Tips Merawat Demam Denggi (walaupun suspected demam denggi)

By | 7 February 2013

Alhamdulillah sudah punya sedikit masa untuk berkongsi berkenaan kisah anak sulung saya, Hakim yang disyaki menghidap demam denggi tempohari.

23 January 2013

Saya balik ke rumah dalam jam 6 petang dan mendapati hakim demam agak panas. Saya syak disebabkan tonsilnya (Hakim memang kerap alami bengkak tonsil sejak tahun lalu hingga November 2012). Malam tu saya gesa encik suami bawanya ke klinik. Selesai, ambil ubat macam biasa dan tidak syak apa2. Namun, doktor bertugas berpesan untuk kembali ke klinik dalam tempoh 2 hari jika demam tidak kebah.

Macam biasa saya akan continuekan Hakim dengan pemakanan tambahan seperti Mealshake dan Vita C Chewable.



25 January 2013

Birthday Hakim. Kesian dia kena sambut time tgh demam. Pagi tu saya dah bagitau dia tak payah pegi sekolah. Sebelum saya ke pejabat, sempat potong kek birthday dia dulu. Happy sangat dia sbb ada gambar transformers. Kek saya beli size besar sebab cadang nak sambut di sekolahnya. Gift untuk kawan-kawan pun disediakan.



Tapi memandangkan dia demam, sambutan di sekolah proceed tp tanpa birthday boy. Jam 12 tengahari saya  telefon ke rumah. Dapat tahu Hakim tetap ke sekolah dan balik ke rumah. Demam masih tinggi. Saya SMS boss minta EL petangnya. Alhamdulillah ok. Sesampai di rumah jam 3 petang, memang demam tak kebah. Saya jerlum dia sampai lencun. huhuh

Jam 6 petang kami bawa dia ke klinik semula. Hakim diberikan antibiotik dan ubat masuk dlm punggung. Balik ke rumah, saya monitor tahap demamnya. Sehingga jam 10 mlm masih belum kebah. Apa yang lebih merisaukan muka hakim naik bengkak di samping tangan dan kakinya sejuk (sedangkan badan dan kepala panas betul). Saya jadi cuak, google berkenaan demam denggi. Lantas jam 11 malam saya cadangkan dengan encik suami untuk bawa hakim ke hospital dengan segera. Setuju. Faiz ditinggalkan dengan bibik. Khabarnya dia tidur lena sehingga 5 pagi. Tak perasan kami tiada.

26 January 2013 – Hari sepatutnya ke Legoland! huhuh

Kami ke HKL dan tiba di emergency sekitar 12 pagi. Kami ditahan di emergency sehingga jam 6 pagi disebabkan katanya mesin di lab rosak (apalah punya tak bertanggungjawab dibiarkan org sakit macamtu). Selesai subuh, doktor di situ mencadangkan agar hakim ditahan di wad kanak-kanak Institut Pediatrik.

Maka bermulalah episod kami di IPHKL. Kesian hakim sebab seumur hidupnya tak pernah ditahan di wad. Di tahan diwad kerana suspected denggi. Tak sanggup lihat dia menangis time dicucuk jarum untuk ambil darah. 

Hari pertama demam dah kebah. Tapi doktor tetap hendak mengawasi platlet darah. Katanya kebiasaannya hari ke 4 -5 demam kebah dan denggi akan menunjukkan diri (darah dan keluar bintik2 merah). Platlet ada turun sikit tp ikutkan Sister di situ tak semestinya denggi, demam viral pun boleh sebabkan platlet turun.

Kami terus galakkan hakim minum air banyak2, supaya boleh balik segera.

27 January 2013

Sudah tidak demam. Saya maklumkan kepada doktor sekiranya tiada apa2, mohon discaj petang. Doktor setuju juga sebab katanya nampak hakim aktif dan tiada tanda2 lain yang major. Alhamdulillah petang discaj.

Apa yang boleh saya rumuskan disini during anak demam adalah:

1. Pastikan anak minum air masak dengan banyak. Dalam kes hakim, kami pastikan dia minum air masak sekurang-kurangnya 2Liter. Jika anak tak mahu minum air, untuk elakkan dehyrated boleh cuba gantikan dengan air Performance Drink Shaklee


2. Pastikan anak makan ubat ikut jadual.

3. Kata orang minum sup ketam boleh cepat sembuhkan demam denggi. Kami buat juga. Beli 3 ekor ketam RM20. Hakim sorang je makan. huhuh



4. Boleh bagi anak supplement / makanan tambahan untuk boost immune system dia. So bila kena penyakit taklah lama sangat dia kena.


5. Ibu bapa banyakkan berdoa untuk anak. Amatlah rugi sekiranya ibu bapa terlupa mendoakan anak-anak.

6. Pastikan anak2 mandi 3 kali sehari during demam supaya keluar haba panas dalam badan. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w pun mengamalkan mandi semasa demam, tekniknya adalah menjirus bahagian badan bawah dahulu seperti kaki membawa ke atas. Akhir sekali barulah kepala. Ini untuk memastikan wap panas keluar dan tak terperangkap di dalam badan. 

7. Sekiranya batuk/selesema pun digalakkan mandi air suam 3x sehari untuk keluarkan kahak/hingus.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge