Umur 9 Tahun Mohon Kerja Dengan NASA

By | 11 August 2017
jack davis mohon kerja nasa 2

Beberapa hari lalu saya ada terbaca di facebook cerita seorang budak lelaki umur 9 tahun mohon kerja dengan NASA. Biar betul, umur 9 tahun sudah mohon kerja? Dengan NASA pula tu, memang tak masuk akal.

Umur 9 Tahun Mohon Kerja Dengan NASA

Asal kisahnya ialah budak yang bernama Jack Davis telah ternampak iklan kerja kosong dari pihak NASA. Jack yakin dengan apa yang beliau miliki lalu berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan NASA untuk mempertahankan bumi daripada makhluk asing.

Kalau di negara kita, Jack ini sebaya anak sulung saya, sekarang tentu di darjah 2. Jack lantas menulis surat kepada NASA untuk memohon jawatan tersebut.

Sebelum itu jom kita tonton video berikut:

Surat Permohonan Jack Kepada NASA

Berikut adalah surat Jack kepada pihak NASA

jack davis mohon kerja nasa

Surat Jack mohon kerja di NASA

Siap sebut beliau adalah sebahagian daripada Guardian of Galaxy.

Surat Jawapan NASA kepada Jack Davis

Ayuh baca pula apa reaksi dan maklumbalas daripada NASA. Surat Jack telah mendapat perhatian Dr James L. Green iaitu Director of Planetary Science Division NASA.

jack davis mohon kerja nasa 1

Surat balasan daripada NASA kepada Jack

 

Kesimpulan Daripada Kisah Ini

Banyak yang kita boleh teladani daripada kisah Jack dan NASA ini. Antaranya:

  1. Yakin pada diri sendiri, tak kira bagaimana lucu atau pelik idea kita, kena yakin dengan idea dan gagasan kita.
  2. Tonjolkan kredibiliti kita, budak berumur 9 tahun telah berjaya menunjukkan kita bahawa kredibiliti adalah milik semua.
  3. Berikan galakan, sentiasa berikan galakan agar seseorang dapat berjaya.
  4. Sebagai pemimpin, sentiasa berikan sokongan dan tidak merendahkan cita-cita seseorang.

Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, berikan yang terbaik, yakin dengan diri, sentiasa berusaha menambah baik diri kita.

Sebagai leader pula, berikan galakan, bimbingan dan sokong orang bawahan anda. Saya kira ini sesuatu yang kita boleh perbaiki dalam usaha kita:

  1. Untuk berjaya dalam bisnes pula samada bisnes part time walaupun ianya bisnes modal kecil. Banyak idea perniagaan dari rumah yang kita boleh fikirkan, cuba google bersepah cadangan daripada sifu dan bloggers yang pernah saya baca.
  2. Apa lagi dengan cara bisnes Shaklee, dengan banyak pengalaman bisnes Shaklee dan memiliki mentor sendiri, seseorang akan mudah terdorong untuk berjaya. Yang penting adalah kemahuan kita dan kita memiliki impian untuk berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

24 thoughts on “Umur 9 Tahun Mohon Kerja Dengan NASA

    1. Raihanah Ahmad Post author

      amiin mudah2an. memang jeles dgn pemikiran negara maju ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau di msia kita takkan tahu apa2, sebab dah dibakul sampahkan

      Reply
  1. Mummydearie

    Berani budak ni walaupun baru 9 tahun. Baguslah kalau ada ciri-ciri begini; harapnya berkekalan hingga ke usia dewasa.

    NASA pun not bad. Ada masa untuk balas permohonan kerja si Jack, Guardian of the Galaxy ni. Mungkin Jack tak tahu yang tak cukup lagi setakat kakaknya kata dia macam alien sebab habis semua alien movies dia tengok ^_^

    Reply
  2. Sani Yunus

    Macam tak percaya, budak tu dengan penuh confident boleh apply jawatan tu. Nak tergelak pun ada bila dia kata dia salah seorang Guardian of Galaxy..

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haha memang kelakar, tapi NASA layan je kan

      Reply
  3. Okje

    Mmg kagum dengan bangsa diaorang ni. Hidup mereka penuh dengan semangat dan bercita cita tinggi . Paling sweet tengok cara diaorang layan anak anak, cara layan isteri, nampak sangat menghargai dan penuh kasih sayang gitu….. tengok movielah hihi…

    Bangsa kita ni kena tirulah semangat diaorang tu. Sebab tulah diaorang maju kan Anah
    Okje recently posted…Tuan Puteri BongsuMy Profile

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kan mak, bila agaknya minda kita ni nak 1st class camtu. pinjam semangat diorg la ni

      Reply
  4. Lea Azleeya

    Hehehe… anak omputeh ni memang otak dorg cerdik n kedepan kan.. kecik2 lagi dh fikir cam org dewasa.. terbaikklah jack.. berani.. walaupun masih kecik..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge