Tips Mengelakkan Meroyan Selepas bersalin

By | 24 January 2014
Prosess Distilasi Molekul Berperingkat menjamin Omega Guard tanpa bahan tercemar

Kebiasaannya ibu selepas bersalin memang akan mengalami gangguan emosi seperti letih, cranky dan anxious. Semua ini terjadi disebabkan oleh ibu yang masih dalam proses memulihkan badan selepas bersalin akan mengalami gangguan hormon dan bagaimana menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, dengan adanya bayi.

Bagi mengelakkan gangguan emosi yang lebih teruk yang boleh membawa kepada meroyan, ibu digalakkan mengambil makanan yang sihat dan mengikut kekerapan yang disarankan, dan juga beberapa tips untuk menaikkan tenaga dan membetulkan hormon anda.

Tips bagi meningkatkan mood ibu selepas bersalin

1. Omega3
Pastikan anda memasukkan makanan yang kaya dengan omega 3 ke dalam makanan/diet anda. Makanan daripada sumber ikan salmon, flaxseed oil dan walnut dikatakan kaya dengan omega 3. Omega 3 boleh meningkatkan fungsi otan dan membantu mengelakkan kemurungan.

Sekiranya anda tidak dapat mengambil Omega  3 daripada sumber semulajadi, anda boleh mempertimbangkan pengambilan supplemen. Supplemen Omega 3 adalah selamat untuk ibu menyusu, bagaimanapun hendaklah dipastikan supplemen omega 3 yang ingin diambil itu adalah selamat daripada bahan mercury. Baca artikel kami berkenaan Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/01/tips-memilih-minyak-ikan-terbaik.html

Keunikan Omega Guard Shaklee



2. Protein
Pastikan protein adalah sebahagian daripada makanan anda. Contoh seperti telur hancur (scrambled eggs), produk tenusu, unggas, daging, ikan, kekacang dan legum. Kesemua ini boleh meningkatkan pengeluaran hormon serotonin yang merupakan neurotransmitter untuk memberikan ketenangan kepada otak.

Pastikan pengambilan makanan yang seimbang



3. Air
Elakkan dehydration dan minumlah air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Dehidrasi boleh menyebabkan kemurungan lebih teruk. Menyusu anak juga menyebabkan ibu cepat merasa dahaga.

Keperluan air sekurang-kurangnya 3 liter sehari



4. Kurangkan pengambilan kafein
Sekiranya anda menyusukan anak, pastikan pengambilan kafein tidak melebihi 300mg sehari bagi mengelakkan kafein memberi kesan kepada bayi anda. Kafein juga boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur dan seterusnya menyebabkan kemurungan.

Kurangkan pengambilan kafein


5. Dark Chocolate
Coklat dengan 70% coco adalah lebih sihat diambil sekiranya anda inginkan manis dalam mulut anda. Koko boleh meningkatkan level serotonin dalam otak anda. Pilihlah dark coklat tanpa gula untuk rasa lebih sihat.

Peratusan koko yang tinggi, tetapi kurang gula adalah lebih baik



6. Supplemen
Jangan lupa untuk memastikan anda sentiasa mengambil vitamin sekurang-kurangnya sehingga beberapa bulan selepas bersalin. Vitamin seperti antioksidan (A, C dan E), selain multivitamin, zat besi dan omega. Kesemua ini boleh membantu fungsi otak.

Set bersalin Shaklee telah dipercayai sejak 1995

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda atau keluarga? Atau ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan hanya dari rumah?

https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge