Call nowWhatsapp

Ambil masa juga saya hendak tuliskan posting ini. Kali terakhir minggu lepas. Semua ini gara-gara kepenatan menjaga anak-anak kurang sihat. Bermula dengan anak kedua yang demam tonsil, sekarang ini baby pula yang saya risaukan sebab batuk selesema berbulan-bulan belum baik. Berkaitan anak-anak nanti saya tuliskan entry berlainan ya.

Disebabkan sekarang sedang jerebu teruk, pada saat ini IPU sudah mencecah 200 dan jam 12 tengah malam tadi kerajaan sudah mengisytiharkan cuti bagi sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Alhamdulillah, saya risau bila anak-anak ke sekolah sebab bau asap merata-rata. Ramai kawan-kawan anak saya sendiri dah mula cuti sebab tidak sihat, alhamdulillah anak saya masih ke sekolah kerana masih sihat. Tetapi risau juga kan.

Dalam musim jerebu ini, paling penting jaga kesihatan diri dan ahli keluarga. Bagaimana caranya?

Tips Kurangkan Kesan Kesihatan Disebabkan Jerebu

Jerebu semakin buruk pada hari ini

Jerebu semakin buruk pada hari ini

Kurangkan aktiviti luar

Hadkan aktiviti luar, kena sabarkan anak-anak terutamanya dalam bab-bab main di luar ni. Buatlah aktiviti dalam rumah sahaja, contohnya ulangkaji pelajaran, selain daripada main gajet.

Jangan merokok

Merokok menambahkan kesan kesihatan disebabkan jerebu. Sudahlah diluar penuh bau asap, asap rokok pula menambah jerebu kepada anda!

Banyakkan minum air

Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kena pesan dengan anak-anak juga, bergantung kepada berat badan. 25kg untuk 1 liter air. Jadi sukatlah dan pastikan anak-anak ambil air kosong secukupnya.

Minum air secukupnya untuk hadapi hari anda

Minum air secukupnya untuk hadapi hari anda

Basuh tangan dan muka

Selalulah membasuh tangan dan muka selepas membuat aktiviti luar. Ini untuk membuang kotoran yang melekat pada muka dan tangan. Aktiviti luar termasuk selepas anda pulang daripada kedai atau pejabat.

Pastikan rumah bersih

Pastikan persekitaran rumah dalam keadaan yang bersih. Kalau kotor, akan menambah penyakit sebab anda perlu tinggal di dalam rumah untuk jangka waktu lebih lama berbanding sebelum jerebu.

Pasangkan penapis udara yang baik

Pernah dengar air purifier? Inilah masanya untuk pasangkan air purifier itu supaya udara dalam rumah lebih bersih.

Pasang air purifier yang baik untuk digunakan dalam rumah

Pasang air purifier yang baik untuk digunakan dalam rumah

Tambah pengambilan suplemen

Jika anda pengambil suplemen, tambahkan bilangan suplemen yang diambil. Sekiranya anda bukan pengamal suplemen, inilah masanya anda mula mengambil suplemen secara konsisten. Dan saya sentiasa syorkan suplemen Shaklee disebabkan ianya selamat, berkesan dan semulajadi.

Shaklee merupakan peneraju suplemen dan bukti kejayaan MLM lebih 57 tahun

Shaklee merupakan peneraju suplemen dan bukti kejayaan MLM lebih 57 tahun

Saya kongsikan di sini antara suplemen yang perlu diambil semasa musim jerebu:

  1. Nutriferon – ini agak mahal, jadi saya hanya stokkan untuk anak-anak. Anak-anak ambil 1 sachet sehari / seorang
  2. Vita C SR Plus – khasiat vitamin C dalam setiap kaplet adalah bersamaan 7 biji oren. Ambil 3 biji sehari atau lebih pun tidak mengapa
  3. Vita E Complex – untuk menentang radikal bebas dalam jerebu, ambil vitamin E untuk melindungi diri kita daripada radikal bebas
  4. Omega Guard – khas untuk anak-anak. Pastikan ambil sehari 1 hingga 2 biji sehari setiap orang
  5. Carotomax – khasiat vitamin A. Ini saya bagi hubby ambil.

Bukan semua diatas untuk seorang ambil, ada yang hubby ambil, ada yang anak-anak ambil, ada yang saya ambil.

Jangan tangguh lagi ya, ambil tindakan pantas, demi kesihatan anda dan keluarga.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)