Call nowWhatsapp

Alhamdulillah panjang umur lagi untuk sekali lagi merasai dan melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tahun ini saya berpuasa sebagai ibu menyusu sekali lagi. Rasanya banyak tahun juga saya tidak ponteng puasa walaupun menyusu. Memang ada rukhsoh yang diberikan agama kepada ibu hamil dan menyusu, tetapi saya cuba cari alternatif supaya dapat menyusu dan berpuasa sekali gus.

Tahun ini berpuasa anak sudah berumur 1 tahun 6 bulan. Stok susu pun masih banyak, alhamdulillah. Namun begitu tentu ramai ibu menyusu mahu tahu tips dan panduan berpuasa untuk ibu menyusu kan. Tips dan panduan ini sedikit sebanyak sesuai juga untuk ibu hamil ya.

Kewajipan Berpuasa

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Kelebihan Berpuasa di bulan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  • Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
  • Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  • Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  • Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Tips dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Menyusu dan berpuasa boleh diamalkan

Menyusu dan berpuasa boleh diamalkan

1. Cukup rehat

Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pastikan pengambilan air mencukupi

Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu. Tips untuk minum air kosong mencukupi adalah:

  • Sahur: 2 gelas air kosong ditambah dengan Set Puasa Shaklee untuk tenaga sepanjang hari.
  • Berbuka: 2 gelas air ditambah dengan Performance Drink untuk tenaga segera selepas berpuasa.
  • Sebelum terawih: 2 gelas air
  • Sebelum tidur: 2 gelas air ditambah dengan Set Puasa Shaklee untuk tenaga untuk bertahajud.

Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum sedikit tapi kerap.

3. Makan makanan seimbang dan tinggi serat

Ibu yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu.

Namun ia bukan lesen untuk ibu menyusu makan berlebihan. Pastikan hidangan seperti berikut

a. Sahur

Lebihkan karbohidrat kompleks, makanan tinggi serat dan fiber contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran.

b. Berbuka

Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tidak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:

  • Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
  • Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
  • Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
  • Akhir sekali baru makan sikit kuih dan manis-manisan.

4. Teruskan mengepam

  • Mengepam pada waktu malam: Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.
  • Mengepam pada waktu siang: Susu ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi. Susu berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein

Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein.

Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan selain ia membuatkan anda mudah dehidrasi.

6. Jangan Abai Sahur

Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

7. Ambil suplemen

Pengambilan suplemen pada zaman sekarang adalah satu keperluan. Dalam hal berpuasa, suplemen akan membantu anda:

  • Mencukupkan keperluan nutrisi
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama
  • Memberikan tenaga untuk melalui tempoh panjang berpuasa
  • Mengelakkan dehidrasi dan membantu keseimbangan bendalir dalam badan
Set Puasa Shaklee

Set Puasa Shaklee

Keperluan set puasa Shaklee adalah lebih kepada:

  • Ibu Hamil
  • Ibu Menyusu
  • Kanak-kanak
  • Warga Emas
  • Mereka yang bekerja keras secara fizikal
  • Pesakit gastrik

Mereka di atas ini disarankan untuk mengambil set puasa Shaklee untuk membantu mereka berpuasa dengan baik.

Boleh rujuk juga poster ringkas tips dan panduan berpuasa bagi ibu menyusu dalam link di bawah:

Kompilasi Tips dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Kesimpulan

Terdapat rukhsoh bagi ibu hamil dan menyusu berkenaan puasa. Jadi anda boleh pertimbangkan risiko-risiko yang ada dalam keadaan itu. Berbincanglah dengan suami dan doktor anda sekiranya perlu sekiranya anda menghadapi kesukaran ketika berpuasa.

Dari saya sendiri, saya ucapkan Selamat Berpuasa dan Beribadah kepada semua pembaca budiman. Semoga ibadah kita semua diterima Allah swt.

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan suplemen Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.

Raihanah SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)