Tips Menziarahi Makam Rasulullah

By | 3 January 2016

Saya lupa hendak buat posting berkenaan Maulidurrasul minggu lalu, jadi saya gantikan dengan cerita di bawah yang ada kena mengena dengan Rasulullah.

Umrah Pada Umur 15 tahun

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci (Mekah dan Madinah) adalah pada usia saya 15 tahun. Masa itu abah saya hendak bawa kami sekeluarga ke sana, kecuali abang sulung saya (telah dihantar mengerjakan umrah pada usia 12 tahun). Saya pergi selepas peperiksaan PMR.

Setiap orang rasanya pasti boleh rasa sesuatu bila berada berhampiran makam Rasulullah. Ada sapa pernah pergi? Boleh komen di bawah ya. Memang agak strict juga kalau kita ini wanita dan bukan arab untuk masuk ke Raudhah, iaitu berhampiran makam nabi.

Lokasi makam Rasulullah

Lokasi makam Rasulullah

Ditakdirkan berkali-kali juga saya hendak masuk, tetapi memang tiada rezeki. Setiap kali itulah saya rasa sedih, pilu. Padahal saya ini bukanlah seorang ratu air mata. Saya tidak tahu kenapa setiap kali lalu di situ, air mata jatuh tanpa saya dapat kawal.

Itulah penangan kasihnya Rasulullah. Sampai sekarang saya masih ingat, saya nangis macam hilang orang yang saya kasihi sampai bengkak mata.

Itulah pengalaman pertama saya, saya harap tahun 2017 saya berpeluang mengerjakan ibadah ke sana dan dapat pula masuk menziarahi baginda Rasulullah.

Tips Masuk Ke Raudhah

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh mak saya untuk membolehkan wanita bukan arab seperti kita dapat masuk ke raudhah. Antaranya

  • Masuk di tengah malam atau awal pagi. Masa ini tidak ramai orang dan mereka membenarkan wanita juga masuk.
  • Gunakan telekung berwarna hitam (bukan yang ada sulam-sulam), sepenuhnya berwarna hitam agar polis arab perasan anda sebagai wanita arab.
Pastikan telekung berwarna hitam sepenuhnya

Pastikan telekung berwarna hitam sepenuhnya

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

6 thoughts on “Tips Menziarahi Makam Rasulullah

    1. Raihanah Ahmad Post author

      wah best tu perancangan yang baik, semoga ditunaikan hajat tuan

      Reply
  1. Noor hashimah

    As salam, Puan Raihanah saya baru pulang mengerjakan Umrah memang benar memang sukar untuk kita yg bukan wanita Arab untuk memasuki kawasan Raudhah.
    Tetapi alhamdulillah, saya dapat solat sunat 2 kali di kawasan Raudhah.
    Dan insya allah ingin pergi lagi ke Mekah dan Madinah.

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      alhamdulillah, best nya jadi tetamu Allah kan. tahniah puan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge