Tindakan Perlu Jika Diberhentikan Kerja

By | 19 August 2017
diberhentikan kerja

Musim ekonomi macam ini, saya kira ramai juga yang diberhentikan kerja. Banyak syarikat gulung tikar, ada syarikat yang ditutup atau mengecilkan operasi mereka atas banyak faktor. Trend ini bukan menjejaskan 1 industri sahaja, bahkan yang saya lihat banyak industri telah terjejas.

Antara syarikat gergasi yang pernah melakukan proses pemberhentian kerja adalah MAS, PETRONAS, Shell, dan banyak lagi. Namun cara setiap syarikat mengendalikan isu pemberhentian kerja adalah berbeza, ada syarikat yang adil, ada syarikat yang sebaliknya.

Tindakan Perlu Jika Diberhentikan Kerja

Jika anda telah terpilih sebagai orang yang akan diberhentikan kerja oleh majikan anda, anda perlu faham banyak agensi kerajaan yang akan menyokong anda sekiranya pemberhentian anda dibuat secara tidak adil.

Ya, walaupun syarikat hendak ditutup atau kerugian, majikan tetap perlu berlaku adil kepada pekerja. Berikut antara yang anda boleh lakukan:

Apabila mendapat surat pemberhentian, perhatikan perkara berikut:

  • Bilakah tarikh kuat kuasa? Perlu ada tempoh, orang panggil notis. Jika pekerja hendak berhenti pun ada tempoh notis, kalau majikan nak berhentikan pun perlu ada notis. Tempoh notis contohnya sebulan, 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan.
  • Adakah dalam tempoh notis anda masih dibayar gaji?
  • Perhatikan dalam Employee Handbook semua hak anda disertakan sekali. Contohnya pembayaran pampasan sekiranya layak, VSS dan sebagainya.
  • Dari segi pembayaran gaji, pastikan gaji anda dibayar sewajarnya. Juga pastikan pembayaran EPF, Socso, cukai pendapatan, dan lain-lain telah disempurnakan oleh majikan sebelum tarikh akhir anda bekerja.
dibuang kerja

MAS pernah berdepan dengan pembuangan kerja yang drastik

Apa yang berlaku sekiranya hak anda tidak disempurnakan?

Hak-hak ini contohnya:

  1. EPF dan Socso ada yang tertunggak
  2. Majikan tidak membuat bayaran cukai pendapatan
  3. VSS atau pampasan tidak dibayar sedangkan anda layak
  4. Tempoh notis tidak mengikut kontrak – contohnya anda diberikan notis 24 jam, 1 minggu, atau 3 hari. Sedangkan tempoh notis anda sepatutnya sebulan, 2 bulan atau 3 bulan dan sebagainya.

Itu contohnya, jadi sekiranya ada perkara lain, mungkin anda boleh fikirkan berdasarkan hak yang anda layak. Jadi kalau berlaku ketidakadilan begini, apa yang perlu dibuat?

Ada langkah-langkah yang anda boleh buat, terdapat beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat membantu anda atasi masalah anda.

  1. Sekiranya gaji anda dibawah RM2000 anda boleh merujuk kepada Jabatan Buruh di daerah masing-masing. Ada borang yang anda perlu isi, dan anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma. Mereka akan membantu anda mendapatkan hak anda.
  2. Bagi yang bergaji Rm2001 hingga RM5000 anda boleh merujuk kepada Jabatan Pembangunan Perusahaan. JPP ini juga terdapat di daerah anda biasanya. Antara langkah-langkah yang akan diambil adalah:
  • Anda perlu failkan aduan anda tentang ketidakadilan yang dibuat oleh majikan anda, perlu isi borang dan kepilkan dokumen sokongan.
  • Dalam tempoh 2 minggu, JPP akan memanggil anda atau wakil kesatuan sekerja beserta majikan untuk berbincang. Jika majikan dan anda telah bersetuju dengan sebarang bentuk penyelesaian, maka proses tuntutan anda selesai di sini.
  • Sekiranya dalam perbincangan itu masih tidak menemui penyelesaian, maka JPP akan membuat laporan kepada Menteri Sumber Manusia. Menteri Sumber Manusia akan memberikan kata putus samada perlu atau tidak kes anda ini dibicarakan di mahkamah.
  • Dalam tempoh 4 bulan, Kementerian Sumber Manusia akan memaklumkan anda berhubung status anda. Surat akan dihantar kepada anda memaklumkan samada kes anda digugurkan atau perlu dirujuk ke Mahkamah. Sekiranya kes digugurkan dan anda tidak berpuas hati, anda boleh buat rayuan.
  • Tunggu surat mahkamah. Biasanya dalam tempoh sebulan anda akan dapat surat mahkamah. Dalam tempoh ini anda boleh mula mencari peguam yang boleh mewakili anda.
  • Proses mahkamah. Proses mahkamah mungkin ambil masa dalam 1 hingga 2 tahun bergantung kepada kerumitan kes dan juga kerjasama majikan dan anda sendiri.
  • Kalau anda menang, anda akan dibayar maksimum 24 bulan gaji anda, tambah dengan 1 bulan bagi setiap tahun bekerja. Majikan wajib bayar sebab sudah ada arahan pembayaran oleh mahkamah. Kelewatan membayar walaupun sehari akan disertakan sekali dengan interest. Kalau kalah, anda hanya perlu menanggung kos peguam sahaja,

3. Bagaimana jika gaji saya RM5001 ke atas? Jika gaji anda RM5001 ke atas, anda boleh failkan aduan anda terus ke mahkamah perusahaan. Prosesnya sama, dari 5 – 7 dari senarai di atas.

Ramai pekerja syarikat yang dibuang kerja secara tidak adil

Ramai pekerja syarikat yang dibuang kerja secara tidak adil

Apa yang saya perlu buat jika diberhentikan kerja?

Jika anda diberhentikan kerja, terutama jika anda seorang suami atau ibu tunggal, mesti akan rasa macam bangunan sudah runtuh. Anda akan fikirkan tentang segala tanggungjawab dan hutang yang ada. Sedih, memang sedih tapi hidup mesti diteruskan. Anda mesti terus berjuang betul?

Nasihat saya, anda boleh ikut cara ini:

1. Bertenang, dan bertenang. Banyakkan berdoa semoga Allah mudahkan urusan anda.

2. Semua dokumen berkaitan pekerjaan anda mesti anda simpan, untuk urusan tuntutan seperti di atas (sekiranya perlu).

3. Potong perbelanjaan

Apa yang boleh dipotong belanja, buat potongan. Tapi nasihat saya, jangan sesekali potong belanja untuk insuran / takaful. Rendahkan coverage mungkin boleh, tapi jangan sesekali tutup akaun terus.

Kita tak tahu apa jadi di masa depan, mungkin anda atau ahli keluarga perlukan kemudahan perubatan dan pada masa yang sama anda pula tidak bekerja. Bayangkan jika anda potong juga, mana anda hendak dapatkan sumber lagi?

Boleh pertimbangkan pemotongan bil yang kurang penting seperti Astro dan sebagainya. Bincang dengan pasangan anda kewangan rumahtangga perlu dijaga sebaiknya dan segala belanja yang mewah perlu dikurangkan atau ditiadakan terus. Bak kata kawan saya, kena ubah gaya hidup.

4. Cari kerja lain

Kadang tu kita sudah nampak bunga-bunga masalah syarikat. Biasa memang pekerja ada dengar-dengar rumours kan, jadi ambil perhatian. Anda boleh mula kemaskini resume dan cari kerja lain.

Kalau ditakdirkan sudah diberhentikan tanpa ada kerja lain, tak mengapa. Cari juga kerja lain selepas diberhentikan. Jangan mengalah, tentu ada rezeki anda.

5. Atau buat bisnes?

Ada juga yang rasa sudah tidak mahu makan gaji. Jadi bolehlah mula pertimbangkan buat bisnes pula. Nasihat saya pastikan:

  1. Pastikan modal tidak besar. Sudahla kita tiada punca pendapatan, modal pula besar, apa jadi jika bisnes kita gagal? Kebanyakan bisnes masih belum untung dalam tempoh 1-2 tahun ianya beroperasi. Jadi pastikan modal adalah minimum.
  2. Elakkan meminjam. Tak kiralah dari bank, saudara mara atau Along sekalipun, elakkan meminjam.
  3. Bisnes yang risiko rendah. Zaman sekarang banyak bisnes boleh dibuat dengan risiko yang rendah. Saya akan ulas dalam posting lain.
  4. Pastikan anda ada mentor yang dapat bantu anda berjaya.

Penutup

Bila diberhentikan kerja secara tidak adil, pastikan anda bertenang. 1 pintu tutup, bukan bermakna semua pintu tertutup untuk anda. InsyaAllah tentu ada rezeki lain untuk anda.

  1. Tuntut hak anda

  2. Cari kerja atau buat perancangan bisnes

  3. Hadkan perbelanjaan, kurangkan hutang

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
#CoachDetoxAnda
#PakarVivix

#CoachShaklee
Shaklee Gombak

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at vitamin-cerdik.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di vitamin-cerdik.com.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.

 

 

20 thoughts on “Tindakan Perlu Jika Diberhentikan Kerja

    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, kurangkanla hutang. tak selamanya kita disayangi syarikat

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, banyak giant syarikat ambil langkah begitu sekarang

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      betul, kadang orang kita just let it go. sedangkan kezaliman bermaharajalela

      Reply
    1. Raihanah Ahmad Post author

      kena buat contingency plan. masa saya kerja dulu, saya mmg buat side income secara online. dan bila diberhentikan macam ni, alhamdulillah saya taklah kalut dan bimbang cam orang lain.

      Reply
  1. inchenaim

    Penerangan yang sangat jelas dan lengkap.
    Memang artikel ini sangat terperinci. Telah saya bookmarked untuk rujukan masa depan.
    Terima kasih puan atas perkongsian ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge