelakkan daripada berlakunya rembesan cecair yang membunuh sel itu tadi.

3. Vivix menentang radikal bebas

Dalam hipotesis ketiga, radikal bebas menyebabkan sel melanocyte ini musnah secara berjemaah (necrosis).

Sifat utama antioksidan untuk kulit ialah meneutralkan kesan tindak balas kulit pada serangan seperti sinar UV, hormon tak stabil, bakteria dan sebagainya.

Selain itu, antioksidan juga menghalang penimbunan radikal bebas. Radikal bebas ialah sejenis sel yang rosak. Ini berlaku dalam proses penghasilan tenaga oleh sel selain serangan daripada luar.

Vivix mempunyai 13 kali ganda lebih antioksidan dari produk lain di pasaran akan melindungi dan merawat sel kulit dari rosak. Ini lebih baik daripada antioksidan seperti vitamin A, C dan E.

Testimoni Vivix Untuk Masalah Sopak

Jadi, korang nampak kan apakah potensi Vivix untuk masalah sopak? Cara tindakan Vivix dapat menutup masalah sopak yang berpunca daripada radikal bebas yang menyebabkan kematian sel.

Ada banyak testimoni yang saya kongsikan sebelum ini. Jom tengok:

1. 5 bulan ambil Vivix, perubahan sangat ketara

Berikut adalah gambar seorang customer saya. Nampakkan perubahan yang ketara selepas 5 bulan mengambil Vivix. Saya harap tahun depan beliau boleh pulih sepenuhnya.

Perubahan ketara selepas mengambil Vivix untuk masalah sopak

Perubahan ketara selepas mengambil Vivix untuk masalah sopak

2. Sopak mula kembali memerah

Ini juga customer saya, tapi maaflah beliau segan kongsikan gambarnya. Selepas sebulan guna, kulit bermasalah sopak telah mula memerah, tanpa pigmentasi kembali.

Testimoni Sopak, kulit putih kembali memerah

Testimoni Sopak, kulit putih kembali memerah

3. Pigmentasi tidak merebak

Ini contoh bagaimana kematian sel tidak lagi merebak. Customer saya beritahu sopaknya tidak lagi merebak. Ini satu berita dan petanda yang sangat baik.

Selepas sebulan guna set sopak Shaklee pigmentasi tidak lagi merebak

Selepas sebulan guna set sopak Shaklee pigmentasi tidak lagi merebak

 

Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Ayuh hubungi saya sekarang!

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

10 thoughts on “Vivix dan Masalah Sopak atau Vitiligo

    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang salah satu akibatnya adalah hilang keyakinan diri

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      bergantung kat orang jugak. terutama kalau adult mmg lambat sikit

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge