Vivix dan ESP Bantu Rawati Sopak

By | 12 April 2016
Set Sopak Shaklee bantu rawati masalah sopak atau vitiligo

Vivix dan ESP Bantu Rawati Sopak

Sejak artikel saya berkenaan sopak pertengahan Disember 2015 lalu, ramai juga pesakit sopak tampil untuk mendapatkan set Vivix dan ESP bagi membantu mereka merawati sopak.

Bagaimana Sopak Boleh Berlaku

Memang betul ada beberapa punca yang menyebabkan sopak, antaranya adalah:

  • Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri
  • Kemusnahan melanosit dengan tersendiri
  • Ada kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.
  • Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan

Namun begitu, kebanyakan pesakit sopak atau vitiligo yang menghubungi saya, 80% adalah disebabkan oleh penggunaan krim kulit yang tidak sesuai. Kebanyakan produk kulit di pasaran tidak diketahui tahap keselamatannya terutama penggunaan bahan kimia di dalamnya.

Banyak juga pendedahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung beberapa produk yang berbahaya. Sebab apakah ia berbahaya? Ini kerana produk dikesan mengandungi beberapa bahan kimia bahaya untuk tubuh kita. Antaranya seperti di dalam gambar di bawah.

Antara ramuan berbahaya yang terdapat dalam krim kulit

Antara ramuan berbahaya yang terdapat dalam krim kulit

Tapi kadang itu memang kita sendiri tidak tahu adanya bahan tersebut, sebab ramuan tersebut disembunyikan daripada label.

Kesan penggunaan bahan seperti ini, itulah akhirnya boleh menyebabkan penyakit kulit, contohnya

Sebaik-baiknya, jika hendak ambil sesuatu untuk tubuh kita samada masuk ke dalam badan atau walaupun sekadar disapu pada kulit, pastikan produk yang anda ambil adalah selamat daripada bahan berbahaya. Ini mujur jugalah sekadar kena sopak atau jerawat, kita tidak mahu hingga mencapai tahap kanser kan.

Bagaimana Shaklee Membantu Merawati Sopak atau Vitiligo

Bagi membantu merawati masalah sopak atau vitiligo, biasanya kami sarankan mengambilan ESP dan Vivix sahaja.

Set Shaklee membantu merawati masalah sopak atau vitiligo

Set Shaklee membantu merawati masalah sopak atau vitiligo

1. Vivix

Penyakit sopak menyebabkan tubuh membentuk sejenis protein yang dipanggil cytokines. Protein ini merosakkan sel-sel melanocytes yang membentuk melanin. Ada juga teori mengatakan melanocytes ini merosakkan dirinya sendiri atau disebut sebagai self destruction.

Bagaimana Vivix boleh membantu? Dalam hal ini, Vivix bertindak dengan 2 cara:

a. Menghalang pembentukan protein AGE

Apakah AGE? Anda boleh baca lebih lanjut tentang AGE dalam posting saya sebelum ini.

Peningkatan protein AGE dalam badan boleh menyekat penghasilan dan fungsi sel badan kita. Semakin banyak protein AGE terbentuk, semakin mudah kulit kita bertambah teruk terutama dengan pelbagai faktor contohnya cahaya matahari dan penggunaan bahan kimia berbahaya pada tubuh.

b. Mengandungi polifenol penting

Vivix mengandungi ramuan polifenol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan.

Kajian menunjukkan polifenol bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang dan merawat kerosakan kulit disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari. Kerosakan kulit turut berkait rapat dengan radikal bebas yang bertindak memusnahkan sel kulit. Polifenol menunjukkan sangat baik untuk melindungi kulit dan tubuh daripada radikal bebas.

2. ESP

ESP merupakan protein segera pertama yang dicipta oleh Shaklee sekitar tahun 1961 lalu sebelum adanya protein segera lain di pasaran. Mengapa ESP penting untuk pesakit sopak atau vitiligo?

Asas tubuh kita adalah sel. Tubuh kita terdiri daripada pelbagai sistem. Contohnya sistem pencernaan, sistem perkumuhan dan lain-lain. Di dalam sistem ini, mengandungi pelbagai organ contohnya dalam sistem pencernaan kita ada organ seperti mulut, perut, usus kecil, usus besar dan lain-lain.

Bagi setiap organ pula adalah binaan daripada sel-sel ini yang paling asas. Sel terkecil dalam badan manusia adalah sel sperma (lelaki) dan sel terbesar adalah ovum (wanita). Untuk membina sel yang sihat, kita perlukan kepada protein.

Organisasi tubuh manusia

Organisasi tubuh manusia

Panjang sangat kalau saya hendak cerita kenapa protein, mungkin anda perlu panjangkan bacaan pada posting saya yang lalu ya. Cuma di sini saya ingin terangkan pengambilan ESP sebagai membantu pembinaan sel badan yang sihat.

Bila sel yang rosak (kulit pesakit sopak) dapat digantikan dengan sel yang sihat, tentulah kulit pun akan menjadi lebih sihat dan tiada lagi kesan-kesan sopak. Ini kerana tanpa protein yang baik, sel kulit hanya akan copy sel sediada. Kalau sel sediada tidak sihat, itulah yang akan ditirunya sampai bila-bila pun. Jadi anda perlukan protein yang baik seperti ESP untuk membantu anda mendapatkan sel kulit dan badan yang sihat.

Testimoni Sopak Dengan Shaklee

Berikut adalah testimoni yang ada. Perlu diingat, pengambilan set Shaklee mungkin akan ambil masa untuk nampak perubahan, kita sabar banyak-banyak ya.

1. Testimoni ESP bantu rawati penyakit sopak atau vitiligo

Rawati sopak atau vitiligo dengan Shaklee

Testimoni Pesakit Sopak Dengan ESP

2. Testimoni Vivix dan Shaklee membantu rawati pesakit Sopak dan Vitiligo

Rawati sopak atau vitiligo dengan Shaklee

Testimoni pesakit sopak dengan Vivix dan Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

16 thoughts on “Vivix dan ESP Bantu Rawati Sopak

  1. paridahishak

    penyakit sopak ni membuatkan wajah xsekata warna kulitnya n ada solusi kpd perawatan yh harus dicuba dgn shaklee bagus infonya.

    Reply
  2. Khairul Bariah

    shaklee mmg produk yg bagus. baru tahu esp boleh merawat sopak. ada kenalan yg baru nak kena penyakit ni (dah nampak ketara dibhgn mulut dan jari) tp bila diajukan soalan berkenaan kulitnya, dia kata bukan sopak tp kulit mati…so susah sikit lah nak membantu dia.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      elok suruh doktor tengok. kalau dia makin besar lagi sukar nak treat

      Reply
  3. Kakzakie Purvit

    Sambil baca tentang produk shaklee kakak baca info tentang chemicals used in normal skin-care products
    Takut kan sebab kalau perhati dia punya risiko bukan calang-calang kalau boleh sampai kena kanser – menakutkan.
    Kakzakie Purvit recently posted…Sekali melangkah usah berundurMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa kak, pesakit sopak saya 80% sebab salah guna skincare. tapi itulah, mujur xkena kanser

      Reply
  4. okje

    Pernah jugak nampak orang kena sakit gini….. Kesian sangat….. sekali imbas mcm putih melepak tp sebenarnya sakit. Rasa bersyukur sangat sebab Allah tidak menguji kita mcm mereka…
    okje recently posted…Blood Pressure MonitorMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul kita bersyukur kerana masih sihat, tugas saya pula membantu menyampaikan produk yang bagus untuk meningkatkan kesihatan pada sesiapa yang sakit

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge