Tips Makanan Orang Sibuk: Kenyang, Bertenaga, Sihat

By | 19 April 2017
Tips Makanan Orang Sibuk: Kenyang, Bertenaga, Sihat

Tips Makanan Orang Sibuk: Kenyang, Bertenaga, Sihat

Ok tajuk ini saya dapat inspirasi daripada para doktor sebenarnya. Saya pernah juga terkena bila masa temujanji saya dah melepasi waktu rehat doktor. Contohnya saya masuk jumpa doktor pada 12.30 tengahari. Hanya selesai jam 1.40 petang. Jam 2 petang doktor ada temujanji lain pula. Jadi bila orang sibuk seperti doktor ini dapat makan?

Memanglah dapat juga makan, tapi kenyang ke? Paling penting sihat ke? Sebab banyak kes doktor ni sebut hanya sempat makan mee segera sahaja aka maggi. Hari-hari macam itu. Amboi doktor, pandai pulak doktor jaga orang suruh kita sihat kan. Tapi doktor sendiri makan benda-benda tak sihat. Begitulah rutin bagi orang sibuk seperti doktor.

Masa saya masih bekerja dulu, tidaklah sibuk sampai begitu. Saya dan kawan-kawan masih ada masa keluar makan tengahari makanan seimbang. Tapi memang ada jenis pekerjaan yang menyebabkan mereka terlalu sibuk hingga tidak sempat mengambil makanan seimbang. Setiap hari begitu dan ini boleh menjejaskan kesihatan.

Apakah Pemakanan Sihat

Pemakanan sihat bermakna memakan kuantiti yang betul dan makanan daripada semua kumpulan makanan untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Diet sering dirujuk sebagai sebahagian regimen diet untuk mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, diet bermakna apa makanan yang kita makan dalam perjalanan 24 jam, seminggu, atau sebulan, dan lain-lain tempoh.

Diet yang baik adalah gaya hidup pemakanan yang menggalakkan kesihatan yang baik. Diet yang baik mesti termasuk beberapa kumpulan makanan kerana satu kumpulan tunggal tidak boleh memberikan segala-galanya keperluan manusia untuk kesihatan yang baik.

Jadi bagaimana dengan pemakanan bagi orang sibuk?

Jemput tonton video dibawah untuk kesan makanan segera kepada kesihatan.

Kesan Amalan Makanan Tidak Sihat

Di negara kita, 4 daripada 10 orang dewasa (berumur 18 tahun ke atas) di dapati obes. Walaupun bukan semua menjalani kehidupan sibuk, tapi faktor pemakanan memang menjadi punca. Orang sibuk memang sukar mendapat makanan yang seimbang.

Zaman sekarang ini, lebih ramai orang muda (bawah 35 tahun) menghidap penyakit kronik seperti strok, kanser, penyakit jantung koronari, diabetes dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.

Adalah dianggarkan bahawa satu pertiga daripada semua jenis kanser boleh dicegah jika semua orang mempunyai diet yang baik. Pemakanan sihat juga melindungi daripada penyakit kencing manis, osteoporosis, penyakit jantung, strok, dan reput gigi.

Antara kesan amalan pemakanan tidak sihat bagi orang sibuk terutamanya:

  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium untuk proses perkumuhan.
  • Ganguan pada denyutan jantung.
  • Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi yang tidak konsisten dan berkemungkinan mati mengejut.
  • Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering, rambut gugur dan tidak bermaya.
  • Kandungan elektrolit badan tidak seimbang.
  • Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendirian.
  • Kekurangan rembesan estrogen.
  • Mempercepatkan proses osteoporosis.
  • Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong.
  • Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket.
  • Meningkatkan risiko kegemukan.
  • Sistem imun rendah, mudah jatuh sakit.

Tips Makanan Orang Sibuk: Kenyang, Bertenaga, Sihat

Memang tidak dinafikan apabila bekerja tentu sukar mendapat rehat dan pemakanan yang berkualiti, itulah normal bagi orang sibuk. Di bawah ini adalah tips yang kami dapati daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

  • Mengambil cukup asid amino penting untuk memberikan “pengisian semula di peringkat selular dan pengangkutan protein”.
  • Mengambil vitamin dan mineral tertentu dengan jumlah yang diperlukan.
  • Mengelakkan pengambilan makanan bersifat beracun dan karsinogenik.
  • Elakkan makanan memakan yang boleh tercemar dengan patogen manusia, seperti E. coli dan telur cacing pita.

Set Shaklee Untuk Makanan Orang Sibuk

Bagi orang sibuk yang tidak sempat mendapatkan makanan sihat, anda kini boleh menggunakan Set Shaklee Untuk Makanan Orang Sibuk. Produk yang disesuaikan ini memberikan kelebihan kepada anda:

  • Penyediaan yang mudah dan pantas
  • Membekalkan nutrisi seimbang untuk seharian
  • Membekalkan tenaga dan hidrasi yang diperlukan

Dalam set Shaklee untuk makanan orang sibuk, produk yang diperlukan adalah:

1. Cinch Shake

Satu hidangan bancuhan Cinch Shake Shaklee membekalkan 24 gram protein dan 6 gram serat. Satu hidangan sudah cukup lengkap untuk buat anda berasa kenyang dan perut rasa penuh. Tak perlu lagi perlu mengambil makanan lain yang tinggi nilai kalorinya.

Antara kelebihan Cinch Shake sebagai makanan orang sibuk adalah:

  • Memberikan tenaga segera berpanjangan
  • Menjaga otot anda, menghilangkan lemak
  • Sangat mengenyangkan dengan 1 hidangan
  • Boleh dibancuh dengan mudah, hanya 2 minit sahaja
  • Sangat menyelerakan dengan 3 pilihan perasa yang best
  • Formula leucine telah diuji secara klinikal
Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya Cinch Shake menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

2. Vitalea

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan multivitamin VitaLea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Multivitamin VitaLea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin  di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Antara kelebihan Vitalea untuk makanan orang sibuk adalah:

  • Penambahan tenaga segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

3. Performance Drink

Performance Drink boleh diminum sepanjang hari untuk membekalkan anda tenaga dan hidrasi.

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Graf menunjukkan bagaimana Performance Drink membantu mengekalkan dan membaik pulih tenaga

Graf menunjukkan bagaimana Performance Drink membantu mengekalkan dan membaik pulih tenaga

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:

  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Antara kelebihan performance drink untuk makanan orang sibuk adalah:

 

  • Meningkatkan hidrasi
  • Meningkatkan tahap pencapaian, meningkatkan fokus dan mengurangkan kelesuan

4. Vivix

Salah satu daripada 4 mekanisma cara Vivix bertindak terhadap sel badan kita ialah memberi tenaga kepada sel atau meningkatkan keupayaan sel (mitokondria).

Setiap sel mempunyai mitokondria (pusat tenaga sel). Analoginya Mitokondria umpama Pusat Janakuasa Tenaga – Ala-ala TNB. Pusat Janakuasa TNB inilah  yang memberi tenaga kepada rumah, kedai, kilang dan tempat-tempat lain.
Sama halnya dengan sel badan kita. Makin tinggi mitokondria, maka akan lagi powerful lah sel badan kita.
Mitokondria di dalam sel badan kita akan semakin merosot apabila kita semakin tua. Jadinya, apabila kita mengambil Vivix, Vivix yang bertindak sebagai agen antipenuaan akan membantu meningkatkan lagi mitokondria ni.
Oleh sebab itulah badan yang sering letih lesu sebelum ni, boleh bertukar menjadi segar-bugar bertenaga setelah mengambil Vivix. Maka, tak hairanlah kalau kesannya dapat dilihat dalam waktu yang agak singkat.
Hasil kajian bagaimana resveratrol bantu tingkatkan tenaga sel

Hasil kajian bagaimana resveratrol bantu tingkatkan tenaga sel

5. BComplex

Vitamin BComplex amat penting untuk me­mori, terutama tatkala anda sedang berhadapan dengan stres. Apabila anda mengalami tekanan fizikal atau mental, tubuh akan kekurangan vita­min B. Kekurangan ini menghalang tubuh menghasilkan asetilkolin, bahan kimia yang terlibat dengan memori, menghalang otak daripada berfungsi.

Vitamin B juga berperanan me­ngangkut oksigen ke otak dan memusnahkan radikal bebas yang membantu meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pancain­dera.

BComplex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12,  B9 asid folik dan  B7 (100% Biotin).

Antara kelebihan BComplex untuk orang sibuk adalah:

1. Menukarkan makanan  kepada tenaga – BComplex membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2. Melawan Tekanan – BComplex memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Kesimpulan

Jika anda sangat sibuk, pastikan anda turut mendapat nutrisi yang sepatutnya untuk keperluan harian anda. Kegagalan memenuhi keperluan nutrisi harian akan meningkatkan risiko anda mendapat pelbagai jenis penyakit di kemudian hari.

Bagi Shaklee, set Shaklee untuk makanan orang sibuk ini sangat berperanan untuk membantu anda menjalani kehidupan seharian untuk memastikan anda:

  • Mudah menyediakan dan pantas
  • Membekalkan nutrisi seimbang untuk seharian
  • Membekalkan tenaga dan hidrasi yang diperlukan

Set Shaklee untuk orang sibuk ini adalah:

  • Protein dan karbohidrat – Cinch Shake
  • Pelbagai jenis vitamin dan mineral – Vitalea
  • Elektrolit dan penghidratan – Performance Drink
  • Antioksidan dan tenaga – Vivix
  • Fungsi saraf – BComplex

Bagaimanapun set ini hanya sebagai pelengkap nutrisi, sebolehnya dalam sehari minima sekali anda masih perlu dapatkan nutrisi daripada pemakanan asli.

Set Shaklee untuk makanan orang sibuk

Set Shaklee untuk makanan orang sibuk

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

24 thoughts on “Tips Makanan Orang Sibuk: Kenyang, Bertenaga, Sihat

    1. Raihanah Ahmad Post author

      kalau makan tak teratur itulah jadi problem macam-macam. sebab kurang nutrisi

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      yes, boleh cuba. ambik full set ramadhan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      oo. bagus2. kalau selalu problem skip makan better add protein

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, kesian doktor. tapi doktor kena kesiankan diri, elok lagi ambik shaklee daripada ambik maggi. sebab tu ramai juga doktor alami masalah obesiti

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      baik amalkan segera sebelum dihinggap penyakit

      Reply
  1. okje

    Rasanya satu masa nanti kita dah tak de lagi makan nasi, sayur, ikan bagai tu……semuanya diganti dengan pil je

    Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      makanan semulajadi perlu ambik, suplemen ni tambahan dan pelengkap nutrisi sahaja

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, sibuk cemana pun kena utamakan kesihatan

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      haa memang sangat membantu di bulan puasa nanti

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge