Hari ini ingin saya kongsikan berkenaan masalah jaundis di kalangan bayi baru lahir. Saya baru terbaca artikel terbaru Dr Zubaidi di blognya, lengkap dengan penjelasan dan bagaimana jaundis berlaku.
Apapun bagi ibu-ibu semua, sebolehnya cuba elakkan berlakunya jaundis kepada bayi. Caranya bagaimana?
1. Amalan Semasa Hamil
– Minum madu 3 sudu besar atau minum air madu 5 sudu besar. Bagi ibu yang ada masalah diabetes, jangan risau madu tidak memberi kesan negatif.
– Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi dan malam sebelum tidur
– Mengamalkan minum pati delima 2 cawan sehari (500ml)
– Memperbanyakkan memakan kurma
– Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari
– Suami digalakkan berselawat sambil menggosok perut isteri. Lakukan sekerap mungkin.
2. Amalan Selepas Bersalin
– Pastikan ibu memilih set bersalin yang selamat kepada ibu dan bayi. Kita mahu manfaat set bersalin ini dapat kepada kedua-duanya. Ibu cergas, pulih dengan segera, susu berkualiti dan bertenaga. Bayi pula sihat, minum susu dengan baik dan naik berat badan dengan sepatutnya. Bagaimana memilih set bersalin yang baik? Boleh baca artikel saya terdahulu http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/tips-memilih-set-bersalin.html
– Banyakkan penyusuan badan. Penyusuan badan adalah yang terbaik merawat jaundis dan sangat berkesan. Jika tiada susu, usahakan juga untuk ada susu badan, kerana dengan kaedah dan cara yang betul susu badan mesti ada, insyaAllah.
– Elakkan makan jamu dan pengambilan halia
– Ikut saranan doktor jika anak perlu pengawasan rapi seperti rawatan fototerapi.
Selepas pulang daripada rawatan fototerapi, jaundis kadang-kadang masih ada dan adakalanya sehingga berminggu lamanya. Pastikan anda sentiasa mendapat nasihat doktor dan sentiasa amalkan penyusuan badan. Elakkan bayi selalu tidur, kerapkan menyusu. Kerana bayi jaundis perlu banyak mengkumuhkan jaundis tersebut melalui kencing / najis. Semakin kerap kencing / najis, semakin cepat jaundis keluar daripada badannya.
Artikel Dr Zubaidi http://drzubaidi.com/blog/?p=1453
https://www.facebook.com/messages/yourhealthpartner
PM/SMS/Watsapp 0122195919
Emel ahmad.raihanah@gmail.com
Layari blog www.vitamincerdik.blogspot.com
Facebook www.facebook.com/yourhealthpartner
Konsultansi percuma