Vita E Complex Tangani Pelbagai Masalah Kulit

By | 7 June 2014

Vitamin E sememangnya popular di kalangan kita, terutama mereka yang mementingkan kecantikan. Tetapi jangan tak tahu, sebenarnya VItamin E sangat penting untuk penyembuhan dan juga merupakan salah satu kandungan penting dalam banyak produk kecantikan kulit dan kuku. 

Vitamin E merupakan bahan antioksida yang mampu memberikan kesan anti penuaan kepada seseorang. Jadi sewajarnya vitamin E dimasukkan ke dalam diet harian anda. Banyak vitamin E boleh dibeli di farmasi dalam bentuk cecair atau kapsul. Shaklee pun ada, boleh beli dengan saya 🙂

Ok, untuk kulit, vitamin E boleh berfungsi sepertimana berikut:

Anda ada kedutan?

Kedutan berlaku disebabkan penuaan, radikal bebas yang merosakkan sel badan, bahan penjagaan kulit yang tidak sesuai dan merokok / minuman keras. Berdasarkan kepada buku “Healing with Vitamins: the Most Effective Vitamin and Mineral Treatments for Everyday Health Problems and Serious Disease”. vitamin E boleh mencegah kulit daripada berkedut dengan cara mengurangkan kemusnahan akibat daripada radikal bebas. 

Vitamin E bertindak dengan meningkatkan kandungan dan keupayaan kolagen yang berfungsi untuk menjadikan kulit lebih anjal. Vitamin E juga boleh membantu pembentukan sel baru dan mempercepatkan pembentukan sel baru. Untuk membentuk sel baru, badan memerlukan protein. Sebab itulah dalam set kulit shaklee mengandungi ESP sebagai sebahagian daripada set penjagaan kulit.

Bagaimana pula dengan penyembuhan di waktu malam? Night treatment?

Vita E Complex Shaklee boleh digunakan di waktu malam sebagai terapi kulit dan juga merawat kulit bermasalah seperti parut, jerawat dan jeragat. Jerawat boleh kecut dengan segera menggunakan Vita E Complex.

Anda ada parut?

Parut merupakan kesan pada kulit akibat luka, jerawat dan lain-lain yang telah lama. Ia merupakan sel kulit mati yang degil dan betempek di kulit anda untuk jangkamasa lama. Vita E Complex membantu memudarkan parut dan mencegah parut baru dengan cara mencegah radikal bebas daripada merosakkan kulit. Radikal bebas sangat berbahaya terutama kepada tisu parut kerana ia mencegah penyembuhan. 

Dalam bukunya 911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget, Diane Irons menjelaskan antioksidan yang hebat di dalam Vitamin E dapat membantu pengeluaran kolagen dan hasilnya kulit lebih anjal dan tidak merosakkan tisu kulit.

Jeragat

Jeragat adalah tompok-tompok berwarna coklat yang disebabkan oleh penuaan, radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Dalam hal ini vitamin E mencegah dan merawati kemusnahan oleh radikal bebas. Selain dimakan, suplemen Vita E Complex juga boleh disapukan ke kulit bermasalah. Ini akan membantu mencerahkan kulit dengan cara memberikan kesihatan kepada sel membran dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Kutikel

Vita E Complex juga sangat berkesan untuk kulit kering, berkutikel. Ini kerana Vita E Complex membantu melembabkan kulit dan mengelakkan kulit kering.

Stretch Mark

Vita E Complex juga membantu mencegah dan merawat stretch mark. Hanya amalkan pemakanan Vita E Complex atau sapukan pada kulit bermasalah secara berterusan. Anda boleh rujuk kepada posting saya terdahulu berkenaan Hilangkan Stretch Mark Dengan Shaklee.

Anda juga boleh rujuk ke “How Does Vitamin E Benefits Skin?”

Jom dapatkan Set Kulit Shaklee anda hari ini!

Set Kulit Shaklee, ingin kulit gojes raya ni?



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah? 

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner 
PM/SMS/Watsapp 0122195919 
Emel ahmad.raihanah@gmail.com 
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com 
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner 
Konsultansi percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge