Call nowWhatsapp

Baru-baru ini ada beberapa orang yang mesej saya berkenaan pengambilan Shaklee. Asalkan jumpa ahli Shaklee, beli saja. Tidak kiralah jiran, kawan, ahli keluarga. Saya pernah post baru-baru ini berkenaan perbezaan pengedar aktif dengan ahli biasa Shaklee. Kena ingat ya beza kedua-duanya.

Ada dikalangan yang mesej saya telah ambil Shaklee 8 bulan, ada yang baru 1 atau 2 bulan dan dakwa mereka masih tiada kesan. Jadi dalam artikel ini saya fokuskan perkara ini.

Tiada Kesan Walaupun Berbulan-bulan Ambil Shaklee

Ada beberapa sebab kenapa perkara ini berlaku.

1. Cara Pengambilan Tidak Tepat

Bukan seorang, malah ramai juga sebenarnya hubungi saya untuk minta konsultansi semula dengan produk yang mereka beli. Antara sebabnya adalah:

  • Tidak dapat menghubungi pengedar sebelum (samada sudah tidak buat bisnes, menyepi, tidak jawab mesej / call)
  • Beli daripada ahli biasa (ahli biasa Shaklee pun minta guide line cara makan daripada pengedar aktif. Ahli biasa mungkin di kalangan kawan-kawan, ahli keluarga atau jiran.
  • Beli daripada farmasi (farmasi atau klinik tidak menyediakan khidmat konsultansi selepas jualan di samping penjualan di farmasi dan klinik adalah dilarang sama sekali)
  • Beli daripada lazatlah, jalandah. Ini memanglah anda tidak tahu langsung siapa seller dan hendak dapatkan khidmat selepas jualan pun tiada.

Cara pengambilan adalah berbeza dari segi orang sihat, orang sakit (sakit apa, tahap apa, teruk atau tidak dsb). Jadi bagi kami pengedar yang terlatih, kami akan konsult supaya anda mendapat manfaat yang optimum daripada pembelian Shaklee anda.

Jadi seeloknya belilah daripada saya khususnya.

2. Beli 1 sahaja produk untuk masalah kesihatan

Ada juga yang beli 1 sahaja walaupun telah dinasihatkan beli ikut set yang disediakan. Mungkin ini disebabkan masalah bajet. Ok takpe, cuma disini saya ingin jelaskan berkenaan kenapa anda digalakkan untuk membeli mengikut pakej kesihatan yang disediakan, minima beli 2 jenis.

Dalam satu kajian klinikal yang diketuai oleh Dr Gladys, mereka membuat perbandingan 3 kelompok pengguna iaitu:

  • Pengguna tanpa apa-apa suplemen
  • Pengguna 1 jenis suplemen sahaja
  • Pengguna dengan pelbagai jenis suplemen (suplemen: Shaklee)

Kajian dilakukan ke atas pengguna melebihi 15 tahun ke atas. Dan kajian dilakukan ke atas 1000 orang pengguna. Hasil kajian mendapati kumpulan pengguna 1 jenis suplemen mempunyai keputusan yang ‘lebih kurang’, ataupun lebih teruk dari kumpulan yang langsung tidak mengamalkan apa-apa suplemen.

Perhatikan bar berwarna kuning, rendah atau lebih rendah berbanding pengguna tanpa suplemen

Perhatikan bar berwarna kuning, rendah atau lebih rendah berbanding pengguna tanpa suplemen

Kenapa agaknya? Ini kerana:

Jumlah keperluan setiap vitamin oleh badan adalah sekian-sekian. Contohnya vitamin c diperlukan oleh orang dewasa sekitar 1000mg sehari. Kalau seseorang hanya mengambil pil multivitamin (mengandungi semua jenis vitamin dan mineral), kemungkinan nilai vitamin C dalamnya adalah terlalu sedikit.

Saya ambil contoh multivitamin jenama A**** hanya mengandungi 97mg vitamin C sahaja. Jadi berapa biji anda perlu telan sehari untuk mendapatkan 1000 mg sehari vitamin C? 10 biji. Dan anda pun bukan ambil 10 biji, sekadar ambil 2 biji sahaja sehari. Jadi tidak cukup pun. Begitu juga vitamin A, B, antioksidan dan lain-lain lagi.

Sebab itu apabila kami mencadangkan pengambilan dalam pakej, ia adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi badan seseorang. Keperluan nutrisi bagi orang sihat dan orang sakit adalah berbeza. 

Pengambilan suplemen beberapa jenis membantu meningkatkan tahap kesihatan

Pengambilan suplemen beberapa jenis membantu meningkatkan tahap kesihatan

3. Sakit lama, nak baik cepat?

Satu perkara kena faham adalah tempoh anda sakit. Baru sebulan, atau telah sakit sejak bertahun-tahun lamanya. Dan berapa pula umur anda. Ini semua mempunyai kesan juga kepada tahap kecepatan atau lambat kesan pengambilan Shaklee.

Saya ada seorang customer kanak-kanak berumur 11 tahun mengidap diabetes (tahap gula 20) dengan berat badan 70kg. Masuk hospital telah 2 minggu. Ibu beliau mencuba Vivix. Sebab kanak-kanak jadi ambil sikit sahaja. Baru 2 hari ambil Vivix, tahap gula sudah turun hingga 7.

Jadi apa yang membezakan?

  • Umur. Jika anda masih muda, lebih mudah untuk cepat sembuh.
  • Tahap toksin dalam badan. Semakin berumur, semakin banyak toksin dalam badan. Sebab itu apabila berumur 35 tahun ke atas atau memang sudah bertahun-tahun ambil ubat, kami akan cadangkan ambil DTX Complex untuk membantu hati berfungsi dengan lebih efisien untuk menyingkirkan toksin.
  • Tempoh sakit. Baru atau lama memainkan peranan juga. Bila sudah lama sakit, semakin banyak sel atau organ yang melemah, jadi ia memang mengambil masa untuk membantu rawatan.

Terutama bagi anda yang ada penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, diabetes, darah tinggi, kanser, SLE dan lain-lain anda berpeluang juga untuk pulih, cuma akan mengambil masa. Ada orang 3 bulan, 6 bulan, setahun, 3 tahun pun ada. Jadi bersabarlah, teruskan berhubung dengan pengedar anda, selalu maklumkan keadaan anda supaya kami pun boleh merujuk kepada pakar nutrisi dan doktor dalam kumpulan kami.

4. Pemakanan

Setengah orang ambil mudah,

Saya sudah ambil Shaklee, bolehlah saya hendak makan apa sahaja.

Sebenarnya ini tidak memberikan kebaikan pun kepada anda jika anda masih tidak menjaga aspek pemakanan. Shaklee mempunyai kajian klinikal ke atas setiap ramuan, produk dan keberkesanannya. Kajian Shaklee bukan 1 atau 2, tapi beribu-ribu setahun. Dianggarkan Shaklee memperuntukkan sebanyak USD300 juta setahun hanya untuk kajian klinikal dan ujian.

Walaupun anda memakan suplemen terbaik, tetapi anda tidak menjaga pemakanan anda, ia tetap tidak memberikan anda kebaikan. Anda makan suplemen untuk antioksidan, tetapi pada masa yang sama anda makan makanan yang menentang sifat antioksidan (seperti pemakanan menjana radikal bebas seperti makanan diproses, gula dll).

Jadi ia sebenarnya tidak banyak memberikan kesan kepada kesihatan anda. Sebab itu, kami juga sarankan pemakanan yang elok dan tidak elok untuk anda. Samada anda ikut atau tidak, wallahualam. Kami andaikan ikutlah. Juga pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting. Kurang air boleh menyebabkan healing crisis berpanjangan.

Selain itu, cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein. Kafein yang banyak boleh merosakkan vitamin yang kita makan. Seolahnya vitamin yang kita makan selama ini akan terbazir dengan begitu sahaja. Sebab itu kita tidak nampak kesan yang ketara hasil makan suplemen Shaklee. Jarakkan tempoh minum kopi/teh selama 3 jam daripada masa anda makan suplemen.

5. Pengambilan Yang Konsisten

Sekejap ambil, sekejap tidak. Ingat atau lupa. Kami boleh tahu anda konsisten atau tidak sebenarnya. Contohnya anda ambil Vivix tapi sampai 4 bulan pun belum habis sebotol. Ini memanglah tidak konsisten maknanya. Ini kerana sebotol Vivix anggaran dalam 1.5 hingga 2 bulan bergantung kepada dos yang diberikan.

Bila tidak konsisten, bagaimana anda hendak mendapatkan kesan optimum pengambilan Shaklee? Jadi lepas ini pastikan anda ambil secara konsisten ya.

Selain itu ada juga yang makan tidak cukup dos yang diberikan. Pengedar kata ambil Vitamin C 2 biji 2x sehari. Tapi ada juga yang ambil 1 biji sahaja sehari. 1 biji sehari sebenarnya untuk orang sihat, dan anda kena tahu zaman sekarang yang macam-macam penyakit ini 1 biji sehari sudah tidak lagi relevan sebenarnya.

6. Tidak Bersenam

Bersenamlah walaupun sekejap atau sedikit. Yang penting dalam seminggu mesti ada senaman. senaman penting untuk menaikkan metabolisme dan menyihatkan organ kita.

7. Tidak Yakin

Anda ambil Shaklee anda yakin tak yang Shaklee boleh membantu anda dengan masalah kesihatan anda? Memang ada bezanya. Kita ambil Shaklee adalah sebagai ikhtiar, Shaklee bukan menyembuhkan tapi Shaklee cuma asbab anda untuk kembali sihat. Ikhtiar ini sesuai dengan perintah Allah juga supaya kita berusaha menjaga kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita sendiri adalah amanah Allah.

Panjang juga saya berleter di sini. Bukan apa, saya kena jelaskan juga. Ini satu proses mendidik. Mendidik masyarakat tanggungjawab saya juga.

Jadi teruskan berusaha ya. Jangan putus asa, disamping dapatkan Shaklee daripada pengedar bertauliah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Raihanah  SID 864679

No tel: 0122195919

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Coach Detox Anda

Shaklee Gombak

 

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)