Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

By | 16 November 2014
Warehouse Sales Electrolux

Hujung-hujung tahun ni banyak pulak sales kan. Tapi mak-mak jangan semua warehouse sales pulak nak pegi, kopak nanti. Jadi pilih-pilihlah yang mana utama ya.

Semalam pada 15 November 2014 saya pergi ke Warehouse Sales Electrolux. Electrolux ni memang terkenal dengan barangan elektrik yang tahan lama. Antara brand keluarannya Europa dan Zanussi. Saya memang rancang nak pegi sebab nak naik rumah baru nanti semua barang memang kena baru.

Bukan sebab sengaja nak baru, tapi sebab selama ni saya duduk dengan mak, jadi banyak barangan elektrik mak dah ada. Saya pulak memang tak pernah membeli. Hadiah kawin dulu pun kebanyakannya saya dah hadiahkan kat orang. Jadi memanglah kena serba serbi baru rumah baru tu nanti.

Antara yang utama saya nak cari adalah:

  • Periuk nasi
  • Iron
  • Washing machine – kalau adalah, sebab susah juga dengan keadaan rumah belum siap, nak simpan kat mana kan.
  • Dapur gas
  • Kettle
  • Toaster

Lain-lain peralatan elektrik tu saya tak beli, mungkin tak payah beli lah

  • Blender – dah ada
  • TV – dah ada (ada ke brand Electrolux?)
  • Peti sejuk – dah ada
  • Aircond – kena menabung dulu, mungkin beli tahun depan sebelum GST
  • Microwave – dah ada
  • Oven – saya plan nak beli brand Belling (made in Britain), kirim dengan sepupu yang tengah belajar di UK. Tahun depan
  • Water heater – dah beli brand Rinnai

Kebetulan tarikh yang sama saya ada checkup dan ultrasound dengan doktor pakar jam 10 pagi. Jadi saya memang pergi sale ni lewat sikit. Sampai sana dekat pukul 12.00 lebih jugak lah.

Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

Warehouse Sales Electrolux

Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

Pandangan dari luar

Sampai sana…. aduh washing machine habis! Tinggal yang harga RM2k ke atas. Yang harga RM800 dah habis.. owh sedihnya! Tapi takpelah mungkin bukan rezeki saya. Jadi kat bawah ni gambar masa di warehouse sales dan apa yang berjaya saya beli.

Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

Antara Barangan Electrolux yang dibeli

Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

Dapur Gas Electrolux

Total habis RM750 je, dengan waranti 2 tahun. Alhamdulillah jimat duit.

Jadi inilah tips saya dalam berbelanja. Tunggu warehouse sales, selalunya anda akan dapat barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Macam dapur gas tu harga jualan biasanya dekat RM1000, tapi saya dapat beli pada harga RM550.

Tapi lain kali sila datang awal pagi ya.

Kat sana saya jumpa kawan ofis saya. Dia datang dengan isterinya. Tak sempat bergambar sebab saya dah penat.

Tips Penjimatan dan Tips Pergi ke Warehouse Sales

  • Pilih warehouse yang anda ingin tujui. Mungkin bukan semua anda harus pergi.
  • Pakai pakaian dan kasut yang selesa, anda tidak mahu sekiranya terperangkap dalam ramai orang.
  • Datang awal pagi, ini kerana masih banyak stok. Anda tentu tak mahu datang jauh-jauh tetapi barang yang diingini dah habis stok.
  • Jangan berebut, tunggu giliran jika anda, jangan ambil semua barang sedangkan nanti bila anda tak mahu anda sepah-sepahkan je. Ada orang jenis macam ni, ambil dulu, fikir kemudian. Seharusnya anda ambil apa yang anda perlu sahaja.
  • Jaga sopan santun, jangan tolak-tolak, jangan berebut tarik menarik.

Minggu depan ada Warehouse Sales Clarks. Ini memang saya pangkah la sebab dalam keadaan saya sekarang macam tak sesuai nak ke sana. Saya tahu Warehouse Sales Clarks ni biasanya terlalu ramai orang dan bersesak-sesak. Dengan mengandung lagi, takut saya tak tahan.

Antara warehouse lain saya plan nak pergi dalam jangkamasa terdekat adalah Warehouse sales stationeries, brand yang dibawa antaranya Faber Castel. Jadi bagus juga boleh borong untuk anak-anak nak sekolah tahun depan.

Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

Warehouse Sales Stationaries

Semoga bermanfaat untuk anda.

Mamahakim

5 thoughts on “Tips Penjimatan: Warehouse Sales Electrolux

    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang murah2 sangatlah. lain kali kena masuk dalam agenda. 🙂

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      memang berbaloi sangat, barang pun memang bagus kan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge