Call nowWhatsapp

Anda mahu kekal lama dengan bisnes Shaklee?

Tips yang saya kongsikan ini saya kutip daripada salah satu kelas Master Roslan. Master Roslan sudah berada dalam bisnes Shaklee selama lebih 20 tahun, dan beliau adalah Melayu pertama bergelar Master Coordinator pada tahun 90an dulu.

Tips ini mungkin saya tulis ke arah Shaklee, tapi sebenarnya anda boleh apply dalam apa jua bisnes yang anda ceburi.

Percaya pada syarikat

Jika kita percaya syarikat Shaklee adalah satu syarikat yang kukuh, yang sentiasa berikan bonus on time, yang sentiasa pentingkan kualiti. Kita akan sentiasa jatuh cinta semakin mendalam pada Shaklee. Dan kita akan sentiasa sayang untuk berhenti dengan Shaklee.

Bagaimana nak kenali syarikat? Banyak info mengenai Shaklee dalam internet ini, anda boleh sahaja Google. Dalam bentuk video Youtube pun banyak.

Disini saya kongsikan salah satu video temuramah dengan CEO Shaklee, Mr Roger Barnett.

Percaya pada produk

Jika kita percaya produk Shaklee beri kesan. Kita percaya produk Shaklee boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan. Kita yakin dan percaya yang dengan berkongsi mengenai produk Shaklee boleh merubah kehidupan kita dan orang lain, insyaAllah kita akan kekal lama dalam Shaklee.

Kita juga kena menjadi pengamal produk Shaklee yang konsisten. Walau hanya 1 produk.

Bagaimana mengenali produk atau jatuh cinta dengan produk? Banyak info juga dalam internet selain banyak penerbitan dan jurnal yang dikeluarkan Shaklee. Teruskan menggali ilmu, jangan berhenti. Banyakkan bertanya dan membaca.

Di sini ada satu video yang paling saya suka, video ini menunjukkan perbezaan produk semulajadi Shaklee dengan produk sintetik yang ada di pasaran. Pilihan di tangan kita kan.

Percaya pada ahli grup di bawah kita

Jika ahli di bawah kita perlahan, bergerak perlahan, tiada motivasi, hilang fokus, ini perkara normal. Sebagai upline atau leader tugas kita adalah sentiasa membantu mereka untuk semakin kuat tautan dengan Shaklee.

Percaya yang mereka boleh menjadi seorang master yang hebat suatu hari nanti walau buat masa ini, mereka tidak tahu apa-apa. Contohnya kita dengan anak-anak kita, kita percaya anak-anak kita akan berjaya jadi kita buat whatever it takes untuk mendidik dan membesarkan anak-anak dengan baik.

Semuanya bermula dengan PERCAYA. Anda percaya?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Raihanah

SID 864679
No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)