Tingkatkan Peluang Mengandung Dengan Vivix

By | 30 March 2017
Detox membantu meningkatkan kesuburan

Tingkatkan Peluang Mengandung Dengan Vivix

Ramai sangat pasangan yang sebenarnya alami masalah kesuburan. Telah berkahwin lebih setahun dan seterusnya ada yang mencapai 10 tahun namun masih belum dikurniakan cahayamata. Ada tips kukuh saya mahu kongsikan dengan anda untuk meningkatkan peluang mengandung, menggunakan Vivix.

Sebelum itu, elok kita lihat apakah antara punca menyebabkan masalah kesuburan di kalangan ramai pasangan.

Punca Masalah Kesuburan

1. Masalah tiub fallopio tersumbat

Untuk menentukan tiub fallopio terbuka atau tidak, doktor akan membuat ujian HSG (hysterosalpingogram).

2. Sperma yang tidak sihat atau tidak mencukupi

Faktor sperma juga mempunyai kaitan dengan masalah kesuburan. Menurut World Health Organisation (WHO), kuantiti sperma setiap ml memerlukan sehingga 20 juta sperma.

Kualiti sperma boleh menurun disebabkan merokok di mana toksin datang daripada bahan kimia rokok. Hasil kajian yang dilakukan, air mani perokok didapati mengalami kekurangan zat galian, vitamin B12, dan vitamin E.

3. Pemakanan Tidak Sihat

Apabila kita ingin hamil, kita perlu pastikan pemakanan berkhasiat. Terlalu banyak memakan makanan segera seperti KFC, Mekdi atau makanan proses kurang sihat gagal memberikan nutrisi yang sepenuhnya kepada badan kita.

4. Berat Badan Berlebihan

Suka atau tidak, berat badan berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon dalam badan. Paling ketara, berat badan berlebihan menyebabkan kitaran haid jadi tidak lancar. Terutama sekali sekiranya berat badan melebihi 45kg daripada berat badan normal, semestinya ia akan mengganggu tahap kesuburan anda.

5. Penyakit seperti PCOS, cyst dan fibroid

Bagi mereka yang mengalami masalah ini akan mengalami tahap kesuburan yang rendah. Proses persenyawaan akan terganggu.

Saya ada kongsikan berkenaan PCOS, cyst dan fibroid dalam posting sebelum ini.

6. Kitaran Haid Tidak Teratur

Untuk mengandung kita perlu pastikan kitaran haid adalah normal untuk memudahkan mengetahui waktu subur kita. Ini penting supaya mudah disenyawakan.

Faktor atau punca masalah ketidaksuburan seperti diatas sangat berkait rapat dan mempengaruhi kitaran haid.

Rawatan Kesuburan

Banyak rawatan kesuburan yang ada sekarang dan sememangnya disediakan oleh pihak perubatan. Antara yang paling kerap adalah:

  • Ambil clomid
  • Intrauterine insemination (IUI)
  • In vitro Fertilization (IVF)

Untuk IUI dan IVF memerlukan kos yang agak mahal. Kebanyakan orang tidak mampu untuk melakukannya. Lagipun peratusan berjaya pun tidak 100%.

Tapi ada alternatif untuk anda bantu tingkatkan peluang anda untuk mengandung. Nak tahu caranya?

Tingkatkan Peluang Mengandung Dengan Vivix

Saya sendiri telah mempunyai beberapa orang customer yang berjaya hamil dengan pengambilan Vivix.

Vivix bantu kesuburan suami isteri

Vivix bantu kesuburan suami isteri

Bagaimana Vivix bantu tingkatkan peluang mengandung

Apa yang penting untuk anda tahu, ialah apa itu Vivix. Vivix mengandungi kandungan Resveratrol yang sangat tinggi.

Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage”. Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.

Fungsi Resveratrol juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

  • Vivix memperbaiki sel yang tidak sihat disebabkan oleh pendedahan kepada pencemaran setiap hari.
  • Memperkuatkan organ pembiakan wanita iaitu rahim.
  • Membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki dan pergerakan lebih pantas
  • Vivix membantu untuk detox badan bagi mereka yang obes dan secara tidak langsung menurunkan berat badan kepada normal.
  • Membantu mengurangkan tabiat merokok bagi lelaki. Toksik daripada bahan rokok sememangnya membantutkan kualiti sperma.
  • Meningkatkan kualiti benih teluar wanita, memanjangkan hayat telur
  • Melindungi telur daripada tekanan oksidan.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

14 thoughts on “Tingkatkan Peluang Mengandung Dengan Vivix

    1. Raihanah Ahmad Post author

      banyak lagi fidah. ada 2000 saintific journal berkenaan resveratrol sahaja

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, sebab ramai sangat masalah kesuburan skrg ni

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul mak, mudah2an bantu mereka dapatkan anak

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      lelaki pun boleh. kalau pregnant tak boleh ambil.

      Reply
  1. Mawar Assufi

    Vivix ni banyak kebaikannya kan kak. Bukan semata2 untuk peluang mengandung je kan.. Memang bagus amalkan vivix ni. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge